Tempat Makan Tengahari Paling Best Di Tak Bai, Narathiwat, Thailand

Pekan Takbai

Pekan Tak Bai terletak di wilayah Narathiwat, Thailand. Pekan ini dipisahkan melalui sungai Golok yang menjadi sempadan antara dua negara iaitu Malaysia dan Thailand. Memandangkan sempadan antara dua negara ini hanya dipisahkan melalui jalan air, pergerakan keluar masuk penduduk antara dua negara berjiran ini dilihat sangat akrab. Maka, tidak hairanlah kegiatan ekonomi di kawasan sempadan ini sangat rancak saban hari.

Daerah Tumpat merupakan salah satu daerah paling hampir dengan Thailand. Seperti anda sedia maklum, terdapat tiga pekan utama di Kelantan yang menjadi pintu masuk Malaysia ke Thailand iaitu pekan Bukit Bunga, Jeli, pekan Rantau Panjang, Pasir Mas dan Pengkalan Kubur, Tumpat.

Namun pekan yang paling hampir dengan daerah Tak Bai ialah pekan Pengkalan Kubur. Untuk ke pekan Tak Bai, anda perlu menyeberangi sungai Golok dengan menggunakan feri atau menggunakan sampan enjin sangkut dipangkalan yang telah ditetapkan. Jika anda memilih menyeberangi menggunakan sampan enjin sangkut, tambang yang dikenakan adalah sekitar RM3.00 satu orang bagi perjalanan satu hala.

Terdapat dua pangkalan bagi pengangkutan melalui sampan enjin sangkut iaitu di pangkalan Mara dan pangkalan Sri Kebun. Harus diingatkan di sini, tiada jaminan oleh kerajaan jika keluar negara melalui jalan yang tidak sah. Oleh yang demikian, terpulang kepada kebijaksanaan anda.

Berbalik kepada topik apa yang menarik di sini. Saya amat tertarik kepada menu masakan di daerah Tak Bai ini. Kali ini saya memilih sebuah kedai yang terletak 500 meter daripada jeti Tak Bai. Sebenarnya saya tidak pernah mengetahui nama sebenar kedai makan tersebut, namun penduduk di kawasan ini menamakan kedai tersebut dengan nama “Kedai Hijau”. Mungkin disebabkan oleh bangunan kedai itu dicat dengan warna hijau.

Jika anda berpeluang ke sini, saya mengesyorkan anda untuk berkunjung dan merasa dua jenis menu yang popular di kedai ini iaitu Udang Goreng dan Tenggiri Masak Merah (Songkren). Sukar untuk saya menerangkan di sini mengenai rasa dua jenis masakan ini.

Apa yang pasti, anda tidak mungkin kecewa. Jadi saya tinggalkan kepada anda untuk merasainya sendiri dua masakan ini. Setakat ini sahaja edisi makan pada kali ini. Jumpa lagi di edisi seterusnya.

Pemandangan-sempadan-Malaysia-Thailand-dari-Tak-Bai.-150x150 Tempat Makan Tengahari Paling Best Di Tak Bai, Narathiwat, ThailandPasar-Tak-Bai-menjadi-tumpuan-rakyat-Malaysia-untuk-membeli-hasil-pertanian-dengan-harga-menarik.-150x150 Tempat Makan Tengahari Paling Best Di Tak Bai, Narathiwat, ThailandPemandangan-jeti-Tak-Bai-150x150 Tempat Makan Tengahari Paling Best Di Tak Bai, Narathiwat, ThailandLokasi-kedai-Hijau-dengan-Tak-Bai-check-point-melalui-Google-Map-150x150 Tempat Makan Tengahari Paling Best Di Tak Bai, Narathiwat, ThailandJalan-menuju-lokasi-150x150 Tempat Makan Tengahari Paling Best Di Tak Bai, Narathiwat, Thailand

Tenggiri-Masak-Merah-atau-Songkren-150x150 Tempat Makan Tengahari Paling Best Di Tak Bai, Narathiwat, Thailand

Udang-goreng-150x150 Tempat Makan Tengahari Paling Best Di Tak Bai, Narathiwat, Thailand

Loading...

Tags: #ikan tenggiri masak merah #kedai hijau #kedai hijau tak bai #kedai hijau takbai #makan sedap takbai #makan tengahari di tak bai #makan tengahari paling best di tak bai #Narathiwat #Tak Bai #tempat makan paling best di tak bai thailand #udang goreng

Lokasi Mendaki Sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya. Jom Semak 8 Lokasi Terbaik Ini!
Berikut adalah lokasi tempat yang terbaik untuk aktiviti pendakian di sekitar Kuala Lumpur,
Senarai 10 Bangunan Baru Tertinggi Di Dunia. No.7 Jangan Terkejut!
Jika pada masa ini, bangunan Burj al-Khalifa merupakan bangunan tertinggi di dunia terletak
10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!
Tambang murah tidak selalu bererti kualiti yang rendah. Jika anda ingin terbang dari
Tips Pergi Melancong. Ini Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan
Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan Melancong adalah aktiviti yang merehatkan

Leave a reply "Tempat Makan Tengahari Paling Best Di Tak Bai, Narathiwat, Thailand"