Membeli-beli secara atas talian atau online shopping menjadi salah satu budaya yang tidak asing lagi di dunia selaras dengan kemajuan teknologi masa kini.
Di samping mudah dan cepat, shopping online ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja anda berada.
Bukan sahaja pakaian, anda juga boleh membeli-belah barangan seperti perabot rumah, aksesori kereta, kasut, gajet, makanan dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, kita mestilah berhati-hati dan beringat ketika membeli secara online. Terdapat banyak kes berkaitan online shopping yang melibatkan para penjual dan pembeli sendiri seperti penipuan pembelian atau tidak mendapat barangan yang dibeli.
Berikut, penulis kongsikan 5 tips bijak ketika membeli-belah secara atas talian. Jom, kita semak!
1. Selidik Semua Kedai Online
Kalau nak tahu, membeli belah secara atas talian juga sama dengan membeli-belah di butik pakaian atau shopping mall dimana kita perlu banyak waktu untuk selidik produk atau barangan yang terdapat di semua kedai.
Siapa tahu, kedai online yang lain menawarkan harga lebih murah, pelbagai warna dan rekaan yang lagi menarik. Bertuahlah anda!
2. Perhatikan Size Chart
Baju longgar atau saiz kecil merupakan antara masalah yang seringkali dialami oleh para pembeli ketika online shopping kerana tidak alert pada size chart. Kegunaan size chart adalah untuk mengukur saiz yang sesuai atau tidak pada tubuh badan kita.
Ingat, pastikan anda perhatikan size chart jika membeli barangan berasaskan pakaian seperti baju atau seluar.
3. Periksa Review Para Pembeli Terdahulu
Sebelum anda hendak membeli-belah secara atas talian tertentu, penulis sarankan agar memeriksa review atau ulasan dari para pembeli terdahulu. Ini kerana terdapat beberapa pembeli akan memberi ulasan sama ada positif atau negatif tentang bebelanja di kedai-kedai online berkenaan.
Dari situ, kita mengetahui sedikit sebanyak tentang latar belakang atau cara layanan penjual online terhadap para pembeli.
4. Perkhidmatan Pengembalian Barangan
Seperti yang kita semua tahu, salah satu keburukan membeli produk atau barang secara atas talian adalah kita tidak dapat mencuba atau menyentuhnya terlebih dahulu. Mana tahu, barangan yang dibeli sudah rosak atau tersalah saiz dan warna.
Untuk pengetahuan pembaca, terdapat beberapa kedai online tidak menyedia atau melayan proses pengembalian barangan. Oleh itu, lebih baik anda memerhati terlebih dahulu tentang servis pengembalian barangan ini sebelum shopping.
Sebagai contoh, anda boleh bertanya secara langsung para penjual online adakah mereka menyediakan servis pengembalian barangan jika mengalami sebarang penukaran produk. Ingat, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi!
5. Fahami Cara Pembayaran
Lazimnya, jika sudah berminat untuk membeli sesuatu barangan dengan penjual, kita akan membuat pembayaran secara bank-in.
Untuk mengelakkan diri daripada ditipu, anda boleh membuat pembayaran secara Cash On Delivery (COD) dimana pembayaran dibuat selepas barangan diterima si pembeli.
Hari ini, terdapat banyak syarikat perniagaan atau kedai online yang menawarkan pembayaran secara COD.
Tepuk dada, tanyalah selera!
Tags: #beli barang online #Beli-Belah Di Atas Talian #Langkah Bijak Ketika Shopping Online #online shopping #Shopping Online #Tips Bijak Membelah-Belah Secara Talian #Tips Bijak Shopping Online #Tips Selamat Membeli Secara Online Elak Diri Dari Ditipu!