Apabila berbicara tentang dunia seni hiburan Korea Selatan atau K-Pop, kebanyakan artisnya mempunyai bakat yang versatil dan luar biasa.
Bukan sahaja hebat dalam satu kerjaya malah sukses dalam bidang seni yang lain sama ada bergelar penyanyi, pelakon, pengacara, penyampai radio atau model.
Hasilnya, artis-artis berkenaan berjaya meningkatkan sumber pendapatan dan kekayaan masing-masing.
Dipetik dari portal Koreaboo, penulis kongsikan top 5 artis Korea Terkaya 2017. Let’s find out!
5. Dara
Sandara Park atau nama glamornya Dara berada di tempat kelima artis Korea terkaya pada tahun ini dengan pendapatan bernilai RM68 juta ($16 Milion USD). Hasil kekayaan diperolehi menerusi kerjaya seninya serta menjadi jurucakap beberapa produk. Sebelum kembali bergerak solo, si cantik ini merupakan salah seorang anggota 2NE1 yang popular dengan lagu seperti I Am The Best, Come Back Home dan Falling In Love. Meskipun 2NE1 bubar, wanita berbakat besar ini masih bernaung di label yang sama iaitu YG Entertainment. Terdahulu, Dara adalah seorang penyanyi dan pelakon ketika bermastautin di Filipina.
4. Rain
Posisi keempat diraih oleh bintang pop popular Korea iaitu Rain atau nama sebenarnya Jung Ji Hoon. Pelakon drama Full House dan A Love To Kill ini mengutip kekayaan sebanyak RM85 juta ($20 Milion USD) pada 2017. Bukan sahaja sukses sebagai aktor dan penyanyi, pemuda kacak ini juga aktif sebagai penari dan model. Malah, figura tinggi lampai ini menjadi selebriti pertama Korea yang membintang filem Hollywood, Speed Racer dan Ninja Assassin. Rain turut membuka perusahaannya sendiri bernama R.A.I.N Company pada 2015. Menamatkan zaman solonya dengan wanita pilihan hati, Kim Tae Hee awal Januari lalu.
3. G-Dragon
Berada di tempat ketiga sebagai artis Korea paling kaya 2017 menjadi milik G-Dragon dengan hasil kekayaan berjumlah RM89 juta ($21 Milion USD). Bukan sahaja menganggotai kumpulan Big Bang, jejaka berusia 29 tahun ini juga seorang penyanyi dan rapper solo yang popular di seluruh dunia. Anak jati Seoul, Korea Selatan ini juga mempunyai label pakaiannya sendiri berjenama PeaceMinusOne. Sepanjang bergelar anak seni, G- Dragon atau nama lengkapnya Kwon Ji Yong pernah dinobatkan sebagai 2016 Pop Culture & Art Awards dan Man of the Year in 2015 oleh GQ Korea Magazine.
2. Si-won
Dengan kekayaan bernilai RM4.1 Bilion ($35 Milion USD), bekas anggota kumpulan Super Junior, Choi Si-won atau Si-won berada diposisi ketiga sebaga artis Korea terkaya pada tahun ini. Wajahnya kini banyak menghiasi pelbagai K-Drama popular seperti She Was Pretty, Masked Prosecutor, The King of Dramas dan Legend of Hyang Dan. Sedar atau tidak, anak kelahiran Seoul, Korea Selatan sudah lebih 10 tahun bergelar anak seni. Untuk pengetahuan para pembaca, Siwon dilahirkan dalam keluarga kaya dan terpengaruh dimana ayahnya adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat farmaseutikal, Boryung Medical manakala ibunya merupakan pemilik bisnes pakaian dalaman wanita di Korea.
1. PSY
Artis Korea Terkaya 2017 didominasi oleh pelantun lagu Gangnam Style iaitu PSY dengan nilai kekayaan mencecah RM1.9 Bilion ($45 Milion USD). Untuk info, PSY atau nama lengkapnya Park Jae Sang ini memegang rekod sebagai penyanyi dengan video lagu paling ramai tontonan di YouTube selama 5 tahun. Selain Gangnam Style, bintang berusia 31 tahun ini turut popular dengan lagu berjudul Gentleman, Hangover, Daddy, I Luv It dan New Face. Mengalas peranan Ketua Pegawai Eksekutif, PSY kini menerajui syarikat elektrik milik keluarganya, DI Corporation.
Tags: #Artis Korea Paling Kaya 2017 #Artis Korea Selatan #Selebriti Korea Paling Kaya 2017 #Senarai Artis Paling Kaya Di Korea Selatan 2017 #Top 5 Artis Korea Selatan Paling Kaya 2017 #Top 5 Artis Korea Selatan Terkaya 2017 #Top 5 Artis Korea Terkaya 2017