Macam-macam yang akan difikirkan oleh para ibu apabila tempoh berpantang hampir tamat terutamanya bagi ibu yang menyusukan anak. Bukan mudah bila ibu yang menyusukan anak sepenuhnya untuk kembali ke tempat kerja sesudah habis cuti berpantang. Antara masalah yang difikirkan ialah untuk mengajar bayi meminum susu botol sedangkan selama tempoh berpantang, si bayi menyusu badan dengan si ibu.
Berikut adalah beberapa tips yang boleh para ibu praktikkan. Dipetik dari blog ibuzarith.com.
- Jauhkan bayi dari ibu
Bayi masih boleh menghidu bau ibu sekiranya si ibu masih dalam jarak 20 kaki. Bayi juga sangat bijak, mereka boleh kesan kehadiran si ibu walaupun ibu berada dalam bilik sebelah. Mintalah bantuan suami atau ahli keluarga lain untuk memberikan susu dan sebagainya.
- Tukar posisi penyusuan
Sekiranya sebelum ini si ibu memeluk bayi untuk susukan dia, cuba letakkan bayi pada posisi yang lain dari biasa. Ada ibu yang meletakkan bayi mereka dalam car seat dan duduk berhadapan dengan bayi sambil memberi mereka botol. Bila bayi sudah biasa dengan botol, dakaplah seperti posisi menyusu yang biasa.
- Teknik penyamaran
Boleh minta suami pakai baju ibu (bath rob) dan pegang bayi seperti cara yang ibu pegang semasa susukan bayi. Cara ini berkesan bagi sesetengah bayi.
- Bagi minum sebelum bayi lapar
Sekiranya bayi dalam keadaan kelaparan, mereka akan meragam dan semakin sukar untuk si ibu memberikan mereka minum susu melalui botol. Ada sesetengah bayi sanggup bertahan sehingga ibu pulang kerja, sekiranya tidak terbiasa dengan botol. Mereka akan tidur akibat keletihan menangis. Ini tidak elok untuk perkembangan emosi bayi. Jangan latih bayi minum dalam botol sekiranya si ibu tidak mempunyai banyak masa.
- Tenang
Sekiranya bayi menolak susu botol dan menangis, ketepikan botol dan pujuk si bayi. Sekiranya bayi sudah menolak susu botol sebanyak 3 kali dalam 1 sesi, hentikan sesi tersebut. Bagi jarak masa 5 hingga 10 minit dan selangkan dengan aktiviti lain. Kemudian baru bagi menyusu secara terus dari ibu. jangan terus memberikan susu badan dalam setiap sesi selepas bayi menolak susu botol.
- Bagi puting yang bayi sukai
Sekiranya bayi menggunakan puting (pacifier), boleh cuba tengok jenis puting tersebut dan guna dari jenis yang sama untuk puting botol susu.
- Bercakap dan pujuk baby
Seperti yang kita tahu, bayi sangat faham perasaan ibu. Jangan anggap mereka tidak faham apa yang si ibu lalui. Bercakaplah dengan bayi, pujuk mereka dan terangkan situasi anda yang perlu kembali ke pejabat dan mereka perlu minum susu ibu melalui botol.
- Bagi minum pakai cawan
Sekiranya bayi anda memang tidak mahu minum menggunakan botol, ibu juga boleh cuba menggunakan syringe ataupun cawan kecil dan pegang bayi dalam keadaan separa berdiri. Jangan biarkan bayi berbaring sekiranya anda menggunakan dua alat ini sebagai bantuan.
Tags: #ajar baby hisap botol #ajar bayi hisap susu botol #meninggalkan bayi untuk kembali bekerja #menyusu #menyusu dengan botol #punca bayi tidak mahu minum susu formula #susu formula terbaik untuk bayi 0 6 bulan #susu formula untuk tambah berat badan bayi #tanda susu formula tidak sesuai dengan bayi #tips bayi #tips ibu #tips mengajar bayi meminum susu botol #tips selepas habis pantang