Banyak yang diperkatakan tentang teori atau ramalan “RAHMAN” bagi 6 perdana menteri pertama negara. Apa itu teori “RAHMAN”? Bagi yang membesar di era 90-an dan awal 2000-an, teori ini sangat terkenal. Satu teori yang sangat tular pada waktu itu.
Ramai percaya teori “RAHMAN” meramalkan 6 perdana menteri pertama Malaysia, dengan setiap huruf mewakili nama setiap pemimpin itu, bermula dengan Tunku Abdul Rahman, diikuti Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.
Mengikut teori ini, terdapat 6 Perdana Menteri mengikut huruf hadapan RAHMAN.
Berikut adalah teorinya.
R – Tuanku Abdul Rahman
A – Tun Abdul Razak
H – Tun Hussein Onn
M – Tun Dr. Mahathir Mohammad
A – Tun Abdullah Ahmad Badawi
N – Datuk Seri Najib
Teori ini berakhir dengan huruf N iaitu Najib. Maka, sekiranya teori kebetulan ini betul, maka ternyatalah Najib telah mengakhiri teori “RAHMAN” setelah tumbang dalam PRU ke-14 baru-baru ini. Memetik kata Lim Kit Siang sebelum PRU14, “Biar teori ‘RAHMAN’ menyempurnakan ramalannya sehingga PRU14, dan mungkin ia digantikan teori ‘MAHATHIR’ pula untuk 8 perdana menteri akan datang.”
Beliau bekata, 2 huruf pertama teori ini akan menjadi kenyataan jika Pakatan Harapan (PH) menggantikan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan baru di Putrajaya selepas PRU14. Ini kerana PH memutuskan Dr Mahathir menjadi perdana menteri ke-7, sementara Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ke-8, memenuhi 2 huruf pertama ramalan “MAHATHIR”. Kini, ternyata huruf pertama dalam teori “MAHATHIR” mengikut ramalannya apabila Tun Dr. Mahathir Mohammad menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7 sekaligus menamatkan teori “RAHMAN”.
Mengikut teori ini, terdapat 8 Perdana Menteri mengikut huruf akronim MAHATHIR.
M – Tun Dr. Mahathir bin Mohammad
A – Anwar Ibrahim
H – ?
A – ?
T – ?
H – ?
I – ?
R – ?
Setelah berakhirnya Kerajaan Barisan Nasional, maka berakhir juga teori “RAHMAN”. Kini, Kerajaan Pakatan Harapan pula bermula dengan teori “MAHATHIR”. Adakah ini petanda kerajaan Pakatan Harapan akan memerintah lebih lama daripada kerajaan Barisan Nasional kerana RAHMAN hanya 6 huruf, manakala MAHATHIR pula 8 huruf?
Tags: #Apa itu teori “RAHMAN” dan teori “MAHATHIR”? #apa itu teori MAHATHIR #Apa itu teori RAHMAN #barisan nasional #kebenaran teori mahathir #kebenaran teori rahman #mahathir #pakatan harapan #Perdana menteri malaysia #rahman #senarai perdana menteri malaysia #teori mahathir #teori perdana menteri malaysia #teori rahman