Pengenalan
Buah jambu air atau nama saintifiknya Syzygium samarangense adalah buah-buahan tempatan yang terkenal. Ia tumbuh dengan subur pada iklim tropika. Buah jambu air kini mempunyai nilai pasaran yang agak tinggi berikutan kurangkan penanaman buah ini.
Di Thailand, teknik semaian pokok buah jambu air ini sangat terkenal dengan kaedah tersendiri. Pelbagai jenis pokok buah-buahan, pokok hiasan dan pokok bunga yang dihasilkan untuk ditanam menggunakan kaedah ini. Bagi memulakan kerja menyemai, elok kita sediakan dahulu bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan :
- Span bunga basah.
- Ubat penggalak akar@serbuk putih. Boleh dibeli di pusat jualan pasu dan tanaman.
Air secukupnya.
Kaedah :
- Potong span ikut saiz kecil.
- Kerat batang pokok yang sesuai untuk semaian dan celup dlm ubat penggalak akar. Ubat ini berperanan menggalakkan akar baru untuk tumbuh.
- Cucukkan keratan tadi pada span yang disediakan.
- Rendam di dalam air.
- Biarkan sehingga keratan tadi mula mengeluarkan akar.
- Kemudian, ubah semaian tadi ke dalam pasu kecil.
- Bila sudah mulai membesar ubah ke dalam polibag.
- Pembajaan mestilah cukup semasa dalam polibag.
- Apabila semaian mencapai tempoh sesuai, ia boleh ditanam di atas tanah.
Teknik keratan pada bahagian pokok.
Tags: #cara tanam jambu air #Teknik semai pokok jambu #teknik semaian cara Thailand #teknik tanaman ringkas #teknik tanaman semaian #teknik thailand tanam jambu air