Tiga Jenis Motosikal Honda Ini Tawarkan Penjimatan Minyak Paling Efisen 2019!

Tiga Jenis Motosikal Honda Ini Tawarkan Penjimatan Minyak Paling Efisen 2019!

Honda Wave Dash 125 Fi

Honda-Wave-Dash-Fi-2019 Tiga Jenis Motosikal Honda Ini Tawarkan Penjimatan Minyak Paling Efisen 2019!
RM3.96/100km (1.8 liter/100km)
Kapasiti 4 liter

Honda Wave Dash Fi mempunyai enjin 109cc silinder tunggal udara sejuk 4 strok, dengan tangki bahan api 4 liter. Kecekapan bahan api model ini juga adalah salah satu yang terbaik di negara ini iaitu 1.8 liter/100 km. Harga jualan semasa motorsikal EEV ini ialah RM 6,263.00. Harganya mungkin sedikit mahal berbanding model lain, tetapi ia juga menawarkan penjimatan minyak yang lebih.

Honda Future Fi

Honda-Future-Fi-2019 Tiga Jenis Motosikal Honda Ini Tawarkan Penjimatan Minyak Paling Efisen 2019!
RM3.96/100km (1.8 liter/100km)
Kapasiti 5.4 liter

Salah satu motosikal EEV di bawah jenama Honda, Honda Future Fi mempunyai enjin 125cc suntikan bahan api SOHC dengan tangki 5.4 liter. Tangki bahan api yang besar digabungkan dengan nisbah kecekapan bahan api yang kompetitif iaitu 1.8 liter/100 km menjadikan model ini boleh bertahan sejauh 300km sebelum perlu mengisi semula minyak. Harga jualan semasa ialah RM 6,072.00.

Honda EX5-Fi

Honda-EX5-Fi-2019 Tiga Jenis Motosikal Honda Ini Tawarkan Penjimatan Minyak Paling Efisen 2019!
RM3.96/100km (1.8 liter/100km)
Kapasiti minyak 4.3 liter

Memiliki tangki bahan api bersaiz 4.3 liter dan enjin berkapasiti 110cc suntikan bahan api SOHC, Honda EX5-Fi adalah salah satu motorsikal Honda di Malaysia yang mempunyai status EEV yang diperlukan. Untuk motorsikal antara 100cc dan 150cc, ia perlu mencapai 2.2 liter/100 km atau kurang untuk status EEV. Model ini merupakan salah satu motorsikal yang paling jimat minyak di Malaysia iaitu 1.8 liter/100 km. Anda boleh memandu lebih dari 230km sebelum perlu mengisi semula minyak. Dengan harga hanya RM 4,906.00. Honda EX5-Fi sememangnya salah satu pilihan terbaik dengan harga pasaran yang berpatutan. Mungkin bentuknya yang diperbaharui daripada model EX5 sebelum ini kurang memikat selera golongan muda yang lebih gemarkan bentuk yang sporty!

Loading...

Tags: #dash 125 fi #ex5 fi #honda future fi #honda motosikal #honda wave #honda wave dash 125 fi #jimat minyak #kapasiti minyak motosikal #motor jimat minyak #motosikal 2019 honda jimat #motosikal 2019 jimat minyak #motosikal honda jimat minyak #motosikal paling jimat minyak #Ragam Pengguna Instagram #tiga motosikal jimat minyak

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Comments are closed.