Tanpa mengira jantina, minyak wangi atau perfume merupakan item wajib dimiliki setiap orang di dunia ini.
Bukan sahaja menjadi pelengkap terhadap penampilan, minyak wangi juga dapat meningkatkan tahap keyakinan diri apabila berdepan dengan masyarakat di luar sana.
Tahukah anda, minyak wangi boleh dipilih berdasarkan personaliti diri seseorang. Jadi aroma apa yang sesuai dengan diri anda? Kalau nak tahu, sila baca artikel di bawah!
1. Ekstrovert
Jika anda seorang yang aktif, mudah mesra, suka bersosial dan gemar bekerja dalam kumpulan, anda termasuk dalam kumpulan Ekstrovert. Wangian yang sesuai bagi golongan ini adalah beraroma seperti vanila, anggur dan cendana kerana dapat meningkatkan daya penarik si Ekstrovert.
2.Introvert
Introvert adalah seseorang yang suka menyendiri, tidak suka bergaul, pemalu, pendiam dan senang bekerja secara sendirian. Haruman lembut dan tenang seperti aroma bunga sakura sangat sesuai dengan personaliti seperti ini.
3. Si Romantis
Buat si romantis di luar sana, pilihlah wangian aroma mawar dan melati yang memikat pada tubuh anda. Selain itu, parfum jenis musk putih menjadi aksesori sempurna buat anda untuk memancing pasangan.
4. Pembakar Semangat
Dengan personaliti yang positif dan ceria, parfum wangian fruity seperti buah limau sangat bagus buat kelompok ini. Malah, aroma buah markisa, pic dan anggur menjadi pilihan bijak jika membeli minyak wangi di pasaran.
5. Si Elegan
Mementingkan kecantikan diri dan suka menonjol di depan orang ramai, haruman seperti amber, musk dan vanila sangat cocok dengan peribadi sebegini.
Tags: #minyak wangi avon yang tahan lama #Minyak Wangi Berdasar Personaliti Diri #minyak wangi de'xandra #minyak wangi lelaki paling tahan lama #minyak wangi lelaki paling top #minyak wangi lelaki terbaik #minyak wangi paling wangi #pemborong minyak wangi murah #Perfume Brand Yang Sesuai #personaliti dan minyak wangi #Tips Dalam Memilih Minyak Wangi #Tips Pilih Minyak Wangi #Tips Pilih Minyak Wangi Ikut Personaliti Diri #Tips Pilih Perfume