Pengenalan Am
Kotak gear yang ada pada enjin sangkut dua lejang adalah mengikut keperluan atau ciri-ciri bagi enjin semasa. Kotak gear berfungsi untuk meringankan beban enjin dan memudahkan enjin bergerak ke hadapan atau ke belakang.
Gred Minyak Gear
Penggunaan gred minyak gear yang betul dapat mengelakkan komponen dalam kotak gear mudah rosak. Adalah disyorkan menggunakan hanya gred minyak gear SAE 90 (Standard Automobile Engineering).
Minyak gear perlu ditukar pada sepuluh (10) jam pertama perjalanan enjin atau satu (1) bulan dan seterusnya setiap seratus (100) jam perjalanan enjin atau enam (6) bulan.
Teknik Menukar Minyak Gear
Minyak gear diisi ke dalam kotak gear menerusi saluran keluar di bahagian bawah kotak gear sehingga penuh. Minyak gear hanya penuh apabila ia melimpah keluar di saluran bahagian atas kotak gear.
Tags: #cara tukar minyak gear enjin bot #gred minyak gear standard enjin bot #kaedah tukar minyak enjin sangkut #Teknik Menukar Minyak Gear