Pengunaan sunblock tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat dunia terutamanya wanita bagi melindungi kulit dari sinaran matahari.
Pemakaian sunblock biasanya untuk mengelakkan diri daripada berlakunya masalah kulit terbakar atau iritasi.
Namun, jangan sampai anda tersilap dalam memilih dan membeli sunblock di pasaran. Meskipun kedengaran agak meremehkan, kesalahan memilih sunblock mengikut jenis kulit boleh mendatangkan kemudaratan buat si pemakai.
Hal ini kerana jenis kulit yang berminyak, berjerawat atau sensitif memerlukan perawatan yang khusus untuk merawat kulit mereka.
Untuk kali ini, penulis kongsi tips mudaj untuk memilih sunblock berdasarkan jenis kulit anda. Selamat membaca!
1. Kulit Sensitif
Buat yang memiliki kulit sensitif, anda disarankan agar tidak memakai sunblock yang mengandungi oxybenzone dan PABA kerana boleh mengiritasikan kulit.
Sebaik-baiknya anda menggunakan sunblock yang ada zinc oxide dan titanium dioxide kerana kedua-dua bahan ini mudah diterima oleh orang yang mempunyai kulit sensitif. Malah, kedua-dua bahan kimia ini biasanya ditemui di dalam sunblock bayi dan kanak-kanak. Paling penting, pilih sunblock yang jenis spray berbanding jenis krim.
2. Kulit Berjerawat
Tahukah anda, sinaran matahari boleh boleh menjejaskan keadaan jerawat yang meradang. Oleh itu, penggunaan sunblock buat kulit yang berjerawat sangatlah penting.
Sama seperti kulit sensitif, anda perlu mencari sunblock yang bebas kandungan PABA dan oxybenzone. Sila jauhi sunblock yang mengandungi salicylates dan ecamsule kerana boleh memberi tindak balas yang tidak bagus buat kulit.
Sunblock yang paling sesuai buat kulit berjerawat adalah berbentuk gel dimana formulanya mengandungi alkohol dan beberapa bahan lain yang membantu proses penyembuhan jerawat.
3. Kulit Kering
Sunblock jenis krim sangat bagus buat anda yang memiliki kulit kering. Menariknya, kandungan pelembap yang terdapat pada krim lebih banyak berbanding sunblock yang lain.
Kebiasaannya, pelembap pada sunblock jenis krim mengandungi lanolin, minyak semula jadi dan silikon seperti dimethicone yang sangat bermanfaat kepada kulit. Di samping krim, anda juga boleh menggunakan sunblock jenis losyen atau stik.
4. Kulit Berminyak
Untuk pengetahuan para pembaca, sunblock untuk kulit berjerawat juga boleh digunakan untuk kulit berminyak. Selain sunblock berbentuk gel, anda juga boleh memilih sunblock jenis bebas minyak.
Elakkan menggunakan sunblock jenis lotion walaupun bebas minyak ianya mampu merangsangkan kalenjar minyak secara berlebihan. Apakata gunakan sunblock jenis spray atau berbentuk serbuk supaya kulit dapat menyerap minyak dengan cepat dan menjadikan kulit tidak berkilap.
5. Kulit Warna Pucat
Lazimnya, orang yang memiliki kulit berwarna pucat adalah penghidap penyakit melisma atau kanser kulit. Justeru, anda diingatkan supaya berhati-hati ketika memilih sunblock di pasaran.
Anda disyorkan menggunakan sunblock yang mempunyai kandungan lebih 30 SPF untuk kegunaan harian. Pilihlah sunblock yang mesra dan semulajadi terutamanya buat kulit yang sensitif.
Tags: #Cara Pilih Sunblock Di Pasaran #Cara Tepat Memilih Sunblock Untuk Kulit #Hal yang Perlu Dicek Saat Memilih Sunblock #Ini Cara Benar Pilih Sunblock Agar Kulit Tidak Hitam #Tips Memilih Sunblock #Tips Memilih Sunblock Sesuai Jenis Kulit #Tips Memilih Sunblock yang Tepat untuk Kulit Anda #Tips Pilih Sunblock Ikut Jenis Kulit #Trik Memilih Sunblock yang Cocok #Trik Pilih Sunblock yang Cocok untuk Kulit