Pengenalan diri
Kebiasaannya mula-mula dia akan minta anda perkenalkan diri. Anda perlu cerita pasal parents anda, adik-adik dan pasal diri anda. Sila elakkan sifat berlagak. Jawab dengan tenang dan senyuman.
Apa yang perlu anda tahu?
- Kena tahu latarbelakang department atau agensi yang anda mohon :
Siapa nama Ketua Pengarah? Siapa nama Menteri yang bertanggungjawab dan Kementerian apa?
- Misi dan Visi department yang anda mohon tu dan peranannya?
Apa sasaran, misi, visi dan peranan jabatan tu. Yang ini, anda baca general lah tak payah pergi detail. Ambik view je.
- Kemaskini maklumat berkenaan diri anda.
Anda kena baca paper (Surat khabar rasmi sahaja) or tengok Berita TV jam 8.00 malam tu sebab anda kena tau apa yang berlaku dalam Malaysia. Isu semasa berkaitan, highlightkan berita yang bersangkutan dengan department yang anda mohon.
- Ambil tau pasal jawatan yang anda mohon.
Anda perlu tahu skop tugas jawatan yang anda mohon tu, apa fungsi dan tanggungjawab jawatan secara general. Jawapan jangan sangat spesifik . Sebab nanti anda akan terperangkap dengan jawapan anda sendiri. Anda hanya perlu jawab secara umum saje. Dia pun faham sebab anda bukanlah tau sangat, sebab anda kan baru je nak mohon. Tapi kalau anda dapat jawab memang satu bonus buat anda.
- Dia biasa akan tanya kau : “Kalau saya ambik kamu kerja, apa sumbangan yang kamu akan bagi?”
Soklan ni memang favorite penemuduga akan tanya. Apa lagi, anda goreng je dan anggaplah diri anda sahaja dalam dunia ni yang mahir dalam bidang tu dan anda perlu berlagak tau dan angkat bakul sendiri. Sebagai contoh :
“Saya sangat mahir dalam bidang ni, dan kajian saya ini telah diperakukan oleh lecture saya”.
Tapi, masa anda nak goreng tu, anda kenalah cakap benda yang anda tau sahaja. JANGAN cakap benda yang anda tak tau. Nanti anda akan terperangkap! Sebagai contoh anda sangat terrer bagi makan lembu, anda ceritalah banyak sikit pasal makanan lembu dan teknik nak bagi makan lembu dengan logik dan sangat bersemangat. Cerita anda itu biar nampak realistik. Sebab kalau dia tanya lagi. Anda tak susah sebab semuanya dalam kepala anda. Apa lagi, anda hanya perlu tabur cerita-cerita ke-terrer-an anda tu. Mesti gempak habis. Silap haribulan, penemuduga tu cakap : “Wah! Bagus la kamu ni”
Sebab apa anda perlu bercakap sebegitu?
Sebabnya bukan semua penemuduga yang tanya anda itu tau benda yang anda cakap. Dia pun sama macam anda juga. Cuma yang terrer dianya ialah dia senang nak gertak anda. Bila anda kena gertak dengan soalan. Anda akan gugup dan tergagap-gagap menjawab dan tidak konsisten.
- Soalan seterusnya: “Kenapa kamu mohon jawatan ini?”
Cara nak jawab : Make sure anda masukkan isi belah kasihan, ITU PALING PENTING! Macam keluarga anda takdelah senang sangat, adik beradik pula ramai, dan anda cakap sekarang kerja susah, parents dah tua dan anda kena tampung keluarga juga disamping pinjaman pelajaran anda yang perlu dibayar itu. Tapi jangan melampau sangat sedih. Nanti dia cakap anda ni akan menyusahkan. Jadi pandai-pandailah anda menerangkan dengan berhemah.
- Soalan seterusnya : “Apa yang anda sedang lakukan sekarang?”
Anda kena bagitau anda sudah bekerja tetapi kerja biasa-biasa sahaja. Ingat, kerja yang anda bagitau mestilah related dengan jawatan yang anda mohon itu. Biar nampak anda sangat minat dengan jenis kerja yang dipohon. So, make sure anda create story yang sharp dan tepat! Story anda kena konsisten. Jangan kejap itu, dan kejap ini.
Elakkan dari memberitahu bahawa anda sedang menganggur. Itu jawapan paling negatif. Nampak tak pro-aktif. Anda mesti bagitau anak sedang bekerja tetapi, kerja yang biasa sahaja. Seperti tolong keluarga berniaga atau sebagainya. Janji ada benda yang anda lakukan selepas tamat pengajian. Barulah nampak seperti anda ini seorang yang bersemangat dan berpengalaman serta menunjukkan sifat kesungguhan untuk bekerja. Jangan sesekali membuat cerita kerja yang anda tidak tahu. Nanti anda akan terperangkap dengan tipu helah sendiri. (ini bukan tips untuk menipu).
- Lepas tu, dia akan pergi kepada soalan pasal income kerja yang anda lakukan sekarang.
Jawapan terbaik : “Saya kerja apa pun tak kisah, janji saya nak cari pengalaman kerja. Tentang bayaran rasanya tak ada masalah. Cukup lah buat isi minyak motor pergi kerja. Adalah lebih kurang RM30 seminggu. Itu pun tak tentu. Lagipun saya mencari pengalaman sebelum dapat kerja yang lebih baik”
Elakkan menjawab soalan secara direct answers kerana anda tiada peluang untuk menarik perhatian mereka.
- Soalan seterusnya: “Sanggupkah kamu untuk bekerja di Sabah atau Sarawak?” (bagi yang berasal dari semenanjung Malaysia)
Jawapan terbaik : “Saya kalau boleh, memang saya nak merantau dulu sebab saya ni masih lagi bujang. So, saya tak ada masalah semua tu.”(macam iyer-iyer je kan!)
Tapi takpe, kalau betul dapat kerja di Sarawak or Sabah nanti, bukanya tak boleh nak mohon pindah kan? Anda boleh mohon pindah kemudian. Yang penting kerja tu perlu diperolehi dahulu.
Tips penampilan sebelum ke tempat temuduga :
- Pakaian kemas dan formal. Jangan seksi. Kau bukan nak keluar date pun.
- Rambut kena potong kemas bagi lelaki. Jangan panjang atau berserai.
- Bagi perempuan, pakai baju kurung, menutup aurat dan sopan.
- Jangan pakai minyak wangi yang melampau bagi perempuan.
- Setiap jawapan mestilah di akhiri dengan senyuman mesra (ini penting untuk tarik perhatian penemuduga)
- Ringankan mulut anda dengan ucapan terima kasih. Contoh bila dia suruh kau duduk, jangan lupa ucap berterima kasih. Begitu juga, sewaktu habis sesi temuduga.
- Bagi ucapan salam pada yang muslim dan salam sejahtera kepada bukan muslim.
- Anda mesti menganggap panel penemuduga sebagai seorang yang sangat penting. Perlu ada rasa hormat dan rasa rendah diri.
Apa yang susahnya interview ni?
Anda hanya perlu berlakon paling kuat pun 1 jam disamping otak anda mestilah fresh dan bersedia untuk menjawab apa jua soalan. Cuba hilangkan rasa gugup itu dan yakin dengan kebolehan anda. Jangan tanamkan sifat sangat berharap dalam sesi temuduga kerana sifat ini membuatkan akan gugup dan mudah stress.
*Amaran Keras!!!!
Jangan senyap atau tak menjawab soalan. Atau menjawab tidak menepati soalan. Kalau betul anda tidak mengetahui, gunakan ayat : “Tak pasti lah saya tetapi setahu saya …bla bla.” At least ada juga jawapan even bukanlah 100% tepat. Kadangkala soalan begini bersifat menguji.
SILA JANGAN SALAH GUNA TIPS INI. SEMOGA BERMANFAAT.
Tags: #apa yang perlu anda faham berkaitan sesi temuduga #cara hadir sesi temuduga #penampilan sebelum ke tempat temuduga #persediaan sebelum hadir temuduga #petua apabila hadir sesi temuduga #tips berdasarkan pengalaman #tips hadir interview #tips menjawab soalan temuduga kerja #tips nak dapat kerja