Tips Mendapatkan Kulit Cerah & Mulus Secara Semulajadi

Tips Untuk Mendapatkan Kulit Yang Cerah Dan Mulus Secara Semulajadi

Kulit yang cerah dan putih sering dikaitkan dengan kecantikan. Kebanyakan orang terutamanya wanita mengimpikan kulit wajah dan kulit tubuh yang cerah, lembut, gebu dan mulus. Malah, wajah yang cerah, putih dan bersih mampu menyerlahkan lagi kecantikan dan kelihatan lebih menawan. Siapa yang tidak mahu bila dipuji memiliki kulit yang putih dan bersih.

Tidak salah jika anda ingin putihkan dan cerahkan kulit tetapi jangan sampai memudaratkan diri sendiri. Pada zaman sekarang, terdapat lambakan produk-produk pemutihan kulit yang dijual sama ada di butik kecantikan, kedai-kedai, melalui ejen-ejen produk, atas talian dan sebagainya.

Tips Mendapatkan Kulit Cerah Dan Mulus Secara Semulajadi

Berikut adalah beberapa tips yang boleh anda cuba untuk memiliki kulit yang cerah dan mulus secara semulajadi.

  • Minum air masak dengan secukupnya

Ini adalah perkara asas dan perkara pertama yang perlu anda titik beratkan untuk memiliki kulit yang sihat. Pengambilan mineral yang mencukupi adalah penting untuk kesihatan kulit. Minum air masak secukupnya untuk menghindari dehidrasi. Kurang meminum air boleh menyebabkan dehidrasi dan kesan dehidrasi dapat membuatkan kulit menjadi kering dan kusam. Caranya sangat mudah iaitu dengan banyakkan minum air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Walaupun nampak remeh, percayalah minum air masak akan memberikan banyak manfaat untuk tubuh anda.

  • Ambil sumber vitamin C

Selain pengambilan air masak yang cukup, pengambilan Vitamin C sama ada dari sumber semulajadi ataupun dari suplemen juga dapat membantu untuk mencerahkan kulit secara semulajadi. Ini kerana Vitamin C membantu memperlahankan pengeluaran melanin. Vitamin C menghalang enzim tyrosinase dan bertindak sebagai anti-oksidan yang menentang radikal bebas yang menyebabkan kulit cepat tua dan semakin gelap. Ia juga dapat meningkatkan paras glutathione dan Vitamin E dalam badan. Glutathione yang terhasil akan merangsang penghasilan Pheomelamin yang lebih cerah berbanding penghasilan melamin Eumelamin.

Beberapa penyelidikan yang dijalankan turut membuktikan sapuan Vitamin C pada kulit mampu membaiki kulit yang rosak disebabkan pendedahan cahaya matahari. Selain itu, Vitamin C berupaya menanggalkan sel-sel kulit mati dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru yang lebih sihat.

  • Sapukan larutan jus lemon

Jus lemon telah digunakan selama beribu tahun sebagai pencerah kulit semulajadi. Ia mengandungi asid yang melunturkan kulit secara sedikit dan mengelupas lapisan atas sel kulit yang lebih gelap. Caranya ialah buat larutan jus lemon dengan mencampurkan satu bahagian jus lemon kepada satu bahagian air. Ambil bebola kapas dan sapu larutan pada wajah anda. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas dengan air suam. Hadkan penggunaan larutan jus lemon kepada hanya satu hingga dua kali seminggu. Menggunakannya terlalu kerap boleh membawa kepada kerengsaan kulit. Sapukan pelembap selepas membilas jus lemon kerana jus boleh mengeringkan kulit anda.

  • Buat masker madu dan yogurt

Seperti susu, yogurt mengandungi enzim yang boleh memutihkan kulit dengan lembut. Madu mempunyai ciri-ciri pelembapan dan anti bakteria. Adunan kedua-dua bahan ini akan menghasilkan masker yang menyihatkan. Caranya, campurkan satu bahagian madu dan satu bahagian yogurt, kemudian sapukan campuran tersebut ke seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas dengan air suam. Pastikan anda menggunakan yogurt biasa tanpa gula (plain). Yogurt berperisa akan menjadi terlalu melekit. Sebagai ganti madu, cuba gantikan dengan buah avocado atau gunakan daun lidah buaya (aloe vera). Kedua-dua ramuan ini juga mempunyai kesan pelembapan yang bagus.

  • Rendamkan kulit dalam air beras

Tips seterusnya adalah dengan menggunakan air beras. Ramai yang tahu bahawa beras atau nasi adalah makanan ruji kita tetapi tidak ramai yang tahu bahawa air beras boleh digunakan untuk memutihkan kulit secara semulajadi. Hanya berendam menggunakan air beras selama 15 minit sehari dan lakukannya dua kali sehari, anda boleh lihat kulit anda lebih putih dalam masa beberapa minggu.

  • Buat masker timun

Timun memiliki kandungan air yang tinggi sekali gus bermanfaat melembapkan kulit wajah. Ia juga bertindak sebagai agen mencerahkan kulit yang terbaik. Caranya, ambil separuh timun yang segar dan kisarkan. Titiskan air perahan lemon dan ratakan kesemuanya. Letak dan sapu di seluruh wajah dan leher anda selama 15 minit. Selepas itu, bilas dengan air suam. Lakukannya setiap hari mengikut kerajinan anda.

  • Skrub biji kopi dan minyak zaitun

Serbuk kopi berupaya menghasilkan minyak antioksida yang berfungsi mencerahkan dan menghaluskan kulit wajah. Untuk mendapat kesan cerah sempurna pada kulit, lakukan cara ini sekerap yang mungkin. Campurkan serbuk kopi dengan minyak zaitun. Kacau kesemua bahan dan lulurkan ke seluruh tubuh termasuk wajah anda. Gosok perlahan-lahan dan biarkan selama sejam sebelum dibilas dengan air campuran garam. Selepas itu, mandi seperti biasa.

Loading...

Tags: #cara cerahkan kulit #cara memutihkan kulit pria #cara memutihkan kulit secara alami dalam waktu singkat #cara memutihkan kulit secara alami dengan cepat dan permanen #cara memutihkan kulit secara alami dengan kunyit #Cara Memutihkan Kulit Secara Semulajadi #cara memutihkan kulit tangan #cara memutihkan kulit tubuh secara alami dalam 1 hari #cara memutihkan kulit wajah #cara memutihkan kulit wajah secara alami #cara putihkan kulit wajah #cerahkan kulit secara semulajadi #cerahkan kulit tanpa produk #gaya hidup untuk kesihatan kulit #kulit cerah #kulit putih dan gebu #rahsia kulit cerah secara semulajadi #tips cerahkan kulit #tips cerahkan kulit wajah #tips dapatkan kulit cerah #tips memiliki kulit cerah dan mulus #tips putihkan kulit

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Comments are closed.