Ubat Kurus Membahayakan Nyawa

Bahaya Pil Kurus

Selain melakukan aktiviti fizikal, pengambilan pil menguruskan badan adalah antara yang sering dilakukan oleh orang ramai untuk menurunkan berat badan dengan cepat meskipun perlu berdepan risiko membahayakan kesihatan dan nyawa.

Terdapat pelbagai jenis produk di pasaran, termasuk yang mengandungi bahan terlarang seperti sibutramine, dan kebanyakan produk ini tidak menerangkan secara terperinci kandungan sebenarnya.

Apakah Kesan Pengambilan Produk Terlarang Ini?

Hasil kajian interim menunjukkan pesakit-pesakit telah mengalami kesan kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok dengan kadar yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan yang menerima ubat-ubatan plasebo. Begitu juga kesan negatif organ dalaman seperti buah pinggang dan hati.

Ia dikontraindikasi bagi pesakit yang mempunyai sejarah penyakit arteri koronari, kegagalan jantung kengestif, penyakit arteri periferal, arrithmia, strok dan hipertensi tidak terkawal.

Ibu mengandung tidak dibenarkan mengambil sibutramine kerana boleh menjejaskan janin atau anak dalam kandungan.

Harus diingatkan bahawa produk ubat kurus lain yang tidak tersenarai dalam senarai ini, tidak semestinya tidak mengandungi bahan terlarang.

Sebenarnya tiada jalan singkat untuk kurus dan ubat kurus ini boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan yang dasyat sehingga membahayakan nyawa. Rujuk Bahaya Ubat Kurus

Berikut merupakan senarai ubat kuat kurus yang telah di kesan mengandungi bahan telarang :

1. 7 Day Slim Capsule – Sibutramine
2.Acai Berry ABC 500mg Soft Gel – Sibutramine
3.Acai Berry Slimming Herbal Soft Gel – Sibutramine
4. Amberine Capsules – Sibutramine
5. Arma Sin Gang San Langsing – Sibutramine
6. Arma Sin Gang San Langsing Ayu – Sibutramine
7. Best Slim Pills – Sibutramine
8. Bionex Capsule – Sibutramine
9. Bodybeaus Capsule – Sibutramine
10. BodySlim Herbal Capsule – Sibutramine
11. Botanical Gold Capsule- Sibutramine
12. Botanical Gold Soft Gel- Sibutramine
13. Cantik Langsing – Bisacodyl
14. Chantique Beauty Slimming Herbal – Spironolactone
15.Chinese Herbal Heritage Herbal Slimming Tea BN 131703 – Microbial > limit
16. Dewi Pelangsing – Sibutramine
17. Figure Up – Sibutramine
18. GorgeouSlim Herbal – Sibutramine
19. Guar Gum Suplemen Serat Tinggi – Sibutramine
20. Kintop Capsule- Sibutramine
21. Lami or Lasmi Capsule- Sibutramine
22. Langsing Alami Kapsul – Sibutramine
23. Langsing Alami (Lami) capsule- Sibutramine
24.Lax-9 slimming milk (Banned by Food Division) – Sibutramine
25. Li Da Capsule 350mg- Sibutramine, Phenolphthalein & Sildenafil
26. Lida Slimming – Sibutramine
27. Lipo 8 Burn Slim Capsule – Sibutramine
28. Lipo 9 Burn Slim Detox Capsule – Sibutramine
29. Meizitang (Botanical Slimming Soft Gel) – Sibutramine
30. My Slimming Herbal Capsule – Sibutramine
31. Obe XLIM – Sibutramine
32.P57 Hoodia Cactus Slimming Capsule – Sibutramine
33. Phyto Shape or Phyto Hape – Sibutramine
34. Quick Slim – Phenylbutazone & Sildenafil
35. Rami Ramping Alami – Sibutramine
36.Rapidly Slimming 350mg Capsule- Sibutramine & Phenolphthalein
37. Sehat Langsing Capsule – Sibutramine
38.Sexy Plus Doom Capsule – Sibutramine
39. Slim 10- Fenfluramine
40. Slimfast Diet Kapsul – Sibutramine
41. Slimina Weight Loss Capsule – Sibutramine
42. Slimming untuk Pria
dan Wanita Kapsul – Sibutramine
43. Slimmix Botanical Gel – Topiramate
44.SlimRich BotanicalSlimming Capsule 350mg – Sibutramine
45. Slym 4 You Capsule – Sibutramine, Spironolactone & Canrerone
46. Sukenlo – Sibutramine
47. Sulami Kapsul – Sibutramine
48. Sumo Qurus Tablet – Phenobarbital
49. Tian Ma Du Zhong Wan Capsule – Cyproheptadine
50. Xiyouji Qingzhi 300mg Capsule – Sibutramine

Langkah Pencegahan

1. Pastikan produk kesihatan yang ingin digunakan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Periksa dahulu status pendaftaran melalui Quest Product Search yang disediakan oleh National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) di http://npra.moh.gov.my atau aplikasi MediQuest di App Store dan Play Store.

2. Salurkan aduan atau maklumat tentang sebarang penjualan produk yang tidak berdaftar dengan KKM atau mengandungi bahan terlarang melalaui SisPAA KKM di http://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do.

Amaran 50 jenis ubat kurus yang mengandungi bahan terlarang ini dikeluarkan oleh Public Health Malaysia pada 6 Ogos 2018

Anda boleh klik gambar dibawah untuk paparan lebih jelas:

 

ubat-kurus-0.111-300x300 Ubat Kurus Membahayakan Nyawa

Sumber : Public Health

ubat-kurus-0.11-300x300 Ubat Kurus Membahayakan Nyawa

Sumber : Public Health

ubat-kurus-0.1-300x300 Ubat Kurus Membahayakan Nyawa

Sumber : Public Health

ubat-kurus-1-300x300 Ubat Kurus Membahayakan Nyawa

Sumber : Public Health

ubat-kurus-2-300x300 Ubat Kurus Membahayakan Nyawa

Sumber : Public Health

ubat-kurus-3-300x300 Ubat Kurus Membahayakan Nyawa

Sumber : Public Health

Loading...

Tags: #effect pil kurus #kesan ubat kurus #list ubat kurus bahaya #pil kurus #pil kurus terlarang #Public Health #senarai ubat kurus terlarang #ubat kurus

Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis
Hepatitis B @ Bengkak Hati : Punca dan Cara Menghindari serta Kaedah Rawatan Pesakit Hepatitis B
Hepatitis B adalah penyakit hati yang disebabkan oleh virus hepatitis B (HBV). Virus

Comments are closed.