Top 5 Muzik Video Trending Di YouTube Malaysia Sepanjang 2017! Siapa Juaranya?

Top 5 Muzik Video Trending Di YouTube Malaysia 2017

Saban tahun, saluran pengkongsian pelbagai video iaitu YouTube akan mengeluarkan senarai ‘YouTube Rewind’ di mana mengandungi video-video yang paling banyak disaksikan oleh masyarakat Malaysia pada tahun ini.

YouTube Malaysia baru-baru ini telah mendedahkan senarai berkenaan yang dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu 10 Video Muzik Trending 2017 (Malaysia), 10 Video Trending 2017 (Global) dan 10 Video Muzik Trending 2017 (Global).

Untuk kali ini, penulis kongsikan kepada anda tentang Top 5 video muzik paling trending di You Malaysia sepanjang tahun 2017.

Selain lagu berbahasa Melayu, carta lima ini turut dikuasai oleh lagu-lagu popular antarabangsa. Penasaran? Jom semak artikel di bawah!

5. Floor 88 – Zalikha

zalikha-floor88 Top 5 Muzik Video Trending Di YouTube Malaysia Sepanjang 2017! Siapa Juaranya?

Di posisi kelima, video muzik paling trending di YouTube Malaysia sepanjang 2017 disandang oleh kumpulan Floor 88 menerusi lagu Zalikha. Single yang berirama catchy ini dihasilkan oleh Zai Hamzah dan Harry Khalifah. Single ini bukan sahaja tular di media-media sosial bahkan menjuarai carta lagu di beberapa stesen radio tempatan. Kumpulan ini dibarisi oleh Ayie Elham, Amir, Achoi, Eric, Falique dan Akram. Dimuat naik pada 21 April 2017, video muzik ini telah ditonton lebih 23 juta tontonan.

4. The Chainsmoker & Coldplay – Something Just Like That

The-Chainsmoker-Coldplay-Something-Just-Like-That Top 5 Muzik Video Trending Di YouTube Malaysia Sepanjang 2017! Siapa Juaranya?

Sementara itu, lagu berjudul Something Just Like That dendangan duo popular Amerika Syarikat, The Chainsmokers bersama kumpulan rock British, Coldplay menduduki tangga keempat video muzik paling trending di YouTube Malaysia pada tahun ini. Lagu ini merupakan single kedua daripada album pertama The Chainsmokers iaitu Memories…Do Not Open yang telah dilancarkan pada 22 Februari 2017 lalu. Malah, lagu ini juga tercalon bagi kategori Best Pop Duo/Group Performance di 60th Annual Grammy Awards. Untuk info, video muzik lagu ini telah ditonton lebih 800 juta tontonan sejak dimuat naik sekitar Februari 2017.

3. Projector Band – Aisyah

Projector-Band-Aisyah Top 5 Muzik Video Trending Di YouTube Malaysia Sepanjang 2017! Siapa Juaranya?

“Aisyah…Jangan ragu-ragu dengan cinta ini, Jangan Kau ragu-ragu ku jadi kekasihmu, Percaya Padaku, Ku Akan jadi yang terbaik untuk cintamu…,”

Itulah bait-bait lirik lagu berjudul Aisyah nyanyian kumpulan Projector Band yang semakin hit pada masa kini dan menjadi siulan dalam kalangan anak muda di luar sana. Untuk pengetahuan para pembaca, lagu ciptaan sepenuhnya Razif ini meraih gelaran tempat ketiga sebagai video muzik paling trending di YouTube Malaysia sepanjang 2017. Pada tahun lalu, single pertama kumpulan ini iaitu Sudah Ku Tahu berada di posisi kedua muzik video paling popular 2016. Dianggotai lima anak muda, band ini terdiri daripada Is (vokalis), Razif (gitar utama), Eddy (gitar kedua), Mat (gitar bass) dan Apit (dram).

2. Ed Sheeran – Shape Of You

Ed-Sheeran-Shape-Of-You Top 5 Muzik Video Trending Di YouTube Malaysia Sepanjang 2017! Siapa Juaranya?

Ditonton lebih 2.8 bilion tontonan, lagu Shape Of You dendangan Ed Sheeran atau nama sebenarnya Edward Christopher Sheeran menduduki carta kedua sebagai video muzik paling trending di YouTube Malaysia pada tahun ini. Dimuat naik sejak 30 Januari 2017, lagu ini memenangi Best Pop Internasional Video di MTV Music Awards Japan 2017 dan Choice Pop Song di Teen Choice Awards 2017. Memulakan langkah sebagai seorang penyanyi sejak 2005, figura kelahirqn British ini adalah salah satu ikon muzik yang terpengaruh di persada seni hiburan antarabangsa hari ini.

1. Luis Fonsi & Daddy Yankee – Despacito

Luis-Fonsi-Daddy-Yankee-Despacito Top 5 Muzik Video Trending Di YouTube Malaysia Sepanjang 2017! Siapa Juaranya?

Juara top 5 video muzik paling trending di YouTube Malaysia sepanjang 2017 menjadi milik Luis Fonsi dan Daddy Yanke menerusi lagu berhantunya bertajuk Despacito. Lagu berbahasa Sepanyol ini berjaya mendapat tontonan sebanyak lebih 4.4 bilion sejak dimuak naik di YouTube pada 12 Januari 2017. Tidak hanya sensasi di media-media sosial, lagu ini juga turut dijadikan video nyanyian cover oleh selebriti-selebriti terkenal dunia serta diterjemahkan dalam pelbagai bahasa. Hebat bukan!

azlan-150x150 Top 5 Muzik Video Trending Di YouTube Malaysia Sepanjang 2017! Siapa Juaranya?

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #best youtube music video malaysia 2017 #ed sheeran shape of you #Floor 88 - Zalikha #Luis Fonsi & Daddy Yankee - Despacito #Muzik Video Paling Trending Di YouTube Malaysia 2017 #Muzik Video Popular Di YouTube Malaysia 2017 #Projector Band - Aisyah #The Chainsmoker & Coldplay - Something Just Like That #top 5 trending malaysia #Video Muzik Paling Banyak Tontonan Di YouTube #YouTube Rewind 2017

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.