Teknik Nelayan Tangkap Ikan Guna Pukat Hanyut

Images Of Pukat Hanyut Nelayan

Perkakas Menangkap Ikan Tradisional

  • Pukat hanyut (Drift/Gill Nets)

Pukat hanyut adalah sejenis perkakas untuk menangkap ikan,udang dan ketam dengan menggunakan isi jaring yang diikat pada dua tali, atas dan bawah yang dipasang bersama pelampung dan pemberat dan dipasang di bawah permukaan air secara berhanyut ataupun secara tetap pada dasar perairan. Pukat hanyut lazimnya digunakan untuk menangkap ikan, udang dan ketam.

  • Prinsip penggunaan pekakas pukat hanyut

Cara penangkapannya adalah dengan menghalang arah gerakan ikan yang berenang secara berkumpulan ataupun satu persatu supaya ikan melanggar jaring yang dipasang dan tertangkap dengan terjerat ( pada bahagian tutup insang tersangkut pada mata jaring ) atau terpintal / terbelit (pada bahagian badan ikan dengan benang jaring).

Jenis ikan utama yang ditangkap menggunakan pukat hanyut adalah seperti ikan kembung, selar, bawal, kerisi, senangin, tenggiri, gelama, ketam dan udang.

Tempoh menahan pukat hanyut

  • Pukat 3 lapis digunakan untuk menangkap udang. Jarak operasi biasanya 2 hingga 3 bt nautika dari pantai. Ia dioperasikan pada musim ombak bergelora. Tempoh menahan antara 15-30 minit sekali dan diulang-ulang.
  • Pukat hanyut selapis digunakan untuk menangkap ikan. Ia juga dikenali sebagai “pukat kaya” bagi nelayan pantai timur (Kelantan, Terengganu). Tempoh menahan adalah antara 30 – 40 minit sekali dan diulang-ulang.

Pengoperasian pukat hanyut

Pukat hanyut dioperasikan dalam 3 keadaan iaitu di permukaan air, pertengahan air dan dasar.

pukat-hanyut-permukaan-e1511461417100 Teknik Nelayan Tangkap Ikan Guna Pukat Hanyut

Pukat Hanyut Permukaan

pukat-hanyut-pertengahan-air-e1511461400982 Teknik Nelayan Tangkap Ikan Guna Pukat Hanyut

Pukat Hanyut Pertengahan Air

pukat-hanyut-dasar-e1511461437951 Teknik Nelayan Tangkap Ikan Guna Pukat Hanyut

Pukat Hanyut Dasar

komponen-pukat-hanyut-tiga-lapis-e1511461452817 Teknik Nelayan Tangkap Ikan Guna Pukat Hanyut

Komponen Pukat Hanyut Tiga Lapis

komponen-pukat-hanyut-ikan-selapis-e1511461468237 Teknik Nelayan Tangkap Ikan Guna Pukat Hanyut

Komponen Pukat Hanyut Ikan Selapis

logo-150x150 Teknik Nelayan Tangkap Ikan Guna Pukat Hanyut

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Teknik Nelayan Tangkap Ikan Guna Pukat Hanyut

Loading...

Tags: #cara nak guna pukat kaya #cara nelayan pantai tangkap ikan #cara operasi pukat hanyut #Images for pukat nelayan #jenis jenis pukat #operasi pukat kaya #pukat 3 lapis #pukat selapis #pukat tangkap ketam #pukat udang #teknik menangkap ikan menggunakan pukat di laut #teknik nelayan tangkap ikan guna pukat hanyut

Adakah Kita Akan Kehilangan Hasil Laut Di Masa Hadapan?
Walaupun produk marin secara teknikalnya tidak “lengkap” seperti sumber fosil, penangkapan ikan yang
Penyakit Ikan Marin, Tahap Jangkitan & Punca Kematian
Tahap jangkitan penyakit ikan marin Akut Kadar kematian yang tinggi, bilangan ikan yang
Cara Memasak Ikan Talang Dengan Mudah Dan Sedap
Ikan Talang adalah jenis ikan laut yang popular dalam kalangan pemancing. Ikan laut
3 Cara Memasak Ikan Pekasam Paling Mudah
3 Cara Memasak Ikan Pekasam Resipi 1 Bahan-bahan: 1 ekor ikan pekasam 2-3
  1. author

    shah5 years ago

    X boleh nak baca sebab adds terlampau banyak dan ada adds yg menutup artikel hinggakan tidak boleh dibaca.
    Saya ingin bertanya tuan pukat 3 inci selapis saya mahu buat pukat hanyut dasar..bagaimana jarak pelampung dan batu..serta berapa jarak mata pukat pada setiap pelampung dan batu

    Reply

Leave a reply "Teknik Nelayan Tangkap Ikan Guna Pukat Hanyut"