Program Walkathon D’Raja Kelantan ‘Let’s Go With Me 2016’ akan diadakan pada 28 Oktober 2016. Melalui program ini rakyat Kelantan berpeluang bersama Sultan kesayangan mereka menerusi acara jalan kaki sejauh 7 km. Acara Walkaton Diraja ini adalah cetusan idea KDYMM Sultan Muhammad V sendiri dan ia bertujuan untuk mengeratkan hubungan rakyat tanpa mengira kaum dengan baginda.
Program tersebut adalah edisi yang kelima anjuran Pertubuhan Kerabat D’ Raja Kelantan Al-Muhammadi yang diketuai oleh Yang Dipertua pertubuhan, Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Sultan Ibrahim.
Apa yang menarik pada edisi kali ini ialah program tersebut akan diadakan pada waktu malam bermula jam 9.30 malam. Pelbagai acara bakal disajikan sepanjang program tersebut di antaranya ialah pertunjukkan bunga api dan kebudayaan negeri Kelantan.
Acara ini, diketuai oleh KDYMM Sultan Kelantan sendiri, bermula dari Stadium Sultan Mohammad IV melalui bandar Kota Bharu dan melintasi Jambatan Sultan Yahaya Petra sebelum berakhir di stadium yang sama. Acara ini dijangkakan akan disertai seramai 15,000 orang peserta yang berumur 18 tahun ke atas. Hadiah istimewa seperti hamper dan medal ditawarkan kepada 1,000 peserta yang berjaya tiba awal di garisan penamat.
Bagi mereka yang berminat untuk menyertai acara itu, mereka bolehlah mendaftar bermula pada 24 sehingga 27 Oktober 2016 ini. Peserta akan diberikan sehelai baju T dan gelang tangan bercahaya dengan yuran penyertaan dikenakan adalah sebanyak RM20 seorang.
Laman Rasmi Penganjur : https://www.facebook.com/royalkelantanwalkathon/
Tags: #acara berjalan walkaton 2016 #kelantan 2016 event #tahun melawat kelantan 2016 #Walkathon D’Raja Kelantan #Walkathon kelantan 2016 #walkaton sultan kelantan