Penggunaan penghawa dingin yang kerap dan dipasang sepanjang masa akan menyebabkan bil elektrik meningkat. Mungkin perkara ini tidak menjadi masalah bagi mereka yang mempunyai kewangan yang baik, tetapi bagi golongan yang bergelut dengan keadaan ekonomi sekarang, pasti sedikit sebanyak memberi kesan pada pengaliran kewangan setiap bulan.
Keadaan cuaca yang panas pada musim kemarau pasti memerlukan penghawa dingin untuk menyejukkan ruang dalam rumah atau pejabat agar terasa lebih selesa. Namun, bagaimanakah caranya untuk menggunakan penghawa dingin supaya bil elektrik tidak melambung?
Alat penghawa dingin mempunyai satu komponen yang di panggil thermostat. Fungsi alat ini ialah mengesan suhu persekitaran atau suhu di dalam bilik adalah telah mencapai suhu yang anda telah tetapkan pada remote control.
Thermostat ini akan berhubung dengan sistem automatic switching untuk mematikan motor compressor yang terletak di luar rumah apabila suhu bilik atau persekitaran telah mencapai suhu yang anda telah tetapkan tadi. Apabila motor compressor ini telah “off” maka tiadalah tenaga elektrik digunakan. Apabila suhu semakin meningkat maka thermostat ini akan memberi signal agar motor compressor “on” semula.
Untuk menjimatkan elektrik, pastikanbilik anda tiada sebarang kebocoran yang membolehkan udara sejuk keluar dari bilik. Contohnya di bawah pintu (tutup dengan potongan tikar getah),kipas-kipas tingkap,tingkap tidak rapat dan sebagainya.
Apabila ada kebocoran seperti ini, maka suhu bilik tidak mencapai suhu yang anda tetapkan lalu thermostat tidak memberi arahan untuk mematikan motor compressor di luar. Motor compressor inilah yang merupakan beban yang menggunakan tenaga elektrik dengan kadar tinggi seperti 1 HPatau 0.745 kilowatt dan sebagainya.
Hal ini samalah seperti memasang penghawa dingin kereta ketika memandu tetapi tingkap terbuka atau tidak rapat, maka penggunaan bahan bakar atau petrol adalah lebih tinggi. Bukankah itu satu pembaziran?
Selain itu, cara lain ialah dengan tetapkan mod penghawa dingin kepada mod kering (dry). Motor compressor alat penghawa dingin akan menggunakan tenaga eletrik yang tinggi apabila anda tetapkan suhu bilik di bawah 24°C. Di dalam mod dry ini, suhu terendah yang boleh dicapai adalah 25°C, maka motor compressor alat penghawa dingin tidak akan menggunakan tenaga elektrik yang terlampau tinggi di dalam mod ini.
Untuk pengetahuan, penggunaan eletrik oleh alat penghawa dingin anda adalah pada tahap maksimum sekiranya anda menetapkan pada mod sejuk(cool) dengan suhu 16°C. Jadi, pada waktu malam, disaarankan supaya anda menetapkan sahaja alat penghawa dingin anda pada mod dry bagi menjimatkan penggunaan elektrik.
Tidak perlu dirisaukan akan berasa panas dengan suhu 25°C kerana udara dingin akan terkumpul di dalam bilik yang tertutup tanpa kebocoran dan suhu semakin menurun sehingga subuh pada waktu malam. Selamat mencuba dan semoga anda dapat meminimalkan penggunaan elektrik tanpa pembaziran.
Tags: #aircond #aircond inverter terbaik #aircond tak sejuk #aircond york #alat jimat elektrik tipu #Bil elektrik melambung #cara berjimat elektrik dengan penggunaaan aircond yang betul #cara buka aircond rumah #cara guna penghawa dingin dengan betul #cara jimat elektrik #cara menggunakan penghawa dingin supaya bil elektrik tidak mahal #pendingin hawa #penghawa dingin #tips guna ekon supaya bil elektrik tidak melambung #tips jimat elektrik