Tips Memiliki Rumah Pertama Anda
- Jadikan rumah pertama sebagai pelaburan
Kalau rumah pertama anda beli untuk mendiaminya sendiri, agak sukar untuk anda menambahkan pemilikan rumah seterusnya. Lebih-lebih lagi jika rumah pertama memakan sebahagian besar pendapatan bulanan anda. Rumah pertama adalah rumah untuk pelaburan, hasil sewaan rumah tersebut dikira sebagai pendapatan tambahan kepada anda.
- Rumah pertama anda mestilah bukan rumah idaman anda!
Semua orang mempunyai keinginan untuk membeli rumah yang besar yang mempunyai senibina moden dan mewah. Tetapi cuba anda fikir rasionalnya memiliki rumah jenis tersebut. Adakah dengan gaji sebanyak RM2,500 sebulan, anda mampu membeli rumah sedemikian? Jika anda belum mampu, belilah rumah yang sepadan dengan pendapatan anda. Rumah kecil tak mengapa kerana harga rumah akan meningkat setiap tahun! Anda tidak mungkin dapat memiliki rumah sama jenis dengan harga yang sama pada masa akan datang. Percayalah!
- Rumah pertama mestilah rumah kecil
Memiliki rumah yang moden dan mewah seperti banglo, anda perlu memiliki modal yang besar dengan pelbagai kos-kos lain serta deposit yang tinggi. Kebiasaannya sekurang-kurangnya anda perlu 15% deposit untuk memiliki rumah pada masa kini. Secara asasnya, rumah kecil seperti rumah teres berharga sekitar RM150,000.00 Kos untuk deposit ialah sebanyak RM22,500.00 sahaja.
Manakala rumah mewah berharga RM400,000.00 memerlukan modal deposit lebih tinggi iaitu RM60,000.00. Keluarga anda bukanlah satu keluarga besar yang memerlukan ruang dan bilik yang banyak untuk dihuni.
- Rumah pertama yang dibeli mestilah di bawah harga pasaran semasa
Seperti yang anda tahu, harga pasaran rumah adalah bergantung kepada kuasa pembeli. Mungkin ada tuan rumah yang terdesak untuk menjual rumah mereka. Sebagai pembeli, anda perlu bijak mendapatkan harga terbaik. Elakkan membeli rumah di atas pada harga pasaran.
- Rumah pertama mestilah bukan kelayakan maksima anda!
Jika anda layak membeli rumah berharga RM300,000.00, carilah rumah di bawah paras kelayakan anda seperti RM250,000.00. Ini akan memudahkan anda mendapat kelulusan pinjaman daripada pihak bank. Ia juga dapat memberikan ruang yang sedikit kepada Debt Service Ratio (DSR).
Ini dapat mengelakkan anda daripada masalah kelayakan yang dikira oleh pihak bank. Kebanyakkan bank-bank mempunyai cara pengiraan yang berbeza-beza.
- Belilah rumah pertama melalui ejen hartanah atau pemaju
Membeli rumah dengan khidmat ejen hartanah adalah lebih selamat kerana ia akan membantu anda mendapatkan rumah bersesuaian dengan bujet anda. Ditambah pula anda tidak mempunyai pengalaman dalam selok belok urusniaga hartanah ini. Menggunakan kepakaran khidmat mereka pasti banyak membantu anda!
Selain itu, jangan lupa pilih ejen yang bertauliah bukannya ejen “bidan terjun”!
- Rumah pertama harus anda miliki sebelum berkahwin
Beli rumah di pasaran subsale sekurang-kurangnya 15% murah di bawah harga pasaran. Dengan lebihan daripada pinjaman tersebut, maka bolehlah anda gunakan untuk perbelanjaan perkahwinan pula.
Bakal mertua pun akan rasa senang hati bila diketahui anda sudah mempunyai rumah sendiri. Boleh dikatakan ia adalah satu cara bijak memikat bakal mertua anda!
- Beli rumah dahulu daripada kereta
Sebagai contoh anda boleh membeli dua buah rumah murah dengan masing-masing mempunyai ansuran bulanan RM700.00 sebulan. Kemudiannya, kedua buah rumah tersebut disewakan dengan kadar RM900 sebulan. Aliran tunai positif RM400.00 hasil sewaan tersebut anda boleh gunakan untuk membayar bulanan kenderaan dengan kadar RM400.00 sebulan. Cari kereta dengan ansuran bulanan RM400.00 sebulan dengan zero down payment!
- Modal yang minima untuk rumah pertama yang bakal anda beli
Anda boleh survey pasaran dan minta rundingan sebaik-baik dengan tuan rumah, seperti kurangkan jumlah deposit atau anda boleh mencari pemaju perumahan yang menawarkan entry cost yang menawarkan pakej 100% pembiayaan bagi yang layak. Maksudnya, anda perlu minimakan aliran modal dan tidak semestinya tiada modal dikeluarkan oleh anda.
- Beli rumah pertama bukan membeli mengikut nafsu anda!
Sebagai pembeli rumah yang pertama, anda mestilah sangat teruja dengan tawaran dan iklan yang ditawarkan. Membelilah dengan berhemat dan jangan menurut nafsu.
- 3 Kos utama yang perlu anda tahu sebelum membeli rumah
1. Deposit
Kebiasaannya anda perlu menyediakan 10% daripada harga rumah yang ditawarkan. Ini kerana margin loan hanyalah 90% daripada harga yang ditawarkan (selling price).
Sebagai contoh harga rumah = RM300,000.00 maka deposit 10% = RM30,000.00
Bagi kes bank yang memberikan pakej 100%, secara kasarnya wang deposit tidak perlu dikeluarkan oleh anda. Namun, jika anda masih mengeluarkan wang deposit tersebut, wang tersebut anda dipulangkan kembali kepada anda apabila proses jualbeli selesai.
2. Legal loan dan stamp duty
Yuran guaman dan stamp duty kebiasaannya termasuk sekali dalam pakej pinjaman yang diberikan oleh pihak bank.
3. Insurans perumahan
Insuran perumahan biasanya termasuk dalam pakej pinjaman yang diberi oleh pihak bank kepada anda.
- Apakah perkara utama yang perlu anda tahu?
Boleh dikatakan bahawa deposit tunai dan legal fee adalah kos paling utama yang anda perlu beri perhatian. Kebiasaannya legal loan, valuation fee dan insurans termasuk dalam pakej loan yang akan diberikan oleh pihak bank. Jalan paling selamat ialah anda perlu menyediakan duit tunai antara 13%-15% daripada harga jualan.
Tags: #10 tips terbaik untuk beli rumah pertama #beli rumah #beli rumah cash #beli rumah dengan bijak #beli rumah pertama #cara beli rumah #cara beli rumah melalui kwsp #cara beli rumah pertama #cara beli rumah second hand dengan loan kerajaan #cara kira kelayakan pinjaman perumahan #cara membeli rumah dengan gaji kecil #cara membeli rumah lelong #jenis rumah #loan rumah #miliki rumah kediaman #Panduan Membeli Rumah Pertama #pelaburan hartanah yang bijak #pelaburan rumah #petua memiliki rumah sendiri #rumah sendiri #teknik beli rumah #tips beli rumah