Everyone love travelling! Tanpa mengira di dalam atau luar negara, melancong sangat menyeronokkan apabila dilakukan bersama ahli keluarga atau sahabat handal.
Namun begitu, ada di antara kita sering mengalami mabuk perjalanan atau motion sickness ketika bercuti sama ada menggunakan perjalanan darat, laut atau udara.
Daripada percutian anda terganggu dek masalah mual dan pening kepala, lebih baik semak dahulu 5 tips dibawah agar tidak mabuk perjalanan lagi! Check it out!
1. Pastikan Perut Anda Tidak Kosong
Sebelum melakukan sebarang perjalanan, sila pastikan perut anda tidak kosong. Perut yang kosong akan membuatkan anda kurang bertenaga dan senang mengalami mabuk perjalanan. Isilah perut anda dengan makanan simple seperti sandwich, buah-buah atau kuih-muih supaya anda tidak berasa lapar. Ingat! Jangan lupa ambil makanan sebelum bertolak ke destinasi yang dituju.
2. Minum Ubat Anti-Mabuk
Jika pernah mengalami mabuk perjalanan yang teruk sebelum ini, penulis cadangkan agar anda mengambil ubat anti-mabuk yang mudah didapati di farmasi-farmasi perubatan. Anda digalakkan minum ubat berkenaan 2 jam sebelum bertolak.
3. Hindari Wangian Kenderaan Berbau Kurang Menyenangkan.
Buat yang melakukan perjalanan menggunakan kenderaan, anda disarankan untuk menghindari wangian kenderaan yang terlalu menjolok hidung. Kebiasaannya, rasa mual atau pening dimulai dengan aroma yang menyengatkan atau tidak menyenangkan.
4. Sediakan Minyak Kayu Putih
Minyak kayu putih sangat baik untuk mengurangkan rasa pening dan mual yang akan menyebabkan mabuk perjalanan. Anda hanya perlu sapukan dibahagian leher, dada dan perut. Paling penting, jangan lupa pastikan travel mates anda tidak alah pada bau minyak kayu putih tersebut.
5. Jangan Tahan Jika Ingin Muntah
Lazimnya, apabila mengalami mual dan pening kepala akibat mabuk perjalanan, seseorang akan mengeluarkan muntah. Tindak balas ini sedikit sebanyak mengurangkan ketidakselesaan yang dirasai oleh anda ketika mabuk perjalanan.
Tags: #elak mabuk #mabuk #mabuk laut #mabuk travel #Petua Tidak Mabuk Perjalanaan Saat Bercuti #Tips Agar Tidak Mabuk Perjalanan Saat Melancong #Tips Elak Mabuk Perjalanan