Menyukai adalah permulaaan bagi satu perasaan indah yang memberi kekuatan dan semangat kepada seseorang apabila ia mekar dalam hati, dinamakan cinta.
Beza antara suka dan cinta, macam apa yang kita rasa pada sekuntum bunga. Kalau kita suka pada sekuntum bunga, kita akan petik bunga itu sebab bunga itu cantik. Tapi kalau kita cintakan bunga itu, kita akan biarkan ia pada dahannya dan sentiasa siram ia agar ia sentiasa segar.
Samalah seperti manusia. Kalau kita suka pada seseorang, kita akan berusaha untuk memilikinya. Tapi kalau kita cintakan dia, kita akan sabar menanti adakah dia jodoh kita, dan sentiasa mendoakan kebahagiaan dia walau nanti akhirnya dia bukan bersama kita.
Namun, kesucian cinta itu sering dicemari oleh pencinta-pencinta yang menodai cinta dengan dusta, pengkhianatan dan permainan sandiwara yang menyebabkan hati terjerumus dalam lembah keraguan, kesedihan, kegelisahan dan kehancuran. Persoalan tentang suka dan cinta, menjadi tanda tanya di hati terutama pada awal perhubungan dan bila sesuatu hubungan diuji.
Adakah anda ingin mengetahui jika seseorang menyukai dan mencintai anda? Adakah dia benar-benar menyukai dan mencintai anda? Berikut ini adalah tanda-tanda seseorang yang menyukai dan mencintai anda.
- Orang yang menyukai dan mencintai anda tidak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai anda. Apa yang dia tahu di matanya dan hatinya hanya ada anda satu-satunya. Hal ini kerana, tiada alasan yang dapat diberikan bila mencintai seseorang, kerana bagi dia, anda hanya diri anda dan itulah yang dicintai tentang anda, menjadi diri sendiri dan hal itu tidak dapat ditemui pada orang lain.
- Kalau anda sudah memiliki kekasih, orang yang menyukai anda tidak peduli, buat dia yang penting anda bahagia dan anda tetap impiannya. Pernahkah anda mendengar satu frasa berbunyi, “mencintai dan menyayangi seseorang kerana dirinya, bukan untuk untuk diri kita”? maksudnya, keikhlasan dalam memberikan cinta dan kasih sayang untuk kebaikan orang yang dicintai, bukan untuk kepentingan diri sendiri.
- Orang yang menyukai dan mencintai anda selalu menerima anda apa adanya, dimatanya anda salalu yang terindah walaupun mungkin anda merasa berat badan anda sudah berlebihan atau anda merasa kegemukan. Bagi kaum wanita yang risau tentang berat badan, sebenarnya bagi seorang lelaki yang benar-benar mencintai anda, itu langsung tidak penting baginya. Jika sebab sekecil itu menjadi ukuran dan penyebab bagi hati untuk mencintai seseorang, bagaimana jika ditakdirkan sesuatu yang buruk berlaku, apabila anda tidak lagi cantik dan sempurna, masihkah anda dicintai seperti sebelumnya?
- Orang yang menyukai anda selalu ingin tahu tentang apa saja yang anda lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan anda. Sebenarnya, hati dia selalu teringat pada anda, dan dia tertanya-tanya apa yang anda lalui sepanjang hari ini. Walaupun tidak dapat berhubung dengan anda, dia akan cuba mengetahui aktiviti harian anda melalui laman sosial dan sebagainya.
- Orang yang menyukai anda akan mengirimkan mesej seperti “selamat pagi”, “selamat hari minggu”, “selamat tidur” walaupun anda tidak membalas mesejnya. Bagi dia, ucapan ringkas seperti itu adalah pengganti bagi ucapan yang memberi maksud bahawa dia selalu mengingati anda. Kalau anda menyambut ulang tahun kelahiran dan anda tidak mengundangnya, setidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau menghantar mesej. Orang yang mencintai anda pula takkan mengabaikan ucapan ringkas seperti “selamat malam” atau “selamat pagi” kerana anda perkara pertama yang muncul di fikirannya ketika bangun dari tidur dan anda perkara terakhir di fikirannya sebelum dia tertidur.
- Orang yang menyukai anda akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama anda, bahkan mungkin kejadian yang anda sendiri sudah lupa dan tidak berapa ingat, kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga untuknya. Orang yang mencintai anda tidak akan lupa kejadian yang dia lalui bersama anda. Saat pertama kali dia bertemu anda, saat pertama kali anda memberi harapan cinta kepadanya, pasti semua itu menjadi sesuatu yang berharga baginya.
- Orang yang menyukai dan mencintai anda selalu mengingat tiap kata-kata yang anda ucapkan bahkan mungkin kata-kata yang anda sendiri lupa pernah mengatakannya. Baginya, setiap kata-kata anda begitu penting, bahkan dia merupakan pendengar yang baik dan tidak mengambil ringan di atas apa ucapan yang anda ucapkan walaupun pada zahirnya dia seperti tidak memberi perhatian atau tidak banyak berkata-kata bila anda menceritakan sesuatu kepadanya. Oleh itu, janganlah berdusta dan hanya berkata-kata kosong kerana hal itu mungkin akan menyakiti hati dia kerana soal kepercayaan dan kejujuran adalah satu elemen yang penting dalam suatu perhubungan.
- Orang yang menyukai dan mencintai anda akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaan anda, kerana dia ingin tahu kesukaan anda. Kesukaan anda adalah kesukaannya juga. Jika anda memberikan lagu kepada orang yang mencintai anda, dia akan mengulang mendengar lagu tersebut dan jangan terkejut dia dia dapat menghafal lirik lagu tersebut. Bila terdengar lagu itu di corong radio, pasti anda perkara pertama yang dia ingati.
- Kalau kali terakhir dia bertemu anda ketika anda sedang sakit, beberapa hari kamudian dia akan mengirim mesej dan bertanyakan keadaan anda. kerana dia risau akan anda. Orang yang mencintai anda akan mengambil berat tentang kesihatan anda. Dia akan menasihati anda supaya tidak melakukan perkara yang memudaratkan. Mengongkong dan mengambil berat adalah perkara yang berbeza.
- Kalau anda memberitahu anda akan menghadapi ujian, dia akan bertanya bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan mesej “good luck “untuk memberi semangat kepada anda. Jika anda mempunyai kekasih hati, misalnya ketika anda memberitahu dia bahawa anda akan menghadiri temuduga, tetapi dia tidak bertanya tentang itu dan tidak pula mengucapkan “good luck” dan sebagainya, bagaimanakah perasaan anda? Orang yang mencintai anda takkan mengabaikan perkara seperti itu, bahkan dia takkan lupa untuk mendoakan kejayaan anda.
- Orang yang menyukai dan mencintai anda akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat anda itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi itu ialah suatu barang yang istimewa buat dia. Bila anda dihadiahi sesuatu yang istimewa dari dia, bermakna anda adalah perkara yang istimewa yang dia inginkan untuk menerima barangan istimewa miliknya.
- Orang yang menyukai anda akan terdiam seketika, semasa sedang berbicara di telefon dengan anda, sehingga anda menjadi bingung. Saat itu dia merasa sangat gugup kerana anda telah menggoncang dunianya.
- Orang yang menyukai anda selalu ingin berada dekat dengan anda dan ingin menghabiskan hari-harinya dengan anda. Bagi orang yang mencintai anda, anda ialah dunianya. Jika anda tiada, ibarat dunianya tidak bermakna.
- Jika suatu saat anda harus pergi ke tempat lain untuk waktu yang agak lama, dia akan memberikan nasihat supaya anda waspada dengan persekitaran yang akan membawa pengaruh buruk bagi anda. Saat itu, hatinya berasa risau. Orang yang menyukai anda bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih. Manakala orang yang mencintai anda bertindak melindungi anda dan bukannya mengongkong.
- Orang yang menyukai anda sering melakukan hal-hal yang tidak masuk akal seperti menelefon anda 100 kali dalam sehari, atau membangunkan anda di tengah malam, kerana waktu itu dia sedang memikirkan anda. Orang yang mencintai anda melakukan perkara yang membuatkan anda terharu kerana baginya, kegembiraan anda adalah kegembiraan baginya.
- Orang yang menyukai anda kadang-kadang merindukan anda dan melakukan hal-hal yang membuat anda berasa jengkel atau gila. Apabila anda memberitahu tindakannya itu membuat anda terganggu, dia akan meminta maaf dan tidak akan melakukannya lagi. Jika anda memintanya untuk mengajar anda sesuatu, maka dia akan mengajar dengan sabar walaupun anda mungkin orang yang terbodoh di dunia.
- Kalau anda melihat telefonnya, maka nama anda akan menghiasi sebagian besar “inbox”nya. Ya, dia masih menyimpan mesej dari anda walaupun mesej itu sudah anda kirim sejak berbulan-bulan bahkan bertahun-bertahun yang lalu kerana setiap perkataan yang ditaip anda adalah sesuatu yang berharga dan bermakna baginya.
- orang yang menyukai dan mencintai anda akan berlalu pergi bila anda meminta untuk dia pergi walaupun dalam hatinya perkara itu adalah suatu perkara yang dia sangat takut untuk menghadapinya. Hatinya hancur dan untuk berapa lama dia akan terus teringat tentang anda. Tapi, kebiasaannya, bila seseorang telahpun tawar hati dan patah hati dengan anda, pasti sukar dan tipis sekali untuk kembali menyukai dan mencintai anda seperti dahulu.
Oleh itu, jika ada seseorang yang benar-benar menyukai dan mencintai anda dengan setulusnya, hargailah mereka. Lebih-lebih lagi jika anda seorang yang sukar difahami. Bila mempunyai pasangan yang baik atau seseorang yang baik dan yang tahan dengan perangai anda hadir dalam hidup anda, hargailah dan jagalah dia sebaik-baiknya kerana jika dia hilang, penggantinya tidak akan sama macam dia. Percayalah.
Tags: #antara cinta dan suka #bila anda dicintai #bila anda disukai seseorang #persoalan cinta dan suka #soal hati #suka dan cinta #tanda-tanda seseorang mencintai anda #tanda-tanda seseorang menyukai anda #tips perhubungan