Pernahkah anda menghadapi orang atasan atau bos yang sedang marah? Ataupun dalam mood yang benar-benar tidak baik? Jika bos sedang marah dan emosi, pasti serba salah rasanya. Setiap apa yang dikatakan akan memburukkan keadaan. Kemarahan bos anda membuatkan pejabat menjadi suram. Hampir semua staf berasa stress dalam situasi seperti ini. Jadi, apa yang harus dilakukan untuk menghadapi bos yang sedang marah? Ini beberapa tips untuk anda.
Tips Menghadapi Bos Yang Cerewet Dan Suka Marah
- Biarkan saja dia memarahi anda semahunya
Apabila anda berdepan dengan bos yang pemarah, panas baran atau cepat naik angin yang sedang marah, biarkan saja dia melepaskan kemarahannya selagi mana dia mahu. Beri peluang untuk dia lepaskan kesemua yang terbuku di hatinya. Dia gunakan kemarahannya itu pada anda sebagai cara untuk dia lepaskan geram.
- Elakkan untuk memberi respon
Elakkan untuk memberi apa-apa respon pada waktu itu. Lama-kelamaan bila keadaannya sudah reda, bila geramnya sudah hilang, dia akan menjadi seseorang yang amat baik. Masa inilah anda boleh gunakan untuk mendekatinya. Pastikan suasana ketika itu sunyi, bebas dari apa jua gangguan. Beritahu bos anda yang anda faham dengan situasi-situasi sukar yang dihadapi olehnya.
Pasti hatinya luluh dengan keikhlasan anda. Bos anda akan menganggap anda seorang kakitangan yang boleh dipercayai. Selepas itu, setiap kali anda berdepan dengannya atau duduk berhampiran dengannya, anda akan merasa selesa, tidak ada lagi perasaan takut-takut atau segan-segan.
- Menjadi “tong sampah”
Maksudnya adalah mendengarkan setiap kata-kata marahnya. Sebenarnya ketika bos sedang marah, itu adalah kerana dia tidak punya tempat untuk melepaskan semua perkara yang ada di hatinya. Jadi sebagai pekerja yang baik dan tidak mahu timbul masalah selanjutnya daripada kemarahan bos, yang harus dilakukan adalah mendengarkan setiap keluhan dan amarah bos tersebut.
- Jangan menjawab
Iyakan sahaja setiap apa yang dikatakannya. Jangan berusaha menjelaskan atau cuba membela diri sebelum dia menyelesaikan apa yang dikatakannya. Kalau itu yang anda lakukan, bos anda akan semakin kesal dan marahnya akan semakin meluap. Situasi anda sulit di sini, jadi harus lebih banyak bersabar sahaja dan menahan telinga mendengar jeritan hati si bos.
- Jelaskan perlahan
Jika kemarahan bos anda sudah reda kerana anda hanya diam dan berkata “Iya” sahaja, di sinilah masa anda untuk menjelaskan segalanya. Biar bos anda mengerti dan memahami situasi seandainya kemarahan ini terjadi kerana kesalahan komunikasi ataupun kesalahan di luar kawalan atau tidak disengajakan.
- Minta maaf
Jika ini terjadi kerana kesilapan anda, janganlah meninggikan diri untuk tidak meminta maaf. Mintalah maaf, akui kesalahan anda dan katakan anda tidak akan mengulanginya lagi. Namun, walaupun bukan salah anda, tidak salah jika anda harus meminta maaf supaya bos anda terasa sedikit ringan hati.
- Jauhi
Kalau bos anda sedang dalam mood yang tidak baik, ada baiknya jika anda menghindari untuk berbincang ataupun berkomunikasi dengannya. Jangan membincangkan hal-hal yang rumit kerana ini hanya akan jadi pemicu emosinya lagi.
- Hentikan pujian palsu
Kata-kata manis tidak memberi kesan di hadapan orang yang sedang marah. Jadi tidak ada gunanya anda melemparkan pujian palsu pada bos anda. Bersikaplah senormal mungkin.
- Perbaiki kesalahan
Tidak ada orang yang marah tanpa alasan. Apabila anda sudah melakukan kesalahan, maka segera perbaiki hal itu. Inilah solusi paling tepat untuk anda.
- Jangan ambil hati
Anda mungkin berasa emosi dan panas dengan perbuatan bos memarahi anda. Ingat, panas tidak perlu dibalas dengan panas. Anda perlu lebih rasional, profesional dan tidak ambil hati tentang perkara tersebut. Lupakan sahaja, jangan pula anda yang memberontak dan melepaskan marah anda.
Tags: #apa yang harus dilakukan bila bos marah #Begini Cara Hadapi Bos yang Suka Marah #bila bos marah #bos galak nggak usah takut #bos pemarah #Cara Ampuh Menghadapi Bos Pemarah #cara menghadapi atasan yang cerewet #cara menghadapi atasan yang egois #cara menghadapi atasan yang pilih kasih #cara menghadapi atasan yang tidak menyukai kita #elakkan membuat beberapa perkara bila bos marah #hadapi bos cerewet suka marah #kena marah bos #kena marah dengan ketua #Kenapa Bos yang Suka Marah-Marah #menghadapi kemarahan bos #meredam emosi setelah dimarahi bos #Punya Bos Pemarah #tips keuntungan punya bos galak #tips menghadapi bos garang #tips menghadapi bos panas baran #tips menghadapi bos pemarah #Tips menghadapi bos yang sedang marah #Tips Menghadapi Bos Yang Sombong Dan Panas Baran #tips menjadi pekerja yang baik