Belajar, mengulangkaji pelajaran dan menghafal adalah antara proses yang dilakukan oleh pelajar tidak mengira peringkat. Semua orang yang ingin berjaya pasti mempunyai minat untuk belajar. Tetapi semasa belajar, ada kalanya seseorang mempunyai kesukaran untuk memahami, mengingat dan sebagainya. Waktu belajar juga mempengaruhi perkara ini. Terdapat beberapa waktu yang paling tepat untuk belajar, dimana waktu-waktu ini memudahkan otak seseorang memahami apa yang dipelajarinya.
- Waktu dini hari (1 pertiga akhir malam, antara pukul 3 pagi hingga 5 pagi)
Belajar di waktu dini hari dilakukan setelah tidur, dan alangkah baiknya didahului dengan solat tahajud bagi seorang yang beragama Islam. Belajar pada waktu ini adalah waktu yang tepat, lebih-lebih lagi bagi pelajar yang suka dengan menghafal dan ingin mengingati pelajaran. Pada waktu seperti ini, biasanya pelajaran atau apa yang dipelajari akan cepat diserap oleh otak. Untuk belajar di waktu sebegini, semestinya memerlukan persediaan yang betul seperti tidur yang awal dan mencukupi.
Antara manfaat belajar di waktu 1 pertiga akhir malam adalah :
- Dapat meningkatkan daya ingat otak.
- Otak menjadi lebih mudah untuk merespon dalam belajar.
- Dapat menguatkan sel-sel otak dan mengurangi berkurangnya sel-sel otak.
- Meningkatkan kemampuan berfikir.
- Meningkatkan daya konsentrasi.
- Pelajaran akan menjadi lebih mudah difahami.
- Pelajaran akan menjadi lebih mudah diingat.
- Mengembangkan pola inisiatif iaitu menjadi lebih mudah untuk mendapatkan inovasi dan idea baru.
- Mengembangkan pola berfikir cepat iaitu lebih mudah untuk menyelesaikan suatu permasalahan.
- Waktu pagi hari (waktu Subuh sehingga waktu Dhuha, antara pukul 6 pagi hingga 10 pagi)
Waktu belajar di pagi hari sangat bagus untuk otak kerana biasanya apabila baru bangun dari tidur, otak masih fresh dan kosong, manakala tubuh pula masih fit, lantas memudahkan untuk menyerap dan menimba ilmu.
Kebanyakan sekolah dimulai pada awal pagi dan ini adalah sangat tepat. Pelajar mempunyai kecerdasan yang terbaik untuk belajar dari awal pagi sehingga pukul 12 tengah hari. Selepas dari waktu itu biasanya pelajar akan berasa letih dan mengantuk sehingga pelajaran yang mereka terima sangat susah untuk dicerna bahkan mereka tidak memahami apa yang di jelaskan oleh guru mereka.
- Waktu malam hari (waktu Maghrib hingga Isyak, antara pukul 7.30 malam hingga 9.30 malam)
Malam hari biasanya sering digunakan sebagai waktu belajar, apatah lagi mereka yang bersekolah. Waktu malam menjadi waktu untuk mengerjakan tugasan dari sekolah. Pada waktu malam antara pukul 7.30 hingga 9.30 adalah waktu yang sangat bagus untuk belajar.
Pada waktu seperti ini atau dalam Islam iaitu waktu antara solat Maghrib dan Isyak, biasanya orang tua menyuruh kita untuk belajar kerana menurut kepercayaan mereka, waktu tersebut adalah waktu yang baik berbanding pada waktu malam hari lainnya seperti setelah solat Isyak atau belajar dengan mengambil waktu tidur misalnya sehingga ke lewat pagi.
Belajar sehingga lewat malam atau mengambil waktu tidur adalah tidak baik kerana boleh membuat kondisi tubuh badan menjadi kurang baik atau melemah serta membuat otak terpaksa bekerja lebih dari had sehingga otak menjadi pening dan terganggu.
Belajar pada waktu Maghrib dan Isyak dapat membantu pelajar memahami apa yang dipelajari pada sesi persekolahan di pagi hari.
Tips Untuk Belajar
- Jangan belajar sehingga abaikan waktu tidur. Seseorang kadang-kala terlalu memaksa diri ketika belajar sehingga tidak tidur hanya untuk belajar. Perkara ini sering dilakukan ketika akan ada ujian atau peperiksaan yang akan berlangsung pada keesokan hari atau dalam masa terdekat. Perkara ini juga dikenali dengan last minute study. Tidak semua orang sesuai dan mempunyai kemahiran untuk berbuat sedemikian kerana manusia mempunyai keupayaan otak yang berbeza-beza. Berjaga malam memberi kesan yang tidak baik kepada tubuh badan. Selain menyukarkan otak untuk memahami pelajaran, tabiat ini juga menyebabkan kondisi jantung menjadi tidak stabil untuk jangka masa panjang, menyebabkan sakit kepala dan banyak lagi. Oleh itu, jauhkan tabiat belajar sehingga lewat malam.
- Jangan belajar apabila tubuh sudah penat. Apabila tubuh sudah letih kerana sudah banyak yang difikirkan dan apa yang diserap otak sudah bertambah-tambah, anda akan mula rasa stress dan apa yang dipelajari akan menjadi sukar untuk diserap otak dan difahami. Apabila mood belajar sudah terganggu kerana badan penat, seeloknya dapatkan rehat yang cukup terlebih dahulu.
- Waktu untuk mengulangkaji dan belajar tidak perlu terlalu lama. Cukuplah jika mengambil masa anatra 20 hingga 45 minit sahaja. Cuma lakukan secara konsisten dan jadikan rutin setiap hari.
- Untuk membiasakan diri belajar di pagi hari tidaklah sukar. Hanya perlu ada kesungguhan dan kemahuan yang kuat. Jika anda seorang yang beragama Islam, pasti anda akan bangun pagi ketika waktu Subuh untuk mengerjakan solat. Maka, waktu sebelum Subuh atau selepas Subuh boleh dimanfaatkan dengan belajar.
Dengan waktu yang tepat untuk belajar dan cara yang disebutkan di atas, pasti anda akan lebih mudah untuk memahami ilmu yang diajar atau dipelajari.
Rujukan : http://www.bacateh.com (2016) https://masrud.com (2017) https://health.detik.com (2010)
Tags: #belajar di rumah #cara belajar supaya cepat faham #cara belajar yang betul #masa terbaik study #menghadapi peperiksaan #mengulang kaji pelajaran #tips belajar #tips ingin semasa belajar #waktu belajar paling efisen #waktu paling baik untuk belajar #waktu paling tepat untuk menghafal #waktu sesuai untuk belajar #waktu yang baik untuk memahami pelajaran