Hampir setiap orang memakai minyak wangi. Memakai minyak wangi menjadi perkara yang wajib bagi wanita mahupun lelaki. Baik lelaki atau wanita, kadang kala kita cenderung untuk mencari aroma minyak wangi yang tahan lama.
Sebenarnya bukan faktor jenis dan jenama minyak wangi sahaja yang membuat bauannya menjadi tahan lama, tapi cara memakai minyak wangi yang betul juga akan membuat aroma minyak wangi yang dipakai itu tahan lebih lama.
Berikut adalah beberapa tips dan cara bagi mengekalkan aroma minyak wangi yang dipakai tahan lebih lama.
- Waktu untuk memakai minyak wangi
Ketika anda selesai mandi, maka secara automatiknya liang-liang pori di kulit akan terbuka dengan sendirinya. Maka, ini merupakan waktu yang tepat untuk menggunakan minyak wangi. Dengan demikian, minyak wangi akan melekat pada pori-pori kulit secara sempurna sehingga akan menghasilkan aroma yang tahan lebih lama.
- Pakai minyak wangi sebelum berdandan
Mengapakah anda perlu memakai minyak wangi sebelum anda bersiap atau berdandan? Hal ini demikian kerana terdapat jenis minyak wangi yang dapat bertindak balas dengan kulit dan kadar PH pada badan anda. Jika anda menyemburkan minyak wangi pada pakaian, ia tidak sebaik menyembur minyak wangi ke bahagian tubuh. Minyak wangi yang dipakai di tubuh akan terkena kehangatan suhu badan dan akan tahan lebih lama.
- Semburkan minyak wangi dan bukan gosokkan pada tubuh
Jangan menggosok minyak wangi anda ke bahagian tertentu seperti di pergelangan tangan kerana menggosok dapat menghancurkan molekul wangian. Sebaliknya, semburkan minyak wangi dari jarak sekitar 15-25 cm dari kulit anda. Satu semburan ringan akan mengedarkan aroma bau secara merata dan akan membantu minyak wangi anda tahan lebih lama.
- Di mana harus menyembur minyak wangi?
Tempat terbaik untuk menyembur minyak wangi adalah di titik-titik nadi tubuh anda. Titik denyut nadi yang terdapat di badan dapat dirasakan apabila denyut jantung melalui pembuluh darah yang terletak dekat dengan kulit. Oleh itu sembur minyak wangi di belakang telinga anda, di bahagian kiri dan kanan leher, dalam pergelangan tangan, di siku dan di belakang lutut anda. Dengan cara ini bauan minyak wangi anda akan bertahan lebih lama.
- Melembabkan kulit sebelum memakai parfum
Tahukah anda bahawa minyak wangi akan bertahan lebih lama pada kulit berminyak daripada kulit yang kering? ini adalah fakta yang terbukti secara ilmiah. Kebanyakan orang melihat kulit berminyak sebagai masalah, tapi untuk pemakaian minyak wangi, kulit yang berminyak membuat aroma minyak wangi tahan lama.
Oleh sebab itu, jika anda memiliki kulit kering, lembabkan kulit anda sebelum menggunakan minyak wangi agar aromanya tahan lama.
- Semburkan minyak wangi pada sikat
Jika anda ingin membuat minyak wangi bertahan lebih lama, semburkan sedikit pada sikat dan gunakan untuk menyikat rambut anda. Dengan cara ini, setiap kali anda bergerak atau berjalan mendekati seseorang, aroma minyak wangi yang lembut akan semerbak.
- Gabungkan aroma
Anda dapat variasikan konsentrasi aroma minyak wangi anda sesuai dengan situasi. Anda boleh menggabungkan dua aroma minyak wangi tidak lebih dari dua aroma pada saat yang sama.
- Simpan minyak wangi di tempat yang betul
Lindungi minyak wangi anda dari tempat yang salah iaitu tempat yang lembap, panas dan bercahaya. Simpan di tempat yang sejuk dan kering dan jauh dari sinar matahari. Selain itu, beli minyak wangi dalam botol yang dapat disembur kerana minyak wangi dalam botol semburan akan membantu untuk menghindari aroma penguapan dan reaksi kimia dengan udara.
- Menggunakan losyen badan atau cologne
Penggunaan body lotion atau cologne dapat membantu untuk menguatkan aroma dari minyak wangi. Untuk kesan yang optimal, sebaiknya gunakan losyen badan ataupun cologne yang memiliki wangi sama dengan jenis minyak wangi yang anda gunakan.
- Memilih heart notes yang terbaik
Jika anda inginkan minyak wangi anda bertahan lebih lama, pastikan untuk memilih aroma minyak wangi anda dengan cara yang betul. Heart notes minyak wangi anda, atau dengan kata lain, aroma dasarnya yang biasa membuat minyak wangi tahan lama. Sama seperti muzik, minyak wangi terdiri dengan not yang berbeza.
Berikut adalah beberapa heart note dan background yang paling umum digunakan sejak zaman berzaman :
- Nilam
- Vanilla
- Cedar Wood
- Musk
- Jasmine
- Orange
- Peach
- Lavender
- Amber
Tags: #bahagian badan untuk disembur minyak wangi #bau minyak wangi sedap dan tahan lama #cara kekalkan bau minyak wangi #cara memakai minyak wangi #cara memakai minyak wangi supaya tahan lama #cara mengekalkan bau minyak wangi #cara menyembur minyak wangi #kekal bau perfume #Minyak Wangi #pakai perfume #perfume #rahsia mengekalkan bau minyak wangi #tempat menyimpan minyak wangi #Tips Untuk Bau Minyak Wangi Tahan Lama #waktu sesuai memakai perfume