Tips Mudah Hilangkan Cat Pada Pakaian. Pakaian Anda Kembali Bersih!

Tips Mudah Hilangkan Cat Pada Pakaian. Pakaian Anda Kembali Bersih!

Kalau sedang mengecat dinding di rumah, pasti kita lebih memilih menggunakan pakaian buruk kerana jika terkena cat sekali pun, pakaian itu terus dibuang. Tetapi, terkadang stok baju buruk seperti itu tidak ada, kita terpaksa menggunakan pakaian yang masih baru. Agak sukar menjaga pakaian agar tidak terkena cat.

Tips Hilangkan Cat Pada Pakaian

Daripada membuang pakaian tersebut, bagaimana kalau anda sedikit berusaha dengan tips-tips yang dikongsikan di bawah untuk menghilangkan cat pada pakaian anda. Tips-tips ini agak senang dan bahan yang diperlukan pun mudah didapati. Yang Anda perlukan hanya kesabaran untuk memulainya. Selamat mencuba.

  • Air

Air mengalir merupakan sahabat baik pakaian yang terkena cat, jika cat tersebut masih basah. Caranya, halakan air yang mengalir pada bahagian pakaian yang terkena cat, lalu gosok bahagian tersebut dengan berus gigi terpakai. gosok perlahan-lahan dalam satu arah, agar tidak merosakkan benang pakaian. Jika masih kurang bersih, tambah detergen cair lalu gosok kembali hingga bersih.

  • Pisau atau Sudu

Cara ini lebih mudah digunakan pada cat yang sudah kering. Kikis cat tersebut menggunakan pisau, usahakan yang tumpul agar tidak merosakkan pakaian anda. Sekiranya anda takut pisau akan merosakkan pakaian, anda boleh menggunakan sudu.

Setelah cat yang kering tersebut terkikis, ambil kain yang telah dituang cairan thinner secukupnya, lalu tepuk-tepuk bahagian pakaian yang terkena cat. Setelah itu, rendam pakaian anda atau bahagian terkena cat menggunakan air dingin bercampur detergen. Lalu, cuci seperti biasa.

  • Detergen

Jika cat yang telah mengering tetap melekat pada pakaian, gunakan detergen. Usahakan menggunakan detergen cair, kerana konsentrasinya lebih bagus daripada detergen serbuk untuk masalah ini. Tuang detergen cair pada pakaian yang terkena cat, lalu rendam dengan air panas selama setengah jam. Setelah itu, gosok pakaian anda menggunakan tangan atau span lembut. Kemudian, cuci kembali pakaian anda menggunakan mesin basuh seperti biasa.

  • Alkohol

Alkohol merupakan peluntur cat. Jadi, tentu saja alkohol dapat menjadi jawapan bagi cara menghilangkan cat di pakaian dengan mudah. Jenis alkohol yang boleh anda gunakan adalah seperti aseton, thinner, larutan isoprofil. Semua jenis alkohol boleh anda gunakan, asal tidak berwarna. Tuangkan alkohol secukupnya pada area pakaian yang terkena cat, biarkan sebentar, lalu gosok cat tersebut menggunakan kain lembut. Ulangi langkah tersebut hingga cat tersingkir dengan sempurna. Setelah itu, bilas pakaian anda dengan air panas, cuci seperti biasa, lalu jemur.

  • Sabun Cuci Pinggan

Pernahkah anda membayangkan mencuci pakaian menggunakan sabun pencuci pinggan? Ternyata cara ini dapat membantu menyingkirkan cat. Caranya adalah dengan menuang sabun cuci pinggan ke bahagian pakaian yang terkena cat. Setelah itu, rendam  pakaian anda dengan air suam dan cairan pencuci baju selama beberapa jam.

Biasanya cat akan luntur dengan sendirinya jika menggunakan paduan larutan ini. Jadi, anda hanya perlu membilasnya sahaja. Tapi, jika masih ada sisa cat, sapukan lagi sabun secukupnya pada bahagian yang terkena cat. Lalu, gosok bahagian tersebut menggunakan berus gigi terpakai.

  • Amonia atau Cuka

Rendam bahagian pakaian anda yang terkena cat menggunakan air dingin sehingga basah. Sambil menunggu pakaian terendam, siapkan lint free cloth, amonia, cuka putih, garam, sudu dan mangkuk. Di dalam mangkuk tersebut, campurkanlah 240 ml amonia, 240 ml cuka putih dan segenggam garam, lalu aduk menggunakan sudu hingga larutan tercampur. Rendam pakaian anda dalam larutan tersebut, biarkan sehingga cat tersingkir. Jika sisa cat tidak tersingkir, gosoklah dengan tangan atau berus. Kemudian, bilas dan cuci pakaian anda seperti biasa.

Loading...

Tags: #bagaimana nak hilangkan cat pada baju #cara hilangkan cat pada baju #cara mudah hilangkan cat pada pakaian #cat pada pakaian #cat terkena pakaian #mengingkirkan cat dari pakaian #pakaian terkena cat #petua menghilangkan cat pada pakaian #Tips mudah hilangkan cat pada pakaian

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Leave a reply "Tips Mudah Hilangkan Cat Pada Pakaian. Pakaian Anda Kembali Bersih!"