Waktu Solat Hajat Paling Mustajab

Waktu Solat Hajat Paling Mustajab

Solat sunat hajat merupakan salah satu solat sunat yang dilakukan ketika seseorang memiliki sebuah keinginan atau hajat. Dengan melakukan solat ini, umat Islam percaya hajat dan keinginannya akan terkabul dengan cepat. Keinginan yang dilakukan oleh orang yang melakukan solat hajat boleh bermacam-macam latar belakangnya, mulai dari keinginan untuk segera mendapat jodoh, keinginan dibebaskan dari segala macam masalah, dan keinginan-keinginan lainnya seperti diberikan rezeki yang berpanjangan ataupun umur dan kesihatan yang baik.

Ternyata ramai orang masih keliru tentang bila waktu yang paling tepat untuk melaksanakan solat hajat ini. Oleh kerana itu, penulis akan menyampaikan bila waktu solat hajat yang tepat beserta tips-tips agar hajat kita dapat terkabul setelah melakukan solat hajat.

Waktu Solat Hajat

Sebenarnya tiada panduan khusus yang menyatakan bila waktu sholat hajat yang tepat. Anda boleh mengerjakan solat ini pada bila-bila masa ada kesempatan, waktu siang hari ataupun malam.

Ada juga yang melakukan solat hajat pada hari-hari barakah seperti malam jumaat dan di bulan Ramadan.

Namun demikian, para ulama berpendapat bahawa akan lebih baik jika solat hajat ini dikerjakan pada waktu sepertiga malam terakhir, iaitu sekitar pukul 01.00 sampai waktu subuh tiba 05.00. Seperti diketahui bahawa waktu sepertiga malam terakhir merupakan waktu yang mustajab ketika kita memanjatkan doa. Berdoa lah pada waktu tersebut kerana ia memiliki keutamaan tersendiri jika dibandingkan dengan waktu-waktu lain.

Setelah bangun daripada tidur terlebih dahulu hendaklah solat tahajjud. Kemudian dibacakan al-Fatihah sekali untuk dihadiahkan kepada Nabi Muhammad SAW, arwah kaum muslimin muslimat dan arwah ibu bapa.

Dan disarankan juga untuk anda mengerjakan solat hajat ini sebanyak 3 malam atau 7 malam berturut-turut dan berdoa hajat anda kepada Allah SWT.

Waktu Solat Hajat yang Dilarang

Walaupun dapat dilakukan bila-bila masa, ternyata kita tetap harus memperhatikan hukum-hukum yang lain terkait dengan pelaksanaan solat. Disebutkan dalam hadist bahawa ada 3 waktu yang dilarang untuk melakukan solat, termasuk solat hajat. Ketiga waktu terlarang untuk melakukan sholat hajat tersebut adalah:

  • Waktu Syuruq – Waktu dimana matahari mulai tampak terbit hingga setinggi tombak. Waktu syuruk biasanya berlangsung sekitar 15 menit.
  • Waktu Zhahirah – Waktu matahari tepat berada di tengah langit, ciri waktu ini adalah jika kita berdiri, maka bayangan kita sudah tidak akan tampak lagi . Waktu zhahirah berlangsung beberapa saat sebelum waktu solat Dzuhur tiba.

Waktu solat hajat yang dilarang selanjutnya adalah waktu di mana matahari akan mulai terbenam hingga terbenam seluruhnya. Waktu ini berlangsung beberapa saat (sekitar 15 minit) sebelum waktu solat Maghrib tiba.

Solat Hajat yang Mustajab

Agar hajat dapat terkabul, tidak cukup kita hanya melakukan solat hajat sebanyak satu kali saja. Disunahkan para ulama agar kita dapat melaksanakan sholat sunah ini sebanyak 3 malam atau sampai 7 malam berturut-turut. Banyaknya hari pelaksanaan solat hajat ini dapat disesuaikan penting tidaknya maksud atau hajat yang kita kehendaki.

Dalam setiap hari waktu solat hajat, kita dapat melakukan solat ini dalam 2 rakaat, 4 rakaat, 6 rakaat, dan hingga 12 rakaat. Pelaksanaannya tentu dengan salam di setiap 2 rakaatnya. Maksudnya, setiap habis 2 rakaat Anda harus salam, kemudian bangkit kembali untuk membaca niat solat hajat ini lagi. Begitu seterusnya.

Niat Solat Hajat dalam Rumi

“Sahaja aku solat sunat Hajat dua rakaat kerana Allah Taala.”

Cara Melakukan Solat Hajat

  • Mulakan dengan niat solat hajat
  • Rakaat pertama – Surah Al-Fatihah dan diikuti surah al-Kafirun 1 kali (ringkas) atau 11 kali.
  • Rakaat kedua – Surah al-Fatihah 1 kali dan diikuti surah al-Ikhlas 1 kali (ringkas) atau 11 kali.
  • Selepas memberi salam pada tahiyat akhir, terus sujud dan bacalah tasbih “LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZHOOLIMEEN” sebanyak 41x. Selepas membaca tasbih tersebut bolehlah berdoalah untuk memohon apa sahaja hajat yang diiginkan (masih dalam keadaan sujud)
  • Selesai doa (dalam sujud tadi), maka bangun kembali dalam tahiyat akhir dan memberi salam.
  • Berzikir dan sambung berdoa yang dihajati tadi.
logo-150x150 Waktu Solat Hajat Paling Mustajab

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Waktu Solat Hajat Paling Mustajab

Loading...

Tags: #Cara Melakukan Solat Hajat #Niat Solat Hajat Dalam Rumi #solat hajat #Solat Hajat yang Mustajab #solat sunat hajat #waktu paling baik solat hajat #Waktu Solat Hajat #Waktu Solat Hajat yang Dilarang

Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
15 Perkara Yang Menurunkan Bala Kepada Umat Akhir Zaman
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a Rasulullah saw bersabda ; “Apabila umatku telah
Peperangan Khandak Dalam Sejarah Perkembangan Islam
Perang Khandak, juga dikenali sebagai Perang Parit, adalah pertempuran yang berlaku pada 5
Peperangan Uhud Dalam Sejarah Perkembangan Islam
Perang Uhud adalah pertempuran penting yang terjadi pada tahun 3 Hijriah (sekitar Oktober

Comments are closed.