Bersalin secara normal adalah proses bersalin yang diidamkan dan menjadi pilihan kebanyakan ibu yang sedang hamil.
Ramai ibu yang ingin melahirkan bayi secara normal berbanding pembedahan. Bersalin normal memerlukan perjuangan, tetapi malangnya tidak semua ibu hamil boleh melahirkan secara normal.
Syarat utama untuk melahirkan secara normal biasanya adalah kedudukan bayi yang memasuki pelvis, ibu tidak mempunyai kelainan pelvik, janin yang sihat atau tidak mempunyai keabnormalan dan juga keadaan kesihatan ibu yang sihat atau tidak ada sejarah penyakit yang boleh membahayakan proses persalinan.
Ibu-ibu yang akan melahirkan dengan cara normal buat kali pertama biasanya tidak tahu apa prosesnya, apa yang akan dilaluinya. Ia akan menjadi detik yang mendebarkan dan juga mencemaskan.
Berikut adalah beberapa tips buat para ibu sebagai persediaan dan pengetahuan berguna yang boleh dipraktikkan semasa melahirkan anak secara normal agar proses kelahiran berjalan lancar dan mudah.
- Persiapan Diri dan Ketahui Proses Persalinan
Melahirkan secara normal memerlukan persiapan baik dari segi fizikal dan mental. Dengan mengetahui proses persalinan yang harus dilalui, ibu akan lebih bersedia dalam menjalani proses melahirkan.
Ibu yang sudah siap secara psikologi sangat membantu dan mempercepat proses persalinan. Sebuah proses persalinan yang cepat dan lancar tentunya akan menjadikan proses bersalin sebagai sebuah pengalaman yang ternyata tidak menyakitkan.
Para ibu perlu yakin dan sentiasa positif bahawa proses persalinan akan berjalan dengan baik dan lancar.
- Rehat Yang Mencukupi Dan Elakkan Kepenatan
Gangguan kecil seperti kepenatan dan kurang tenaga merupakan salah satu penyebab proses kelahiran normal menjadi sukar. Hindari aktiviti dan kerja yang berat dan berlebihan apabila memasuki trimester terakhir kehamilan dan sewaktu tempoh persalinan sudah semakin hampir.
Gunakan waktu rehat yang cukup dengan pengambilan nutrisi dan makanan yang mengandungi kandungan kalori untuk tenaga ekstra menjelang persalinan.
- Kawal Berat Badan Ibu Dan Berat Badan Bayi
Ketika tempoh kehamilan, kawalan berat badan amat penting. Tidak dinafikan, terdapat ibu yang mempunyai selera makan yang baik, sering mengidam ketika mengandung sehingga berat badan meningkat dengan banyak.
Jika terjadi bahaya obesiti, ia akan menyulitkan proses kelahiran secara normal. Berat badan berlebihan sangat mempengaruhi kesihatan ibu yang hamil, kesihatan janin dan juga proses persalinan normal.
- Melakukan Urutan
Urutan dilakukan untuk mengelak berlaku koyakan semasa proses meneran. Waktu yang sesuai untuk melakukan urutan ialah ketika usia kandungan memasuki minggu ke-34 sehingga menjelangnya waktu bersalin. Ingat, jangan lakukan urutan terlalu awal.
Urutan boleh dilakukan dengan menggunakan minyak zaitun bermula dari bahagian anus ke bahagian faraj. Adalah lebih baik jika dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum melakukan urutan.
- Melakukan Senaman
Lakukan senaman untuk ibu hamil untuk menjadikan otot faraj lebih fleksibel dan anjal. Ibu hamil sangat digalakkan untuk kerap berjalan kerana ini salah satu tips untuk mudah bersalin secara normal.
Salah satu cara senaman mudah yang dapat dilakukan ialah dengan posisi seperti sujud iaitu lakukan gerakan kepala, dahi dan hidung sehingga menyentuh lantai begitu juga dengan tangan, lutut dan jari-jari kaki yang ikut menyentuh lantai.
Cara ini membantu bayi memasuki posisi terbaik dan memudahkan proses persalinan.
- Teknik pernafasan yang betul
Teknik pernafasan yang betul adalah penting kerana dapat memudahkan proses meneran dan membantu ibu menahan rasa sakit.
Kebiasaannya sewaktu bersalin, doktor atau jururawat akan menerangkan cara pernafasan yang betul. Selain daripada itu, para ibu boleh mempelajarinya dari pembacaan, semuanya di hujung jari sahaja pada zaman ini.
- Dapatkan Tidur Yang Cukup
Di saat akhir kehamilan, ramai ibu yang mengalami masalah sukar untuk tidur, tidak dapat tidur lenan dan sebagainya kerana fizikal yang mulai sakit terutama di bahagian belakang badan dan pinggang.
Keadaan itu membuatkan para ibu tidak selesa untuk tidur. Walau bagaimana pun, diharap para ibu mendapatkan tidur yang mencukupi supaya tidak penat dan mempunyai tenaga ketika menjelang proses persalinan.
- Tenang Dan Jangan Panik Dan Tertekan
Perasaan tertekan dan panik akan merugikan ibu kerana menyebabkan denyut jantung menjadi lemah atau meningkat, sesak nafas, tekanan darah turun, otot di sekitar alat kelamin menjadi kaku dan sebagainya.
Proses bersalin normal memerlukan otot sekitar vagina, pinggul, perut dan peha yang kuat dan fleksibel. Bila tiba saat bersalin, perasaan panik dan cemas akan muncul.
Tapi para ibu dinasihatkan untuk bertenang. Rileks dan selesa adalah satu jalan yang dapat melancarkan otot-otot tersebut. Menenangkan fikiran dapat membuatkan ibu dapat menjalani proses bersalin dengan baik.
- Posisi Ketika Baring
Melahirkan secara normal memerlukan posisi yang betul. Untuk melahirkan secara normal, ibu perlu memasukkan kedudukan kepala bayi ke dalam rongga pelvis terlebih dahulu dan itulah kunci utamanya.
Posisi baring juga dapat mempengaruhi proses persalin. Posisi baring mengiring dapat memudahkan proses bersalin kerana membantu untuk pembukaan servik dan memudahkan bayi untuk keluar.
Posisi baring menelentang pula dapat memberikan tekanan pada bayi semasa waktu kontraksi dan pembukaan serviks.
- Jangan Mengangkat Pinggul Semasa Meneran
Ketika proses meneran, usahakn supaya tidak mengangkat pinggul. Mengangkat pinggul semasa proses bersalin menyebabkan terjadinya koyakan pada vagina.
- Sokongan Serta Semangat Dari Suami Dan Keluarga
Melahirkan adalah proses besar yang harus dilalui oleh para ibu untuk melahirkan anaknya ke dunia. Sokongan dan semangat dari suami dan keluarga amat penting agar proses bersalin berjalan dengan selamat dan lancar.
Sokongan serta semangat dari orang tercinta akan membuat ibu lebih bermotivasi dan bersemangat. Rasa cinta suami yang tulus, tercurah di saat mengusap lembut tubuh isterinya, membetulkan posisi bantal, mengelap peluh dan memberi kata dorongan bagaikan daya magis yang luar biasa bagi ibu yang sedang bertarung nyawa untuk membawa zuriat ke dunia.
- Banyakkan Berdoa Dan Berzikir
Segala sesuatu dalam kehidupan ini, tentulah ada Yang Maha Mengatur iaitu Allah SWT. Hanya Dia yang menentukan segalanya terhadap apa yang ada dan berlaku di muka Bumi ini, termasuklah proses melahirkan yang akan dilalui oleh ibu.
Oleh itu, berdoa dan berzikirlah kepadaNya agar proses melahirkan secara normal yang akan dilalui dapat berjalan dengan lancar, selamat dan dipermudahkan.
Banyakkan zikir ini :
La ila hailla anta subha nakainni kuntuminazzholimiin
Tips Lain Yang Boleh Diamalkan :
- Kerapkan mandi dan basuh rambut
- Banyakkan sujud (sebaiknya ketika solat)
- Kerap berjalan
- Minta suami buatkan air yang dibacakan dengan surah al-Fatihah, 3 Qul dan ayatul Kursi. Kemudian diletakkan 3 titik minyak masak dan diniatkan untuk dimudahkan proses bersalin serta niat apa sahaja yang dihajati dalam hati. Selawat dan minum.
- Memohon maaf kepada semua orang terutamanya suami dan ibu bapa.
Rujukan : http://www.ayurosman.com https://hamil.co.id
Tags: #Berbagai Tips untuk Melahirkan Normal Tanpa Jahitan #cara bersalin dengan lancar #cara mudah bersalin #cara mudah bersalin normal #Ibu Hamil Jangan Cemas Ada Tips Melahirkan Normal #Melahirkan anak Normal #mengelak koyakan ketiak bersalin normal #persalinan normal #persiapan bersalin #persiapan diri untuk mudah bersalin #persiapan ibu mnejelang kelahiran #Petua Mudah Bersalin #tips bersalin #tips bersalin normal #tips bersalin normal dengan mudah #tips bersalin secara norma #Tips Cara Melahirkan Normal Tanpa Rasa Sakit Lancar dan Cepat #Tips Melahirkan Normal dan Lancar #Tips Melahirkan Normal Tanpa Jahitan #Tips Melahirkan Normal Tanpa Jahitan & Mengurangi Rasa Sakit #Tips Mempersiapkan Diri untuk Melahirkan Secara Normal #Tips Mudah Bersalin Normal Tanpa Jahitan Dan Koyakan #Tips Mudah Bersalin Normal Untuk Bayi Pertama #Yang Ingin Bersalin Secara Normal