Turunkan Berat 10 Kg Dalam 3 Minggu. Ini Rahsia Diet Untuk Kurus!

Turunkan Berat 10 Kg Dalam 3 Minggu. Ini Rahsia Diet Untuk Kurus!

Punca berat badan naik dengan mendadak tidak lain tidak bukan adalah disebabkan tabiat makan dan pemakanan. Begitu juga dengan cara untuk menurunkan kembali berat. Rahsianya adalah melalui pemakanan. Kawal makan anda; bagaimana cara anda makan dan apa yang anda makan?

Pemakanan memainkan peranan yang besar dalam usaha untuk menurunkan berat badan. 80% dari proses penurunan badan bergantung kepada diet dan pemakanan anda, manakala 20% lagi ialah senaman dan bersukan.

Pada pos ini, penulis akan berkongsi dua cara untuk menurunkan berat badan dengan cepat melalui den kaedah mengawal makan. Kedua-dua cara ini telah dicuba dan sememangnya berhasil.

Jika anda benar-benar mahu turunkan berat, disiplin adalah kuncinya dan anda memerlukan sedikit pengorbanan. Bak kata orang, “no pain, no gain.” Namun, diingatkan, lakukan mengikut kemampuan tubuh badan anda dan jangan terlalu memaksa.

Jika badan anda tidak mampu, diet yang mendadak boleh memudaratkan kesihatan. Begitu juga jika anda mempunyai masalah tekanan darah rendah dan sebagainya.

Tips Turunkan Berat 10 Kg Dalam 3 Minggu

Berikut adalah dua cara. Cara pertama adalah lebih cepat kesannya, namun semakin cepat anda mahu hilang berat, maka semakin tinggilah pengorbanan anda untuk tujuan itu.

Cara Pertama :

Cara ini anda perlu mengurangkan pengambilan gula, garam dan bahan proses dalam semua jenis makanan. Lebih baik jika semua menu anda adalah tanpa gula, garam dan bahan proses. Kawal pemakanan anda dengan 3 kali sehari makan dan lakukan senaman. Berikut adalah cadangan menu untuk 3 kali sehari.

Pilihan minuman pagi :

  • Air masak
  • Green tea
  • Kopi
  • Lemon

Pilihan makanan pagi :

  • Capati
  • Tosei
  • Roti wholegrain (3 keping)
  • Biskut Jacob (sepaket kecil)
  • Buah epal hijau
  • Oat rendah kalori bersama air masak tanpa susu (segenggam)

Pilihan minuman tengah hari :

  • Lemon
  • Green tea
  • Air masak
  • Air buah yang ditapis

Pilihan makanan tengah hari (dalam set) :

  • Nasi putih (segenggam)
  • Lauk ikan atau ayam (rebus/ bakar/ sup) – saiz ikan sederhana (saiz ikan kembong), seketul ayam bersaiz potong 12 atau 16.
  • Sayur atau ulam (mentah/ rebus)

Pilihan minuman petang :

  • Sama dengan pilihan minuman pagi atau tengah hari di atas

Pilihan makan malam :

  • Capati
  • Tosei
  • Bihun sup (segenggam)
  • Sup sayur
  • Epal hijau
  • Bihun goreng (segenggam)
  • Sup ayam (saiz seketul potong 12 atau 16)

Perlu diingat, menu petang perlu dilaksanakan sebelum pukul 7.30 malam. Selepas pukul 8 malam, tiada lagi makanan. Lebih baik jika anda amalkan tidur awal dan bangun di awal pagi.

Untuk senaman (workout) pula, lakukan sekurang-kurangnya 4 hingga 5 kali seminggu. Peruntukkan 2 jam senaman untuk setiap sesi dalam sehari.

Cara kedua :

Cara ini kurang menyakitkan dan tidak banyak menyekat selera dan nafsu makan anda. namun, sekurang-kurangnya anda boleh cuba untuk kurangkan 5 hingga 10 kg dalam masa minimum 2 minggu dan maksimum 4 hingga 6 minggu.

Dalam cara ini, apa yang ditekankan ialah tabiat makan, pengawalan kalori, kecukupan air masak dan senaman. Kurangkan pengambilan gula melalui air manis dan makanan. Cadangan makan 3 kali sehari dan minum air masak minimum 8 gelas sehari.

Ambil air masak

  • 2 gelas ketika bangun tidur
  • 1 gelas 10 minit setiap kali sebelum makan
  • 1 gelas sebelum mandi
  • 2 gelas sebelum tidur

Pilihan sarapan pagi :

  • Pisang
  • Epal hijau
  • Pear
  • Oat

Menu makan tengah hari :

  • 1 atau 2 senduk nasi dan apa-apa sahaja lauk dan sayur, tidak terlalu banyak dan tidak makan sehingga mengenyangkan. Jika boleh, elakkan makanan berminyak, bergoreng dan menggunakan santan. (Meminum air masak sebelum makan dapat mengawal selera dan nafsu makan anda)
  • Selain nasi, anda boleh ambil apa-apa sahaja makanan berkarbohidrat dalam kuantiti yang sama dengan 2 senduk nasi.

Menu makan malam :

  • Jangan ambil makanan berkarbohidrat (elakkan makan nasi)
  • Makanan dengan sumber protein. Frankfurter ayam, sosej, dan apa-apa sahaja yang sesuai dalam saiz hidangan sederhana. Jangan makan dalam kuantiti banyak.

Namun dalam cara kedua ini, disiplin dan pantang larang harus dipatuhi. Antaranya :

  • Jangan makan selepas pukul 7.30 malam. Jangan makan pada tengah malam.
  • Jangan minum air selepas makan. Sebab itu anda dianjurkan minum 10 minit sebelum makan. Jika ingin minum selepas makan, tunggu minimum 20 minit selepas makan atau tunggu sehingga rasa kenyang sudah hilang.
  • Kunyah makanan dengan perlahan-lahan. Biarkan makanan hancur bagi memudahkan proses penghadaman.
  • Pengambilan air masak yang cukup adalah sangat penting bagi memastikan badan anda sentiasa cukup air, memudahkan proses detoks dan mempercepatkan lagi proses penurunan berat.
  • Harus diingat, jika anda tidak mengambil karbohidrat, pengambilan kalori tidak menjadi masalah kerana badan tidak akan menyerap kalori tanpa pengambilan karbohidrat. Jadi jika nada ingin makan makanan berkalori, tidak menjadi masalah, tapi anda perlu bijak mengatur dan mengawal pemakanan anda.
  • Jangan terus mandi selepas makan.
  • Jangan tidur ketika kenyang atau selepas makan.
  • Pengambilan buah-buahan seperti pisang, tembikai, nenas, betik, epal dan sebagainya adalah penting untuk badan anda.
  • Lakukan 30% senaman dan 70% melalui pemakanan. Ambil masa sekurang-kurangnya 4 hingga 5 kali seminggu untuk bersenam. Paling kurang, berjalan kaki di kawasan perumahan sudah memadai.

Dalam kedua-dua cara di atas, kesan awal yang boleh anda lihat adalah seawal 3 hingga 4 hari. Anda akan nampak perubahan pada bentuk muka anda atau pada leher anda yang akan kurang isi.

Seterusnya, bagi lelaki, anda akan lihat perubahan pada saiz abdomen yang semakin mengecil. Bagi wanita pula, pada bahagian abdomen, pinggul dan paha.

Selain menurunkan berat badan, ini adalah amalan hidup sihat. Pemakanan yang salah dan tabiat makan yang tidak dijaga merupakan punca pelbagai jenis penyakit.

Jadi, amalkan cara hidup yang sihat dengan menjaga pemakanan dan bersenam. Selamat mencuba!

Loading...

Tags: #badan gemuk #berat badan turun #Cara diet mudah dan cepat #cara kurus #cara kuruskan badan dengan mudah #cara makan supaya berat turun #cara makan supaya tidak gemuk #cara makan yang betul #cara nak kurus #cara nak kurus tanpa senaman #cara nak kurus tanpa ubat #cara nak kuruskan badan bagi remaja #cara untuk kurus dalam masa singkat #diet turun berat cepat #diet untuk kurus #gemuk #kuruskan badan #kuruskan badan cara tradisional #mahu kuruskan badan #makanan untuk kurus #menu diet #menu kurus cepat #menu turunkan berta #nak kurus #pantang larang makan untuk kurus #Rahsia Diet Untuk Kurus #rahsia turun berat dengan mudah #rahsia turunkan berat #senaman kurus #tips kuruskan badan dalam masa seminggu tanpa ubat #turun berat 10 kg dalam 2 minggu #turun berat badan dengan cepat #turunkan berat badan segera

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis

Comments are closed.