Garam laut atau sea salt adalah sejenis garam yang diperolehi menerusi proses penyejatan air laut atau air masin.
Garam ini dikatakan mempunyai nutrisi semula jadi yang lengkap dan memiliki rasa yang lebih sedap berbanding garam di dapur anda.
Selain digunakan sebagai bahan perasa dalam sajian makanan, garam laut juga bermanfaat kepada kesihatan dan kecantikan diri seseorang wanita.
Persoalannya, apakah manfaat yang diperolehi disebalik garam laut untuk kecantikan dan kesihatan. Jom baca artikel dibawah!
1. Untuk Mengelupas Sel Kulit Mati Secara Semula Jadi
Manfaat pertama garam laut adalah sebagai lulur untuk mengelupas sel kulit mati pada tubuh badan kita. Bukan sahaja mampu mengatasi masalah sel kulit mati dengan menjanakan sel kulit yang baharu, mineral yang terkandung pada bahan semulajadi ini menjadikan kulit terasa halus dan semakin lembut jika diamalkan secara rutin. Jangan risau, untuk membuat lulur semula jadi dengan menggunakan garam laut sangat ringkas dan mudah. Hanya perlu campurkan beberapa titis minyak aroma terapi (wangian pilihan masing-masing) ke dalam bekas yang mengandungi garam laut lalu dikacau sehingga sebati. Selepas itu, gosokkan secara perlahan-lahan di seluruh bahagian tubuh badan sekurang-kurang sekali seminggu bagi mendapatkan kulit yang bersih dan mulus.
2. Kawal Pengeluaran Minyak Berlebihan
Tidak hanya dimanfaat sebagai lulur badan, garam laut juga digunapakai untuk merawat kulit wajah. Kandungan sulfur dan potasium dalam garam laut sangat bagus untuk untuk pengeluaran sebum yang berlebihan lantas menyebabkan masalah kulit berjerawat. Di samping menggosokannya secara terus di bahagian muka, anda juga boleh mencampurkan garam laut ke dalam bekas air panas. Wapkan muka anda dengan air kira-kira 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih.
3. Atasi Masalah Kuku
Anda seringkali mengalami kejadian kuku patah atau warnanya berubah kekuning-kuningan? Jangan khuatir, garam laut boleh menyelesaikannya. Bahan semula jadi yang miliki banyak kandungan mineral ini mampu merawat segala penyakit berkaitan kuku. Sekiranya ingin mengubatinya, masukkan dua sudu garam laut ke dalam sebuah mangkuk yang berisi air panas lalu dititiskan perahan air lemon. Setelah siap, rendamkan kuku tangan dan kaki sambil diberus secara perlahan-lahan. Diamkan kira-kira 10 minit sebelum dicuci dengan air bersih.
4. Penyahtoksik Kulit
Garam laut dipercayai dapat mengembalikan kelembapan semula jadi kulit dan menyingkirkan bakteria yang menutup liang pori. Jika ingin merasai rawatan menggunakan garam laut di rumah, anda boleh mencuba dengan mencampurkan secawan garam laut ke dalam tab mandi yang mengandungi air panas. Air mandian panas berkenaan dapat membantu menyahtoksin kulit dan mengurangkan bengkak dalam badan. Tambahan lagi, garam laut juga merawat masalah kulit seperti keradangan kulit atau psoriasis.
5. Melegakan Otot Tegang
Manfaat terakhir garam laut adalah mengatasi keletihan dan ketegaran dalam otot badan. Magnesium dan mineral yang terkandung pada garam laut berfungsi untuk melegakan otot serta merangsangkan minda supaya lebih relaks dan santai menerusi mandian air panas.
Tags: #Artikel Kebaikan Garam Laut #bahaya air garam untuk wajah #bentuk garam laut #cara membuat air garam untuk wajah #ciri ciri garam laut #contoh garam laut #efek samping menghilangkan jerawat dengan air garam #garam laut asli #garam laut dan garam dapur #Kebaikan Garam Laut #Kebaikan Garam Laut Untuk Kecantikan #khasiat garam laut #Khasiat Garam Laut Mati #manfaat air garam untuk wajah berminyak #Manfaat Garam Laut #Manfaat Garam Laut bagi Kesehatan #Manfaat Garam Laut Pada Wanita #Manfaat Garam Laut Untuk Kesihatan #manfaat garam untuk wajah berjerawat #manfaat garam untuk wajah bopeng #masker garam #perbedaan garam laut dan garam dapur #Produk & Manfaat Garam Laut untuk Kecantikan Kulit