Tips Keselamatan Sewaktu Mengembara Secara Solo

Tips Keselamatan Sewaktu Mengembara Secara Solo

Tips Keselamatan Pengembaraan Solo

Memulakan pengembaraan secara solo, sama ada untuk jangka masa pendek mahupun panjang, memang banyak risiko dan boleh melahirkan perasaan takut dan risau yang lain daripada yang lain. Perasaan inilah yang sering menjadi alasan kita untuk tidak melakukan sesuatu yang kita impikan selama ini.

Tidak dinafikan, ramai yang teragak-agak atau takut untuk pergi mengembara secara solo. Mungkin ada yang takut dari segi keselamatan, dari segi bahasa atau dari segi penginapan, makanan dan sebagainya. Berikut adalah beberapa tips keselamatan untuk membantu anda yang kurang yakin untuk mengembara secara solo, tidak kira selama mana yang anda impikan.

  • Elakkan diri daripada dikuasai perasaan takut. Ketakutan memang akan sentiasa menguasai diri kita dan menghalang kita daripada mengambil langkah seterusnya. Lebih-lebih lagi sekiranya kita ingin melakukan sesuatu perkara itu buat pertama kali. Halangan terbesar yang biasa kita hadapi adalah perasaan takut untuk memulakan langkah yang pertama. Sebagai manusia biasa yang tiada kuasa luar biasa, memang wajar untuk ada perasaan takut. Tapi janganlah sampai perasaan itu menguasai diri sehingga anda lebih rela terperuk di dalam zon selesa anda.

teman-pengembara-solo-1 Tips Keselamatan Sewaktu Mengembara Secara Solo

  • Pastikan anda memilih lokasi yang menjadi tumpuan dan ramai pengunjung. Duduk di meja seorang diri boleh mengundang masalah apabila akan didatangi individu yang tidak dikenali atau mempunyai niat yang tidak baik.
  • Memandangkan anda mengembara secara solo, ada baiknya anda memilih tempat duduk yang berkongsi meja berbanding memilih meja perseorangan. Sekurang-kurangnya, anda mempunyai teman untuk berbual apabila duduk di meja kongsi. Jika anda bukan seorang yang gemar bercakap, pastikan bawa majalah atau apa saja untuk dibaca.
  • Selain restoran, anda boleh juga bersantai dengan membawa bekalan makanan ke taman rekreasi tumpuan ramai sambil melihat pemandangan.

yakin-mengembara-solo-2-2 Tips Keselamatan Sewaktu Mengembara Secara Solo

  • Jalanlah dengan penuh yakin. Jalan tanpa menunjukkan  rasa takut walaupun hakikatnya anda memang sedang ketakutan. Penyeluk saku akan menyerang pengembara yang kelihatan keliru untuk dijadikan mangsa.
  • Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Jika anda lalai untuk beberapa saat, dompet atau barangan penting anda boleh hilang dalam sekelip mata.
  • Pastikan anda mengunci zip beg, butangkan poket seluar dan simpan barangan di tempat yang mudah dilihat.
  • Atur jadual. Jika naluri anda merasa kurang selesa untuk keluar mengembara pada waktu malam, elakkan keluar malam.
  • Selain itu, pastikan bawa bekalan makanan yang mencukupi sepanjang perjalanan. Lebih-lebih lagi jika mengembara ke negara yang sukar untuk mendapatkan makanan halal.
  • Elakkan juga keluar mengembara sehingga lewat malam.
  • Jauhi individu tidak dikenali. Jika anda adalah wanita, pastikan anda memakai cincin palsu supaya tidak diganggu oleh orang sekeliling. Mereka akan beranggapan anda sudah berpunya! Begitu juga dengan pengembara lelaki, elakkan melayan orang yang tidak dikenali kerana ia mungkin satu perangkap.

pengembara-3-1 Tips Keselamatan Sewaktu Mengembara Secara Solo

Semoga dengan tips-tips ini dapat membantu anda semasa mengembara. Apa yang penting, buatlah persediaan yang cukup rapi dari segi fizikal, mental dan pembacaan yang meluas mengenai pengembaraan.

Loading...

Tags: #backpacking #lone traveller #mengembara secara solo #petua melancong seorang diri #solo traveller #Tips keselamatan bagi pengembara solo #tips pergi melancong sendiri #tips travel solo #tips untuk mengembara sendirian #tips untuk solo traveller

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Leave a reply "Tips Keselamatan Sewaktu Mengembara Secara Solo"