Tips Menarik Membersihkan Lantai Kediaman Tanpa Perlu Kos Yang Mahal

Tips Menarik Membersihkan Lantai Kediaman Tanpa Kos Yang Tinggi

Sesiapa sahaja pasti inginkan lantai kediaman bersih berkilat tanpa kotoran dan habuk. Namun, walaupun anda mencuci menggunakan mop, kadang kala kesan degil masih tidak tertanggal. Usah khuatir, berikut ialah tips untuk membersihkan pelbagai jenis lantai kediaman tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi.

Tips Membersihkan Lantai Kediaman

Lantai kayu vinyl

Berikut ialah tips untuk mencuci lantai vinyl. Bahan-bahan yang anda perlukan adalah 1 cawan cuka putih, 5 titik minyak bayi, 1 gelen air suam, sebuah baldi besar dan mop ataupun kain mikrofiber.

Campurkan ketiga-tiga bahan tersebut di dalam baldi besar yang telah disediakan. Celupkan mop/ kain mikrofiber ke dalam campuran itu dan perahkan untuk mendapat tekstur mop/kain mikrofiber yang tidak terlalu basah. Kebaikan menggunakan kain mikrofiber untuk lantai kayu adalah lebih berkesan menyerap air dan tidak meninggalkan lantai yang begitu basah. Selain itu, hasilnya lebih bersih berbanding menggunakan mop. Mop atau lap keseluruhan lantai kayu vinyl sehingga anda berpuas hati. Bilas lantai sebersih-bersihnya dengan menggunakan air suam. Biarkan kering.

Keberkesanan bahan campuran adalah baik kerana kandungan asid yang terkandung di dalam cuka putih akan melonggarkan zarah-zarah kotoran. Ini menyebabkan kotoran tersebut dapat ditanggalkan dengan mudah. Kotoran ini yang menyebabkan permukaan lantai kayu vinyl kelihatan kusam dan tidak menarik. Penggunaan minyak bayi pula bertindak sebagai polish yang semula jadi.

Sekiranya kotoran lantai begitu ketara, anda bolehlah mencampur sedikit pencuci lantai yang bersifat lembut. Anda boleh menambah essential oil untuk memberikan aroma yang harum pada ruang kediaman setelah dibersihkan.

Lantai jubin

Tips untuk menghasilkan lantai berkilat adalah dengan menggunakan air panas. Ketika anda mengemop, pastikan menggunakan air panas, kesannya lantai anda akan berkilat. Bahan-bahan yang diperlukan adalah air panas, Dettol, baldi dan mop. Masak air panas dalam periuk yang agak besar, apabila hampir mendidih, curah ke dalam baldi dan tuang sedikit Dettol. Perah guna pemerah pada baldi dan terus mop lantai jubin anda ketika masih panas.

Semua jenis lantai

  1. Lilin dan minyak tanah

Bahan khas yang diperlukan merupakan ramuan sendiri yang dibuat daripada lilin, minyak tanah dan air. Sediakan 1 batang lilin, 2 sudu minyak tanah dan 1 baldi air. Parut atau kikis halus lilin, masukkan ke dalam baldi. Campurkan minyak tanah dan air ke dlaam baldi, kemudian kacau larutan tersebut. Gunakan ramuan khas ini untuk menyental lantai.

  1. Cuka epal

Cuka epal bukan sahaja digunakan dalam bahan makanan, tetapi banyak kegunaannya. Untuk memastikan rumah anda berkilat dan bebas kotoran atau ingin memastikan permukaan lantai berkilat dan berseri, cara berkesan adalah dengan menggunakan cuka epal.

Sifat asidik yang terkandung dalam cuka epal membantu membersihkan permukaan kotor di dapur, bilik air, kabinet dapur dan sebagainya. Di samping itu, cuka epal juga sesuai digunakan di pelbagai jenis permukaan kayu.

Ambil satu mangkuk kecil cuka epal dan satu baldi air. Campurkan cuka epal itu ke dalam baldi yang berisi air. Larutan ini boleh juga digunakan untuk membersih ruang dapur, peti sejuk dan ketuhar mikro dan mampu menyingkirkan minyak dan bakteria serta mengelakkan bau busuk. Lap campuran cuka epal dan air di permukaan singki, tempat memasak dan juga lantai dapur atau lantai bilik air.

logo-150x150 Tips Menarik Membersihkan Lantai Kediaman Tanpa Perlu Kos Yang Mahal

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Tips Menarik Membersihkan Lantai Kediaman Tanpa Perlu Kos Yang Mahal

Loading...

Tags: #cara mencuci lantai hingga berkilat #cara mengilatkan lantai kediaman anda #cuci lantai rumah #lantai berhabuk #lantai rumah kotor #lantai rumah kusam #petua mengilatkan lantai rumah #Tips menarik membersihkan lantai jubin kediaman tanpa kos yang tinggi #Tips menarik membersihkan lantai kayu kediaman tanpa kos yang tinggi #Tips menarik membersihkan lantai kediaman tanpa kos yang tinggi #Tips menarik membersihkan lantai mozek kediaman tanpa kos yang tinggi #Tips menarik membersihkan lantai vynil kediaman tanpa kos yang tinggi

Cara Bancuh Simen dan Nisbah Bancuhan Simen Yang Sesuai Untuk Projek DIY Anda
Berikut adalah langkah-langkah umum untuk membancuh simen: Bahan yang diperlukan: simen Pasir (pilihan,
Cara Hilangkan Bau Tandas Yang Tidak Menyenangkan
Menghapuskan bau yang tidak menyenangkan di dalam tandas boleh melibatkan beberapa langkah pengurusan
Panduan Memilih Bahan Bumbung, Awning @ Pagola Untuk Kediaman Anda
Pada masa kini, terdapat banyak pilihan bahan yang tersedia untuk membina bumbung di
Panduan Pilih Rumput Tiruan @ Rumput Sintetik Yang Bagus
Memilih rumput sintetik terbaik melibatkan beberapa pertimbangan untuk memastikan rumput sintetik memenuhi keperluan

Leave a reply "Tips Menarik Membersihkan Lantai Kediaman Tanpa Perlu Kos Yang Mahal"