Hampir setiap orang mempunyai telefon pintar pada zaman sekarang. Malah ada yang mempunyai lebih dari satu telefon pintar. Data internet pula sudah menjadi satu keperluan kepada setiap pengguna telefon pintar tambahan wujudnya komunikasi dengan menggunakan data seperti Whatsapp, Telegram dan pelbagai lagi aplikasi media sosial. Jika dahulu internet hanya digunakan untuk mencari maklumat sahaja, kini penggunaanya lebih meluas termasuk bersosial, membaca berita, maklumat cuaca, menonton video dan banyak lagi yang boleh dilakukan dengan internet di telefo pintar anda.
Di Malaysia, terdapat pelbagai variasi pelan internet harian, mingguan dan bulanan disediakan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi. Walau dari syarikat telco mana sekalipun, terdapat kekangan dari segi jumlah penggunaan data.
Tips Jimatkan Data Internet Telefon Pintar Anda
Berikut adalah beberapa tips mudah untuk menjimatkan penggunaan data internet pada telefon pintar anda.
- Matikan sambungan data jika tidak digunakan
Jika anda tidak menggunakan telefon pintar anda, matikan sambungan data pada telefon pintar anda. Mematikan sambungan data pada telefon pintar bukan sahaja dapat menjimatkan penggunaan data, malah menjimatkan penggunaan bateri telefon pintar anda.
- Setkan limit penggunaan data pada smartphone
Jika anda perasan pada telefon pintar anda terdapat satu fungsi khas yang boleh setkan limit penggunaan data anda. Dari situ anda boleh mengatahui berapa banyak penggunaan dan lebih berhati-hati apabila berada di paras amaran. Namun sesetengah telefon pintar tidak memiliki fungsi tersebut. Walaupun begitu, terdapat pelbagai aplikasi yang boleh digunakan, misalnya seperti My Data Manager yang boleh dimuat turun secara percuma.
- Kurangkan aplikasi yang menggunakan data di belakang tabir (background data)
Sila perhatikan pada Settings > Data Usage. Di sini anda akan dapat lihat secara keseluruhan aplikasi yang merompak kuota internet anda dalam diam. Mungkin ada daripada kalangan pembaca yang terkejut melihat penggunaan data yang begitu banyak oleh aplikasi yang jarang-jarang atau langsung tidak pernah digunakan. Itu perkara biasa. Memang wujud aplikasi parasit seperti ini tidak kira di Android mahupun iOS.
Untuk membunuh parasit-parasit ini adalah sangat mudah. Pilih aplikasi tersebut dan kemudian, tanda kotak “Restrict background data”
- Tetapan – Block Background Data
Kebanyakan telefon pintar pada hari ini mempunyai tetapan untuk menghalang penggunaan data di belakang tabir tanpa anda ketahui. Ia juga dapat mengelakkan aplikasi yang anda pasang pada telefon anda membuat sambungan internet tanpa diketahui oleh anda.
- Play Store – Jangan Kemaskini Automatik
Bagi pengguna Android, Play Store kerap membuat kejutan dengan kemaskini aplikasi yang banyak. Pastinya ini akan memakan data internet anda dengan rakusnya. Caranya adalah dengan menyah-aktifkan kemaskini secara automatik. Masuk ke tetapan Play Store dan nyah-aktifkan kemaskini automatik (automatic update). Anda juga boleh buat tetapan untuk hanya kemaskini apabila terdapat sambungan wifi.
- Whatsapp – Jangan Muat Turun Automatik
Untuk kegunaan mesej teks sahaja, pastinya tidak menggunakan data yang banyak. Tetapi apabila melibatkan penerimaan video, saiz data yang digunakan agak banyak. Jadi cara terbaik untuk jimat data anda adalah dengan mematikan tetapan untuk auto download. Ini bermakna anda boleh pilih sama ada mahu download atau tidak. Atau hanya download apabila ada sambungan wifi.
- Jangan Auto Sync Cloud / Drive
Penyeragaman atau synchronize adalah penting untuk backup dokumen anda. Jika anda menggunakan Dropbox, Google Drive atau yang sama waktu dengannya, adalah baik jika anda tetapkan tetapan untuk seragamkan hanya apabila terdapat sambungan wifi.
- Gunakan aplikasi atau tetapan untuk monitor penggunaan data anda
Gunakan tetapan pada telefon pintar anda untuk melihat penggunaan data anda. Jadi anda boleh membuat anggaran penggunaan anda setiap hari dan setiap bulan.
- Matikan data pada waktu malam
Matikan data anda apabila anda hendak masuk tidur.
- Kurangkan menonton video online ketika menggunakan data.
Menonton video di YouTube atau sebagainya adalah punca terbesar mengapa data internet tidak mencukupi dan kuota anda cepat habis. Cuba elakkan menonton online video menggunakan data internet.
- Kurangkan penggunaan data internet di Chrome
Selain YouTube, Google Chrome juga merupakan aplikasi yang menggunakan banyak data internet untuk melayari laman web dan sebagainya. Google telah menyediakan satu fungsi khas di Chrome untuk jimatkan data anda. Anda hanya perlu ke bahagian Setting pada Chrome dan hidupkan fungsi Reduce Data Usage.
- Gunakan pelayar (browser) yang jimat data
Terdapat pelbagai pelayar internet khas untuk telefon pintar dan tablet yang telah dibangunkan oleh orang perseorangan mahupun organisasi. Setiap pelayar yang dibangunkan mempunyai fungsi dan kelebihan masing-masing. Sebagai contoh wujud pelayar yang menyokong flash, menyekat iklan di laman web dan bermacam-macam lagi. Misalnya, gunakan UC Browser pada peranti anda. Selain didatangkan dengan pelbagai fungsi menarik seperti Night Mode dan Ads Blocker, UC Browser juga sangat membantu dari segi penjimatan data.
Tags: #cara jimat data internet #cara lambatkan data internet anda habis kuota #data internet hp #jimat data internet smartphone #mobile data #mobile net #tips jimat data internet #Tips jimatkan data internet telefon pintar anda #tips kurangkan penggunaaan internet smartphone