Teks bacaan doa sempena peperiksaan. Berikut adalah dua contoh teks bacaan doa untuk dibacakan sebelum menduduki peperiksaan dan diaminkan secara beramai-ramai.
- DOA (1)
بِسْمِ الِ الرّحْمَنِ الرّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِ رَبّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتّقِيْنَ َالصّلَة ُوَالسّلَمُ
عَلَى سَيّدِنَا مُحَمّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِي َ ْن
اللّه ّ ُم اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِخْوَانِنَا الّذِيْنَ سَبَقُوَ ْنا بِالِيْمَانِ وَلَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا
غِلّ لِلّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبّنَاإنّكَ رَءُوْفٌ رَحِيٌ ْم
اللهم انت العزيز الجليل
Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.
اللهم يارافع الدرجات وياقاضي الحاجات
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami akan menduduki peperiksaan yang menentukan kejayaan dalam medan perjuangan kami. Kami menyedari bahawa segala usaha yang kami lakukan adalah di bawah kekuasaan dan kehendakMu jua. Justeru itu, kami memohon kepadaMu berikanlah taufik dan hidayahMu. Kuatkanlah ingatan dan janganlah Engkau biarkan kami terlupa. Lapangkanlah dada kami dan janganlah Engkau sempitkannya. Permudahkanlah segala urusan kami dan janganlah Engkau persulitkan.
يا ال يا رحمن يا رحيم
Hanya padaMu kami memohon. Kurniakanlah kejayaan kepada kami dengan ketinggian dan kecemerlangan. Jadikanlah kami golongan hambaMu yang mendapat kemuliaanMu dunia dan akhirat. Panjangkanlah usia kami dengan amalan ketaatan kepadaMu dan suka berbakti kepada agamaMu serta berjasa kepada bangsa dan negara.
اَللّهُمّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرّقاً مَعْصُوْمًا ،
وَلَ تَجْعَلِ اللّه ّ ُم فِيْنَا وَلَ مَعََنا وَلَ مَنْ يَتْبَعَُنا شَقِيّا وَلَ مَطْرُوْدًا وَلَ مَحْرُو ً ْما .
رَبّنَا ءَاتِنَا فِي الدّنْيَا حَسََنة ً وَفِي الخِرَةِ حَسََنة ًوَقِنَا عَذَابَ الن ِ ّار
وَصَّلى الُ عَلَى مُحَمّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلّمَ ،
وَالْحَمْد ِّ ُلِ رَبّ العَالَمِي َ ْن
- DOA (2)
بِسْمِ الِ الرّحْمَنِ الرّحِيْمِ
اَلْحَمْد ِّ ُ لِ ر ّ َب الْعَالَمِيْنَ, َالصّلَة ُوَالسّلَمُ عَلَى سَيّدِنَا مُحَمّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِي َ ْن
يا ال يا رحمن يا رحيم
Terangilah hati kami dengan cahaya pertunjukMu sebagaimana Engkau menerangi bumi dengan cahaya Matahari selama-lamanya
يا ال يا حكيم يا حليم
Kami pertaruhkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, maka kembalikanlah semula kepada kami ketika kami memerlukannya dan janganlah Engkau biarkan kami melupainya.
يا ال يا غفار
Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan seluruh umat Islam, lengkapkanlah budi pekerti kami, sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah hati kami terhadap rezeki pemberianMu dan jangan biarkan hati kami terpedaya oleh apa yang Engkau hindarkan daripada kami.
يا ال يا رحمن يا رحيم
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami nyatakan. Semoga Engkau terima keuzuran kami, Engkau mengetahui hajat kami semoga Engkau kabulkan permohonan kami Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diri kami, justeru itu kami mohon keampunanMu Ya Ghaffar,
اللّهُمّ لَ سَهْلَ إِلّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِنْ شِئْتَ سَه ً ْل
رَبّنَا آتِنَا ِفي الدّنْيَا حَسَنَةً ِ وَفي الخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاب ّ َ الن ِ ار
وصلى ال على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
وَالْحَمْدُ ِلِ رَبّ الْعَالَـمِيْن
Tags: #bacaan doa #berdoa #contoh doa-doa #doa #doa penerang hati #doa terangi hati menjawab soalan peperiksaan #panduan doa #teks bacaan doa #teks bacaan doa sempena peperiksaan #teks doa