Tips Berkesan Elak Rumah Dimasuki Pencuri

Elak Rumah Masuk Pencuri

Kejadian pecah rumah dan rompakan sering berlaku di negara kita. Jenayah seperti ini memang tidak dapat untuk dielakkan, sama ada disebabkan oleh kecuaian sendiri, atau kelicikan penjenayah.

Dalam satu penyiasatan yang dilakukan dengan menghantar surat yang mengandungi soalan berkaitan kes kecurian di rumah kepada banduan yang terlibat dalam kes pecah rumah, apabila menjawab soalan satu soalan iaitu saranan kepada pemilik rumah untuk mengelak rumah dari dimasuki pencuri, ini antara jawapan mereka :

“Pada pandangan saya, tuan rumah perlu membiarkan radio atau TV terpasang,”

“Pasang kamera dan letakkan di kawasan yang boleh dilihat oleh pencuri,”

“Letakkan palang pada tingkap dan pintu, pasang penggera keselamatan, letakkan kereta yang tak digunakan di haluan masuk, pasang lampu, TV dan radio jika meninggalkan rumah.”

Siasatan menunjukkan pencuri kebanyakannya memilih untuk memasuki rumah sekitar waktu pagi dan awal petang, antara pukul 12.30 tengahari dan pukul 2.30 petang.

Kebanyakkan daripada mereka memecah masuk melalui pintu atau tingkap yang tidak dikunci. Sesetengah masuk dengan cara memecahkan pintu.

“Saya biasanya akan pecahkan pintu, daripada pecahkan tingkap kaca. Bunyi yang kuat itu lebih selamat daripada bunyi kaca pecah, dan juga ada risiko terluka akibat pecahan kaca,” kata seorang banduan.

Hasil siastan itu juga mendapati semua responden memberikan jawapan mereka mengetuk pintu rumah terlebih dahulu sebelum memasuki rumah. Kes pecah rumah membuatkan sesetengah pemilik rumah berasa tidak tenteram.

Walau bagaimana pun, sebagai langkah berjaga-jaga, adalah baik jika anda mengikuti beberapa tips di bawah untuk mengelakkan rumah anda dari dipecah masuk.

  1. Minta bantuan dari jiran-jiran anda untuk mengawasi rumah anda semasa ketiadaan anda di rumah. Berikan kunci pendua kepada kawan atau jiran yang dipercayai.
  2. Pasangkan pintu masuk utama rumah anda dengan tanggam-puting (mortise) yang bermutu tinggi atau kunci pasak (Rim Latch) yang mempunyai bentuk selak mati (Dead Molting) serta kunci palang yang disokong oleh kunci yang kukuh.
  3. Memperkukuhkan pintu masuk utama rumah serta tingkap-tingkap anda dengan besi gerigi kasi-kasi/pagar yang boleh dilipat.
  4. Memperkemaskan pagar gerigi kasi-kasi (Grille Gate) dengan besi penyangkut (Iron Clasp) dan penutup gelangan mangga yang kukuh (strong closed shackle padlock).
  5. Gunakan mangga jenis tembaga seperti jenama Viro. Jangan gunakan mangga brass seperti jenama Solex, Kolex, Sodex atau sebagainya yang berbentuk segi empat kerana jenis ini mudah dibuka dengan penggunaan asid.
  6. Pasang alat-alat keselamatan yang lebih ke atas pintu utama anda, contohnya lubang pandangan, rantai pintu, selak keselamatan tanggam puting (mortise security bolts). Jika ada bajet, pasang CCTV.
  7. Jika anda tinggal di rumah pangsa, apartment, town house atau bertangga khas menuju ke rumah anda, pastikan pagar ke rumah anda berkunci. Jika di dalam rumah anda juga memasang pagar, bertujuan mengelakkan anak kecil turun naik tangga, pagar ini pun sebaiknya dikunci juga.
  8. Bersihkan kawasan luar rumah dari semak-semak yang boleh digunakan untuk penjenayah bersembunyi. Pastikan kawasan di hadapan dan di belakang rumah sentiasa bersih. Potong rumput dan cantas pokok yang boleh digunakan oleh pencuri untuk bersembunyi.
  9. Ruang kosong alat penghawa dingin yang telah ditinggalkan perlulah ditutup dengan jeriji besi.
  10. Jangan letakkan alat-alat/perkakas pecah rumah seperti pengumpil (crowbars), tangga dan alat-alat pemotong diluar rumah.
  11. Pasangkan lampu keselamatan yang boleh padam atau nyala secara automatik atau berkala seperti hanya menyala pada waktu malam, sama ada di dalam atau di luar rumah. Ini menandakan seolah-olah anda berada di rumah. Pasangkan lampu di dalam rumah sekurang-kurangnya 1 lampu seperti lampu tangga atau dapur dan sebagainya.
  12. Batalkan langganan akhbar. Longgokan akhbar di halaman atau di pintu pagar menandakan rumah tiada penghuninya.
  13. Jika wujud perkhidmatan rondaan pihak penguasa seperti polis, home guards dan sebagainya, maklumkan kepada mereka bahawa anda berada outstation dan rumah anda kosong untuk tempoh tertentu.
  14. Bagi yang tinggal di kawasan perumahan teres, anda boleh wujudkan group Whatssup kejiranan. Dengan ini anda boleh berinteraksi sesama jiran jika anda tiada di rumah atau anda boleh bersama-sama mewujudkan kawasan perumahan selamat dengan peranan masyarakat sekitar.
  15. Cabut talian telefon rumah untuk mengelakkan telefon berdering. Sebaik-baiknya sediakan peti pesanan suara tetapi jangan sekali-kali memberitahu anda tiada di rumah.
  16. Simpan semua barang berharga di tempat selamat dan sebaik-baiknya sorokkan daripada pemandangan bakal penyamun. Simpan wang tunai yang berlebihan dan barang-barang kemas di dalam bank atau bawa bersama jika meninggalkan rumah.
  17. Jika rumah anda memiliki pintu bentuk sliding kaca, pastikan anda menggunakan kunci tambahan seperti gambar di bawah. Atau anda boleh menempahnya di kedai yang dikenalpasti.
  18. Anda boleh menggunakan cover tambahan pagi kunci utama seperti pintu pagar dan pintu jeriji luar (gambar di bawah). Ia akan menyukarkan pencuri memotong mangga kunci.
  19. Jangan tinggalkan kunci rumah anda di tempat-tempat seperti dalam pasu bunga, di bawah pengesat kaki, di peti surat dan lain-lain di luar kawasan rumah.
  20. Jangan tinggalkan nota di pintu atau peti surat yang menyatakan yang anda tiada dirumah.
  21. Pastikan kunci semua pintu, tingkap, jeriji dan pintu pagar sebelum meninggalkan rumah atu sebelum masuk tidur.
  22. Pasang sistem kecemasan kecurian atau sistem alarm yang sempurna di rumah.
  23. Berdoa dan membaca “ayat-ayat pelindung seperti Ayatul Kursi, ayat Tujuh dan Tiga Qul”.

 

Gambar Kunci Tambahan Pintu Sliding Kaca

idea-kunci-sliding-tambahan-300x300 Tips Berkesan Elak Rumah Dimasuki Pencuribesi-penghalang-pintu-kaca-300x300 Tips Berkesan Elak Rumah Dimasuki Pencuri

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Gambar Cover Kunci Tambahan

elak-pencuri-potong-mangga-300x300 Tips Berkesan Elak Rumah Dimasuki Pencuri padlock-cover-home-shop-300x300 Tips Berkesan Elak Rumah Dimasuki Pencuri padlock-cover-kunci-300x300 Tips Berkesan Elak Rumah Dimasuki Pencuri padlock_hoods-300x300 Tips Berkesan Elak Rumah Dimasuki Pencuri

Loading...

Tags: #elak pencuri #elak pintu sliding dimasuki pencuri #elak rumah dimasuki pencuri #Gambar Cover Kunci Tambahan #Gambar Kunci Tambahan Pintu Slaiding Kaca #masa pencuri suka pecah rumah #padlock rumah #pecah masuk rumah #pintu sliding kaca #tips elak rumah dimasuki pencuri #tips elak rumah dipecah masuk #tips keselamatan rumah dari dimasuki pencuri

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Comments are closed.