Tips Memilih Penyaman Udara Yang Sesuai Dengan Kapasiti Ruang Rumah Anda

Tips Memilih Penyaman Udara

Sebelum anda membeli penyaman udara atau pendingin hawa, anda haruslah mempunyai pengetahuan asas berkaitan penyaman udara supaya penyaman udara yang dipilih adalah bersesuaian dengan kapasiti ruang rumah anda. Mempunyai pengetahuan berkaitan pendingin hawa juga baik untuk mengelak anda tidak ditipu dan mengalami kerugian untuk jangka masa panjang.

Tanpa pengetahuan asas, anda mungkin akan membeli berdasarkan ayat manis penjual, jenama yang biasa anda dengar di televisyen atau radio, maklumat dari rakan-rakan dan juga berdasarkan bajet yang anda ada.

Tips Memilih Penyaman Udara Yang Sesuai Dengan Kapasiti Ruang Rumah Anda

Sememangnya bajet memainkan faktor utama kerana anda tentunya ingin memiliki pendingin hawa yang mampu milik, tahan lama dan memberi keselesaan maksimum kepada anda. Namun penggunaannya berkait rapat dengan bil elektrik anda. Oleh itu anda haruslah mempertimbangkan faktor ini kerana penyaman udara yang tidak sesuai tentunya akan meningkatkan bil elektrik.

  • Saiz Bilik

Saiz bilik atau ruang di mana anda ingin pasang penyaman udara adalah faktor yang sangat penting. Keupayaan penyaman udara untuk ruang tamu tentunya tidak sama dengan ruang tidur kerana saiz yang berbeza. Oleh itu secara logiknya penyaman udara yang mempunyai kapasiti pendinginan yang lebih tinggi diperlukan untuk ruang atau saiz bilik yang lebih besar.

  • Kuasa Kuda (HP)

Secara asas, ruangan yang lebih besar akan memerlukan penyaman udara dengan kapasiti HP yang lebih tinggi. Faktor lain yang perlu diambil kira ialah jumlah matahari yang masuk ke ruangan itu pada waktu siang. Bilik yang mendapat banyak pencahayaan terus kebiasaanya akan memerlukan penyaman udara dengan HP yang lebih tinggi untuk menurunkan suhu di ruangan itu dengan efektif. Ini adalah garis panduannya:

kapasiti-aircond-1 Tips Memilih Penyaman Udara Yang Sesuai Dengan Kapasiti Ruang Rumah Anda

Sebelum membeli penyaman udara, dapatkan nasihat daripada pakar dalam bidang penyaman udara. Mereka akan bantu anda untuk melakukan penilaian dan memberi cadangan tentang pilihan dan kapasiti penyaman udara yang terbaik untuk setiap ruangan di rumah anda.

  • Jenis Penyaman Udara

Penyaman udara jenis unit pisah (split unit) yang digantung di dinding sering digunakan di kebanyakkan rumah. Setiap set penyaman udara jenis ini akan datang dengan satu unit luar (kompresor) dan satu unit dalam. Unit dalam haruslah dipasang pada ketinggian 7-8 kaki bagi bilik yang mempunyai ketinggian siling 10 kaki. Jadi, untuk bilik yang mempunyai ruang di bahagian atas dinding, penyaman udara jenis ini ialah pilihan yang terbaik.

Penyaman udara jenis kaset juga sesuai untuk kegunaan rumah, terutama sekali untuk rumah yang mempunyai kawasan yang jarak antara lantai ke siling melebihi 10 kaki. Setiap set penyaman udara jenis kaset akan datang dengan satu unit luar (kompresor) dan satu unit dalam.

Unit dalam akan digantung di siling rasuk (ceiling beam), iaitu di bahagian belakang siling plaster dan hanya panel yang nipis sahaja akan kelihatan. Bahagian yang tersorok di belakang siling plaster biasanya setebal 700mm. Oleh sebab itu, penyaman udara kaset ini sesuai dipasang di ruang tamu yang mempunyai kawasan ‘void’ yang sangat tinggi atau di bilik loteng.

Selain itu, anda juga perlu tahu tentang perbezaan antara penyaman udara jenis “inverter” atau “non-inverter”. Unit jenis “inverter” akan beri lebih penjimatan untuk jangka masa panjang. Kapasiti penghawa dingin jenis split unit biasanya adalah dalam unit HP (Horse Power) dan kapasiti yang terdapat di pasaran adalah 1HP, 1.5HP, 2HP, 2.5HP dan 3HP.

  • Jenama

Memang tidak dinafikan jenama yang telah kukuh dan establish di pasaran akan menjadi pilihan utama kepada anda. Apabila anda membeli unit penyaman udara dari jenama yang kukuh, anda akan berasa lebih yakin dan beranggapan ia tidak mudah rosak serta tahan lama.

Sebenarnya faktor tahan lama dan tidak mudah rosak bukan bergantung kepada jenama semata-mata kerana lebih banyak bergantung kepada cara anda menggunakan penyaman udara tersebut dan servis berkala yang perlu anda lakukan. Walau apapun jenama, penyaman udara tetap dapat berfungsi memberi keselesaan kepada anda

  • Jaminan

Sebelum membeli penyaman udara anda mestilah mendapat penjelasan dan maklumat berkaitan jaminan (warranty). Ia penting kerana jika kerosakan berlaku dalam tempoh jaminan anda bolehlah menuntut gantirugi sewajarnya. Biasanya jaminan untuk pemampat adalah sehingga 5 tahun dan komponen – komponen lain adalah selama setahun.

Cara mengira kapasiti penyaman udara sesuai dengan keluasan ruang

Versi 1 :

Pengiraan versi ini dibuat dengan mengganggap bilik tersebut diduduki oleh 2 orang, ketinggian siling 3 meter, tingkap yang tidak berlangsir dan peralatan elektrik (termasuk lampu) tidak melebihi 100W.

pengiraan-aircond-hp-2 Tips Memilih Penyaman Udara Yang Sesuai Dengan Kapasiti Ruang Rumah Anda

Versi 2 :

Pengiraan versi ini dibuat dengan mengganggap bilik tersebut mempunyai tingkap yang tidak berlangsir dan peralatan elektrik (termasuk lampu) tidak melebihi 100W.

aircond-rumah-3 Tips Memilih Penyaman Udara Yang Sesuai Dengan Kapasiti Ruang Rumah Anda

logo-150x150 Tips Memilih Penyaman Udara Yang Sesuai Dengan Kapasiti Ruang Rumah Anda

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Tips Memilih Penyaman Udara Yang Sesuai Dengan Kapasiti Ruang Rumah Anda

Loading...

Tags: #aircond bilik #beli penyaman udara #cara kira kuasa penyaman udara untuk bilik #jaminan aircond #jenama aircond #kuasa penyaman udara ikut keluasan bilik #tips beli aircond #tips beli airconditioner #tips beli pendingin hawa #tips beli penghawa dingin #Tips Memilih Penyaman Udara Yang Sesuai Dengan Kapasiti Ruang Rumah Anda #tips pilih aircond

Cara Bancuh Simen dan Nisbah Bancuhan Simen Yang Sesuai Untuk Projek DIY Anda
Berikut adalah langkah-langkah umum untuk membancuh simen: Bahan yang diperlukan: simen Pasir (pilihan,
Cara Hilangkan Bau Tandas Yang Tidak Menyenangkan
Menghapuskan bau yang tidak menyenangkan di dalam tandas boleh melibatkan beberapa langkah pengurusan
Panduan Memilih Bahan Bumbung, Awning @ Pagola Untuk Kediaman Anda
Pada masa kini, terdapat banyak pilihan bahan yang tersedia untuk membina bumbung di
Panduan Pilih Rumput Tiruan @ Rumput Sintetik Yang Bagus
Memilih rumput sintetik terbaik melibatkan beberapa pertimbangan untuk memastikan rumput sintetik memenuhi keperluan

Leave a reply "Tips Memilih Penyaman Udara Yang Sesuai Dengan Kapasiti Ruang Rumah Anda"