Teknik Menghafal Dengan Baik Supaya Tidak Mudah Lupa

Teknik Menghafal Dengan Baik Supaya Tidak Mudah Lupa

Tentunya sesiapa sahaja ingin cepat menghafal sesuatu yang ingin diingatnya dan suka jika mampu menghafal segala sesuatu dengan baik. Menghafal boleh dikatakan aktiviti yang cukup sulit kerana memerlukan kekuatan fikiran ekstra untuk melakukannya. Untuk menghafal memang memerlukan usaha yang cukup keras, namun bukan bererti hal itu tidak mungkin boleh dilakukan. Terdapat teknik-teknik dan cara-cara tertentu agar anda dapat menghafal dengan lebih efektif dan baik. Berikut adalah teknik dan cara melatih diri agar boleh menghafal dengan mudah, cepat dan efektif.

  1. Pastikan Tidur Anda Berkualiti

Perkara ini yang menjadi kunci utama. Dari satu kajian dan penelitian yang dilakukan mendapati bahawa tidur dapat membantu otak untuk mengingati sesuatu pada keesokan harinya, dengan erti kata lain, membantu menguatkan ingatan untuk hari yang berikutnya. Kajian daripada sebuah universiti ini menemukan bahawa tidur berkualiti terbukti bermanfaat untuk meningkatkan kualiti belajar termasuk membuat daya ingatan anda lebih kuat.

  1. Ketika Menghafal, Lakukan Beberapa Gerakan Kecil

Anda boleh menghafal sambil melakukan gerakan sederhana seperti berjalan berulang-alik, menggerakkan kepala seperti orang India, atau gerakan-gerakan kecil lainnya yang kondisinya tetap. Sebahagian orang boleh menghafal lebih baik dengan melakukan gerakan kecil ini. Namun perlu diketahui, hindari menghafal sambil melakukan pekerjaan lain seperti memasak, mengemudi, mengoperasikan mesin, dan lain-lain aktiviti yang memerlukan fokus yang tinggi.

  1. Mengulang-ulangi Perkara Yang Dihafal

Kegiatan menghafal ini memerlukan banyak waktu. Agar hafalan mantap dan kekal di dalam fikiran, maka ulang-ulangi mengucapkan apa yang telah anda hafal sehingga mampu membuat hafalan terakam sempurna difikiran. Walaupun setiap orang memiliki kemampuan menghafal yang berbeza-beza, namun secara umum, agar hafalan boleh kekal (tidak mudah lupa), maka anda perlu dibaca berulang kali. Dengan demikian, jika ingin menghafal maka sediakan waktu yang cukup banyak.

  1. Penting Untuk Memberikan Fokus Sepenuhnya

Jika ingin lebih cepat dalam menghafal, dan hafalan lebih kuat, maka sangat penting agar anda memiliki tahap konsentrasi yang tinggi. Menghafal sangat memerlukan konsentrasi. Jika tidak mampu berkonsentrasi, maka anda tidak akan dapat menghafal apa yang ingin anda hafal. Jadi, sebelum menghafal, buanglah semua fikiran yang mengganggu.

  1. Teknik Mnemonic Untuk Memudahkan Anda Menghafal

Teknik mnemonik ini telah dikenal sejak zaman Yunani dan Romawi kuno dan masih diguna pakai hingga ke hari ini. Apakah teknik mnemonik? Pada dasarnya, mnemonik merupakan teknik untuk memudahkan mengingat sesuatu. Mnemonik merupakan kemampuan untuk menghubungkan kata-kata, idea, dan khayalan. Terdapat banyak teknik mnemonik, salah satunya ialah kaedah berkait, yakni jika satu fikiran muncul, maka akan disusul dengan fikiran lain yang masih saling terkait. Dengan mengaitkan fikiran, maka akses untuk mengingat menjadi lebih mudah.

Tentunya teknik mengingat seperti ini tidak hanya teori saja. Teknik seperti ini perlu dipraktikkan dan dilatih secara terus-menerus sehingga mahir. Untuk menggunakan teknik ini, anda perlu melakukan perkara berikut :

  • Siapkan kata kunci yang harus diingat
  • Kaitkan kata-kata itu antara satu dengan yang lain
  • Buat visualisasi (khayalan) di dalam fikiran anda

Cara lain dari teknik ini, iaitu teknik menggambarkan sesuatu di dalam fikiran. Menghafal maklumat yang abstrak dengan cara menggambarkannya di dalam fikiran menjadi sesuatu yang bersifat nyata.

Contohnya:

  • Kuala Lumpur – digambarkan dengan menara berkembar Petronas.
  • Melaka – digambarkan dengan Kota A’Famosa.
  1. Teknik Akronim (Sistem Akronim Mnemonik)

Ini masih seperti teknik-teknik di atas, teknik akronim iaitu dengan membuat setiap huruf awal dari satu kata (kalimat) menjadi sebuah kata baru. Beberapa contohnya yang sudah popular iaitu:

“ROY G BIV” : Susunan warna pelangi (Red, Orange, Yellow, Green, Blue, Indigo, Violet)

Gunakan imaginasi anda dalam menggunakan teknik ini. Misalnya, anda akan melakukan beberapa perkara iaitu: membersih, pakaian bersih, mandi, masak, dan olahraga. Agar anda tidak lupa dengan semua kegiatan tersebut, maka buatlah akronimnya yang mudah dicerna dan diingat, iaitu “BC-M2O”.

  1. Teknik Akrostik (Sistem Acrostik Mnemonik)

Teknik akrostik adalah penggunaan awal setiap suku kata dari suatu kata-kata, yang juga boleh disingkat dalam suku kata menjadi sebuah kalimat baru. Contohnya susunan warna pelangi :

“Mejikuhibindu” : Maksudnya merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo, ungu.

  1. Fokus pada Kata Kunci

Teknik ini dengan mengambil kata kunci dari setiap point yang ingin dihafal. Teknik kata kunci ini dapat dipakai untuk mengingat kata inti dari informasi yang ingin diingat.

Sebagai contoh, anda ingin mengingat informasi mengenai tugas Dewan Keamanan Bangsa-bangsa Bersatu iaitu :

“(1) menyelesaikan perselisihan-perselisihan antarabangsa, (2) Menjaga anggota negara terhadap serangan negara lain, (3) Pengurangan senjata, ( 4) Membela dan melindungi negara Bangsa-Bangsa Bersatu.”

Agar dapat mudah menghafalnya, maka ambilah kata kunci dari point masing-masing itu, iaitu perselisihan, serangan, senjata, dan pembelaan. Kata kunci ini sangat mudah dihafal. Dengan menghafal kata kunci dari setiap point, anda lebih mudah untuk membayangkan tugas lengkap Dewan Keamanan Bangsa-bangsa Bersatu.

  1. Memori Sukan

Sebagaimana otot badan dapat dilatih, demikian juga otak juga boleh dilatih. Apabila rajin bersukan, maka otot tubuh akan bertambah kuat, dan tubuh secara umumnya akan lebih sihat. Demikian pula dengan otak, jika rajin diasah, jika rajin mengolah dan mengasah maklumat yang masuk ke otak, maka hal ini menjadikan otak dilatih mengikut kebiasaan. Dengan itu, selain bersukan untuk tubuh badan, sebaiknya anda juga harus selalu bersukan untuk otak. Anda boleh melakukan seperti mengisi TTS (teka teki silang). Anda boleh sering mengisi TTS, yang berguna untuk membantu mengasah otak.

  1. Rehat Yang Cukup

Sudah umum diketahui bahawa memaksakan diri bukanlah perkara yang baik kerana akan menyebabkan impak negatif. Tubuh yang memperoleh rehat yang cukup sangat penting agar dapat menghafal dengan lebih baik. Rehat yang cukup membuatkan daya ingatan anda meningkat. Selain itu, cukup rehat juga bermanfaat untuk menghasilkan idea-idea.

  1. Catat Kembali Apa yang Dihafal

Catatlah kembali semua maklumat yang sudah melekat di minda anda, perkara ini akan membuat maklumat tersebut lebih kuat diingati di fikiran. Saat mencatat, maka otak akan ikut bekerja untuk menghafal apa yang dicatat. Anda juga boleh menulis terlebih dahulu sebelum mula menghafal. Ini berguna kerana anda dapat menghafalnya dengan lebih mudah.

  1. Lakukan Langkah Pengulangan

Pada setiap baris teks, ulangi beberapa kali (3 kali atau lebih) sampai anda benar-benar menghafalnya. Jangan beralih ke teks lain sebelum menghafal bahagian sebelumnya secara mendalam. Mengulang-ulang sangat berguna agar hafalan lebih baik dan efektif, sehingga tidak mudah lupa. Perlu diakui bahawa kerja menghafal ini memerlukan banyak waktu untuk dilakukan.

  1. Menghafal dengan Bantuan Sticky Note

Cara ini untuk mempermudah proses menghafal, dan hafalan anda lebih baik. Nota melekit biasanya boleh diperoleh dengan mudah di pasaran. Terdapat beberapa warna pilihan dan anda perlu menyediakan 3 hingga 4 warna. Tidak perlu terlalu banyak variasi warna, kerana akan membuat anda pening nanti. Apa yang telah difahami, maka tulis kembali pada sticky note yang memiliki warna berbeza-beza antara satu sama lain. Dengan warna yang berbeza-beza ini, sedikit banyak dapat membantu anda dalam menghafal dengan lebih jitu. Maklumat yang dihafal secara automatik akan dikelompokan di memori dengan warna yang berbeza-beza.

  1. Ajarkan Kepada Orang Lain

Ajarkan atau paparkan apa yang telah anda hafal kepada orang lain, maka ini menjadikan hafalan anda menjadi lebih kuat lagi. Saat mengajar orang lain, maka fikiran akan mengguna dan memanggil kembali maklumat yang ada dalam fikiran dan dengan demikian, maklumat itu akan lebih kekal tersimpan di otak.

  1. Merakam

Merakam perkara-perkara yang dihafal dan dengarkan kembali rakaman tersebut secara kerap. Dengan melakukan perkara ini, ia dapat memperkuatkan lagi apa yang telah anda hafal.

  1. Mengambil Makanan Berkhasiat Untuk Otak Anda

Salah satu makanan yang sangat baik untuk memperkuatkan hafalan ialah kismis. Makanan ini telah diteliti oleh para ilmuwan, hasil penelitiannya menunjukan kismis bermanfaat bagi kesihatan otak dan memperkuatkan hafalan. Buah kismis mempunyai kandungan beberapa antioksidan yang berfungsi untuk melindungi sel dari kehancuran. Buah kismis mengandungi magnesium, zat besi, kalsium, kalium, dan vitamin BI, B3 dan B6. Makanan lain yang disarankan untuk diambil ialah seperti berikut:

  • Ikan segar, kandungan dalamnya sangat baik untuk nutrisi otak. Di dalam ikan terkandung asid lemak omega 3 yang bermanfaat untuk otak. Kandungan asid lemak omega 3 ini terdapat di dalam ikan salmon, tuna dan sardin. Kebanyakan ditemui dalam ikan yang di kawasan bersuhu sejuk.
  • Pisang mempunyai kandungan yang berguna untuk otak. Di dalam buah pisang tedapat kandungan kalium dan magnesium yang berfungsi untuk menghubungkan saraf di tubuh dan otak.
  • Bayam juga mempunyai kandungan vitamin B9 yang bermanfaat meningkatkan daya ingatan otak.
  • Beras perang mempunyai banyak kandungan protein yang memberikan nutrisi yang sangat baik kepada otak.
  • Coklat mengandung Flavonoid yang bermanfaat untuk memaksimumkan proses pembentukan sel saraf baru kepada otak, sehingga manfaatnya mampu menambah kemampuan dalam menyimpan ingatan di dalam memori otak.

Anda juga boleh memakan telur, jagung, susu, madu, kacang, jagung, mint, buah anggur, blueberry, avocado, nanas dan aprikot. Selain itu, hindari makanan ringan, berkolestrol tinggi dan bergoreng yang tidak bermanfaat kepada otak anda.

Loading...

Tags: #agar hafalan boleh kekal (tidak mudah lupa) #cara menghafal alquran dengan cepat dan tidak mudah lupa #cara menghafal dengan baik dan efektif #cara menghafal dengan cepat dan masuk ke otak #cara menghafal dengan cepat dan mudah diingat #cara menghafal kilat #cara menghafal pelajaran dalam waktu singkat #cara mudah menghafal #cara mudah menghafal pelajaran dengan otak kanan #cara nak hafal sesuatu #Cara untuk Menghafal dengan Cepat #panduan mudah menghafal #teknik akronim #teknik akrostik #Teknik menghafal dengan baik #teknik menghafal dengan cepat #teknik menghafal dengan efektif #teknik menghafal mnemonik #teknik menghafal permanen #teknik mudah menghafal #tips menghafal lagu #tips menghafal pembelajaran dengan mudah dan baik #tips menghafal secara kekal #tips menghafal skrip #tips mudah menghafal

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Leave a reply "Teknik Menghafal Dengan Baik Supaya Tidak Mudah Lupa"