Anda boleh cuba menggunakan 3 teknik mudah ini tanpa memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi!
- Teknik Menggunakan Cecair Pinggan Mangkuk
Pertamanya, dapatkan sebotol cecair pencuci pinggan. Kemudian, tuangkan ke dalam salur paip yang tersumbat tersebut. Anda perlu biarkan selama 15-20 minit. Kemudian, ambil air yang telah mendidih, tuangkan ke dalam lubang tadi secara perlahan-lahan. Lakukan berulang kali sehingga perjalanan air kembali lancar.
- Teknik Menggunakan Baking Soda dan Cuka
Dapatkan serbuk baking soda yang boleh anda dapati di kedai-kedai runcit berhampiran. Masukkan serbuk tadi ke dalam salur paip yang tersumbat, secukup rasa. Kemudian, dapatkan pula satu botol cuka makan (apa saja jenama). Tuangkan cuka makan tadi ke dalam salur paip yang telah diisikan dengan serbuk tadi. Kebiasaan serbuk tadi akan bertindakbalas. Biarkan ia selama 15-30 minit sehingga ia betul-betul menghasilkan kesan maksima. Selepas tempoh tadi, curahkan air mendidih secara perlahan-lahan dan biarkan selama 30 minit. Selesai, simbahkan air biasa dengan curahan laju ke dalam lubang tersebut tadi.
- Menggunakan Dawai Drain Snake
Cara penggunaannya adalah sangat mudah, Anda hanya perlu masukkan sahaja satu hujung ke dalam saluran sinki atau paip yang tersumbat itu. Apabila ada rasa tersangkut, pusingkan beberapa kali supaya benda yang tersumbat dapat berkumpul dan hujung dawai itu dapat menjolok ke dalam lagi. Ulangkan langkah tadi bersama pancutan air ke dalam lubang yang tersumbat tadi. Selesai, tarik perlahan-lahan dan bilaskan dengan air panas. Kalau masih tersumbat, boleh cuba lagi beberapa kali.
Tags: #atasi tandas tersumbat #cara Menggunakan Dawai Drain Snake #paip tersumbat #salur air tersekat #tandas tersumbat #Teknik Menggunakan Baking Soda dan Cuka #Teknik Menggunakan Cecair Pinggan Mangkuk #Tiga Teknik Paling Mudah Selesaikan Masalah Salur Paip Tersumbat