Kolesterol yang tinggi dalam badan akan meningkatkan risiko kita diserang penyakit jantung, darah tinggi dan stroke. Kadangkala, apabila kita mengambil makanan ini berlebihan ia akan memberikan kesan seperti pening kepala, rasa mual dan sakit di bahagian atas tengkok. Itu tandanya tekanan darah dalam badan kita menjadi tinggi.
Kolesterol hanya boleh didapati di dalam produk makanan yang terbuat daripada haiwan. Seperti anda ketahui, makanan yang mempunyai kolesterol yang tinggi adalah seperti makanan laut termasuk udang, ketam, lobster dan kerang-kerangan. Selain itu, daging merah, mentega dan minyak ikan juga mengandungi kadar kolesterol yang tinggi.
Oleh yang demikian, jika anda banyak memakan makanan mengandungi kolesterol pada hari yang sama, petua ini boleh diamalkan untuk langkah awal mengawal kolesterol dalam badan. Cara-caranya ialah seperti berikut;
- Selepas setiap kali memakan sebarang daging, ambil sebiji atau dua limau kasturi, potong dua dan perah limau yang dipotong itu ke dalam mulut anda. Pastikan anda membuang bijinya terlebih dahulu.
- Ambil cuka kurma atau cuka epal, kemudian campurkan sesudu cuka tadi bersama air masak. Kacau campuran tadi dalam cawan. Kemudian, minum.
Tags: #kesan kolesterol #makanan mengandungi kolesterol #petua elak penyakit jantung #petua lepas makan daging #petua lepas makan seafood #tips elak kesan darah tinggi #tips elak stroke