Selain kuku, telapak tangan yang kasar turut menjadi mimpi ngeri buat golongan wanita. Jika tidak dirawat dengan segera, masalah ini sedikit sebanyak menjejaskan penampilan diri seseorang wanita.
Untuk mengatasinya, penjagaan telapak tangan perlu menjadi keutamaan dan rutin wajib buat kaum Hawa di luar sana.
Dipetik dari laman Teen.Co Indonesia, berikut adalah 4 rawatan untuk mengatasi masalah telapak tangan kasar. Selamat memcuba!
1. Hampas Kopi
Buat penggemar tegar kopi, jangan buang hampas kopi terlebih dahulu selepas menikmati minuman berkenaan kerana boleh dimanfaatkan untuk mengatasi masalah telapak tangan kasar. Semudah ABC, anda hanya perlu meletakkan hampas kopi di seluruh telapak tangan dan biarkan seketika selama 10 hingga 15 minit sebelum dicuci dengan air bersih.
2. Lidah Buaya
Di samping mengatasi masalah kuku yang kering dan kusam, gel lidah buaya atau aloe vera mampu melembap dan menghaluskan telapak tangan anda. Sekadar taruhkan gel lidah buaya pada telapak tangan anda sambil urutan perlahan-lahan. Setelah kering, bersihkan tangan anda dengan air bersih. Amalkan rawatan ini 2 atau 3 kali seminggun untuk kesan yang memberangsangkan.
3. Minyak Zaitun
Tidak dinafikan, minyak zaitun mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan dan kecantikan diri. Malah, penggunaan minyak zaitun boleh membantu mengatasi masalah telapak tangan kasar yang dihadapi anda. Sapukan minyak zaitu di sekeliling telapak tangan sebelum masuk tidur dan biarkannya semalaman. Jangan lupa, bilas tangan anda dengan air bersih pada keesokan harinya.
4. Gula & Madu
Last but not least, kombinasi gula dan madu boleh dijadikan sebagai masker semula jadi buat anda dalam menghaluskan telapak tangan. Caranya, campurkan satu sudu gula ke dalam mangkuk bersama satu sudu madu lalu kacau sehingga sebati. Kemudian, oleskan campuran gula dan madu pada telapak tangan anda bersertakan urutan ringan. Sebelum dibilas dengan air bersih, rehatkan telapak tangan anda selama 10 hingga 15 minit. Lakukan setiap setiap hari dua seminggu. You’ll see the result!
Tags: #cara melembutkan telapak tangan dengan cepat #cara menghaluskan tangan yang kasar dan kering #Cara Mudah Haluskan Telapak Tangan Yang Kasar #kulit tangan jadi kasar #lembutkan tapak tangan #melembutkan telapak tangan #Petua Mudah Hindari Telapak Tangan Kasar #tangan kasar #tapak tangan #telapak tangan jadi kasar #telapak tangan kasar artinya #Tips Lembutkan Telapak Tangan Kasar