Tips Melambatkan Ais Daripada Mencair Dengan Pantas

Tips Melambatkan Ais Daripada Mencair Dengan Pantas

Ais adalah bahan yang digunakan untuk mendinginkan makanan atau minuman. Di musim panas biasanya banyak orang menginginkan ais untuk menghilangkan haus. Namun ais tidak boleh bertahan lama bila tidak dimasukan ke dalam freezer. Berikut adalah beberapa cara supaya ais tidak mudah mencair bila berada di luar freezer.

  1. Gunakan bekas ais yang berwarna terang. Carilah bekas ais yang terbuat dari bahan yang memantulkan cahaya. Warna-warna terang menyerap tidak menyerap banyak haba dan akan membantu ais lebih lama untuk mencair.
  2. Bekas ais (ice box) yang dibuat dari nilon atau styrofoam akan menjaga ais tetap dingin sekurang-kurangnya dalam tempoh masa sehari. Material plastik akan menjaga ais tetap dingin selama semalam, selagi ia tidak diletakkan di bawah cahaya matahari secara langsung. Hindari menggunakan bekas dengan material logam kerana menyerap panas dan tidak akan menjaga ais agar tidak mencair untuk tempoh waktu yang lama.
  3. Lapisi bekas ais dengan pelapis aluminium (aluminum foil). Permukaan pelapis aluminium yang memantulkan cahaya terbukti secara ilmiah dapat melambatkan pencairan ais dibandingkan dengan bahan lainnya. Sebelum meletakkan ais di dalam bekas ais, letakkan satu lapis pelapis aluminium di dalam bekas.
  4. Bungkus bekas ais dengan kain. Jika anda tidak memiliki bekas ais yang baik, letakkan ais di dalam bekas tertutup dan kemudian gunakan kain atau selimut yang bersih untuk membungkus bekas itu. Cara ini akan menjaga agar ais bertahan untuk waktu yang lebih lama.
  5. Selain itu, membuat ais dengan saiz yang besar akan melambatkan proses pencairannya. Gunakan air rebusan. Merebus air sebelum meletakkannya di dalam bekas ice cube akan mengurangkan jumlah gelembung udara di dalam ais. Hal ini akan membuat ais lebih tahan lama dan nampak lebih jernih.
  6. Garam adalah bahan yang sesuai untuk menjaga ais agar lambat mencair. Garam adalah larutan elektrolit, oleh kerana itu ia dapat memperlambatkan pencairan ais. Apabila ais mulai mencair, cuba taburkan garam agar ais tidak cepat mencair. Bahkan Suhu pada ais akan menjadi lebih dingin.

Loading...

Tags: #air batu #ais #ais batu #Formula Lambatkan Ais Krim Cair #Garam Lambatkan Ais Cair #lambatkan ais cair #Tak Nak Ais Krim Cepat Cair #tips lambatkan pencairan air batu #tips melambatkan ais mencair #tips mengekalkan ais supaya lambat mencair

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Comments are closed.