Kalau anda sering mengalami bersin terutama waktu pagi, selesema, muka gatal, mata gatal, hidung gatal dan tersumbat secara melarat, kemungkinan anda sedang mengalami masalah resdung. Resdung terjadi apabila sekeliling rongga hidung anda dijangkiti bakteria. Kebiasaannya, mereka yang menghadapi masalah resdung ini sangat sensitif terhadap debu, kotoran, bulu-bulu haiwan terutama kucing dan juga alahan pada sesetengah makanan.
Terdapat banyak kaedah untuk mengubati masalah resdung ini. Namun demikian, kaedah tersebut kadangkala tidak begitu berkesan kepada sesetengah individu. Ini kerana sesetengah kaedah itu, tidak bersesuaian dengan keadaan kesihatan individu itu masing-masing.
Namun demikian, tidak menjadi kesalahan jika kita ingin mencuba pelbagai cara. Manatahu ia berhasil. Di sini dikongsikan juga cara-cara dan petua tradisional untuk mengubati masalah resdung ini;
Bahan bahan yang diperlukan :
- Limau nipis 8 biji
- Daun pandan 10 helai
Cara-caranya ialah seperti berikut :
- Lipatkan beberapa helai daun pandan. Kemudian, hiris daun-daun pandan tersebut secara halus. Letakkan hirisan daun pandan yang dihiris ke dalam bekas. Lepas itu, ambil beberapa biji limau nipis, potong dan perah limau nipis tersebut ke dalam satu bekas tadi. Gaulkan campuran hirisan daun pandan dengan air perahan limau nipis itu sehingga sebati.
- Seterusnya, ambil cecair campuran tadi dan sapukan pada bahagian muka. Biarkan beberapa minit atau sekurang-kurangnya 5 minit. Jika ia berkesan, anda akan mendapati ada sesuatu atau ulat resdung akan keluar pada kulit muka anda. Biasanya, ulat resdung paling banyak dikesan dibahagian kening anda.
Aturcara pengamalan :
- Lakukan setiap 3 kali seminggu.
- Waktu paling sesuai untuk rawatan adalah di antara jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang.
Tags: #buang ulat resdung #gatal mata dan hidung #petua rawat resdung #petua tradisional rawat resdung #tips ubati alahan dan resdung
danish nasywan7 years ago
pernah cuba cara ini, agak berkesan dan tidak berbahaya berbanding ubat kimia