Selain Facebook dan Twitter, Instagram adalah salah satu daripada media sosial yang popular di dunia termasuklah di Malaysia.
Bermula dari golongan biasa, selebriti hinggalah wakil rakyat dan barisan pemimpin negara menggunakan media sosial ini untuk berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain.
Tidak hanya berfungsi sebagai album foto secara digital, Instagram turut digunakan untuk menjana pendapatan dengan mempromosikan perniagaan.
Seperti selebriti-selebriti antarabangsa, mereka meraih sumber pendapatan menerusi iklan-iklan berbayar melalui Instagram selain berkongsi perkembangan terkini masing-masing.
Tahukah anda, artis-artis Hollywood ini mendapat pendapatan sehingga jutaan dollar dengan mengiklan sesuatu produk atau perkhidmatan bagi setiap satu posting di Instagram milik mereka. Hebat bukan!
Dipetik dari portal Brilio.net, penulis senaraikan top 5 selebriti antarabangsa yang menerima bayaran endorsement paling mahal di Instagram pada tahun 2017. Check it out!
5. Kendall Jenner
Menduduki di tangga kelima selebriti antarabangsa yang menerima bayaran endorsement paling mahal di Instagram tahun ini diraih oleh Kendall Jenner. Dengan memiliki seramai 85 juta pengikut, Kendall dibayar sebanyak $ 370,000 USD bagi setiap satu posting. Sekadar info, si cantik ini adalah salah seorang model untuk Victoria’s Secret dan adik kepada Kim Kardashian. Malah, wanita berusia 22 tahun ini pernah dinobatkan sebagai model dengan bayaran paling mahal.
4. Kylie Jenner
Seperti kakak-kakaknya yang lain, Kylie Jenner juga turut menjadi tumpuan masyarakat dunia termasuklah media global dan paparazzi. Adik kepada Kim Kardashian dan Kendall Jenner ini merupakan usahawan kosmetik yang berjaya di mana mengeluarkan pelbagai produk kecantikan dan kosmetik berjenama Kylie Cosmetics. Melayakkan diri di posisi keempat sebagai selebriti antarabangsa menerima bayaran endorsement paling mahal sepanjang 2017, figura cun melecun ini menetapkan bayaran kira-kira $400,000 USD untuk sekali posting di Instagramnya jika anda ingin menyewa perkhidmatannya. Sehingga kini, Kylie mempunyai seramai 99.8 juta pengikut di Instagram miliknya.
3. Cristiano Ronaldo
Ctistiano Ronaldo, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di arena sukan bola sepak dunia. Selain kehebatan luar biasa di padang bola sepak, bintang Real Madrid ini memiliki rupa paras yang kacak dan mempunyai susuk tubuh tinggi lampai. Berada di carta ketiga, bapa kepada empat cahaya mata ini mengenakan bayaran sebanyak $400,000 USD untuk setiap satu endorsement di Instagramnya. Kini, anak kelahiran Portugal ini memiliki seramai 116 juta pengikut di laman media berkenaan.
2. Kim Kardashian
Bintang program realiti terkenal, The Kardashians iaitu Kim Kardaahian menyandang tempat kedua sebagai selebriti antarabangsa menerima bayaran endorsement paling mahal di Instagram pada tahun ini. Tarif yang dikenakan jika menggunakan perkhidmatannya untuk mempromosikan sesuatu iklan adalah $500,000 USD bagi setiap satu posting di Instagram miliknya. Jika dipikirkan, isteri kepada Kanye West sentiasa menjadi perhatian umum dek kerana gaya hidupnya yang mewah dan glamor.
1. Selena Gomez
Did you know, selebriti antarabangsa yang menerima bayaran endorsement termahal di Instagram sepanjang 2017 menjadi milik Selena Gomez. Jika mahu produk keluaran anda dipromosikan di Instagram pelantun lagu Love You Like A Love Song dan Good For You ini, jangan lupa untuk menyediakan bayaran sebanyak $550,000 USD untuk sekali posting. Untuk rekod, mantan kekasih The Weeknd ini mempunyai pengikut seramai 131 juta di laman media tersebut.
Tags: #5 selebriti dunia terima bayaran paling mahal #Bisnes Selebriti Antarabangsa #cristiano ronaldo #Kendall Jenner #Kim Kardashian #Kylie Jenner #Selebriti Antarabangsa Terima Bayaran Endorsement Paling Mahal di Instagram #Selebriti Hollywood Terima Bayaran Endorsement Termahal Di Instagram 2017 #Selena Gomez #Top 5 Selebriti Antarabangsa paling mahal di instagram