Tayar Kenderaan 4X4. Ini Panduan Jitu Memilih Tayar Sesuai Mengikut Kegunaan!

Tayar Untuk Kenderaan 4X4

Pada masa kini kenderaan 4×4, pick-up atau SUV mula menjadi trend masyarakat, bukan sahaja kepada golongan belia namun ia turun menjadi kegilaan anak muda. Ia ditambah lagi dengan pengenalan model-model terbaru pick-up truck 4×4 yang lebih moden dan bergaya.

Dengan pengenalan model-model terbaru ini, peminat kenderaan pacuan empat roda kini bertambah saban hari. Ditambah lagi kepelbagaian aksesori menarik yang ditawarkan juga amat memukau hati penggila kenderaan jenis ini. Sudah semestinya, tajuk utama dalam modifikasi pemilik kenderaan jenis 4×4 ini ialah mengenai rim dan tayar yang sesuai.

Di sini penulis ingin berkongsi tentang 3 jenis tayar yang sesuai mengikut penggunaannya. Jom kita baca selanjutnya;

Kebaikan & Keburukan Tayar Jenis Mud Terrain (MT)

tayar-jenis-MT Tayar Kenderaan 4X4. Ini Panduan Jitu Memilih Tayar Sesuai Mengikut Kegunaan!

  • Kemampuan kepada pemanduan offroad adalah tinggi.
  • Bersaiz besar dan lebar kerana meningkatkan fungsi sentuhan tayar pada permukaan tanah (footprint).
  • Tayar besar dan lebar juga menyebabkan kenderaan “terapung” dengan baik apabila melalui laluan yang berlumpur dan becak.
  • Memiliki corak tayar besar dan alur corak yang dalam serta luas membuatkan tayar ini mampu membuang lumpur dengan sendiri. Oleh itu ia mampu memberi cengkaman yang baik dilaluan yang ekstrem serta mengelakkan tayar mudah bocor atau pecah.
  • Kenderaan yang dipadankan dengan jenis tayar ini akan nampak lebih garang dan gah!
  • Jenis tayar ini hanya sesuai untuk kegunaan offroad sahaja.
  • Tayar jenis ini lebih berat berbanding jenis biasa.
  • Apabila menggunakan tayar ini pada jalan biasa, kenderaan bergerak perlahan, bunyi tayar yang bising, kemampuan rendah dan bunga tayar cepat haus apabila digunakan di atas jalanraya.
  • Tayar ini tidak mencengkam dengan baik di atas jalanraya terutama sekali pada waktu hujan. Elakkan memandu dengan laju di selekoh.
  • Harga lebih mahal iaitu sekitar RM550 dan ke atas bergantung kepada model.
  • Tidak sesuai untuk permukaan berpasir seperti di tepi pantai kerana bunga yang kasar menyebabkan tayar menggali permukaan pasir, seterusnya kenderaan anda akan tersekat.
  • Kegunaan bahan api meningkat disebabkan penggunaan tayar yang berat.
  • Kenderaan perlu diubahsuai untuk memasukkan tayar jenis ini seperti meninggikan suspensi atau kabin.

Kebaikan & Keburukan Tayar Jenis All Terrain (AT)

tayar-jenis-AT Tayar Kenderaan 4X4. Ini Panduan Jitu Memilih Tayar Sesuai Mengikut Kegunaan!

  • Saiznya besar sedikit berbanding jenis HT (Highway Terrain)
  • Uniknya tayar jenis ini boleh digunakan dalam beberapa permukaan jalan
  • Bunga atau corak alur tayar lebih besar berbanding jenis HT (Highway Terrain) tetapi lebih kecil sedikit dari tayar MT (Mud Terrain)
  • Permanduan lebih selesa, cepat dan cemerlang di atas jalanraya.
  • Boleh beraksi di dalam laluan offroad separa berlumpur dan tidak terlalu ekstrem.
  • Pemanduan baik di kawasan berpasir atau tepi pantai.
  • Tidak sesuai digunakan dilaluan berlumpur dan licin.
  • Tayar jenis ini tidak dapat membuang lumpur sendiri yang melekat pada tayar berbanding tayar MT (Mud Terrain).
  • Lebih efektif jika dipasang rantai berbanding tayar MT (Mud Terrain) ketika saat terdesak.
  • Sesuai digunakan di jalanraya, jalan ladang, kebun atau perjalanan dipinggir hutan.

Kebaikan & Keburukan Tayar Jenis Highway Terrain (HT)

tayar-jenis-HT Tayar Kenderaan 4X4. Ini Panduan Jitu Memilih Tayar Sesuai Mengikut Kegunaan!

  • Alur tayar cetek dan mempunyai corak kecil.
  • Direkabentuk untuk kegunaan atas jalanraya atau lebuhraya.
  • Pemanduan sangat senyap, selesa dan kenderaan dapat bergerak dengan lancar di atas jalanraya.
  • Tidak sesuai untuk tujuan offroad.
  • Sesuai untuk kegunaan harian seperti ke tempat kerja dan dalam jalan bandar.
  • Pemanduan pada waktu hujan agak merbahaya terutama sewaktu melanggar lopak air dan ketika mengambil selekoh pada kelajuan yang tinggi.

Tayar jenis HT (Highway Terrain) dan AT (All Terrain) sesuai untuk kegunaan harian serta melalui laluan yang tidak sukar. Jika anda ingin serius dengan sukan offroad, sebaiknya anda mempunyai dua set tayar dan rim. Satu set untuk tayar HT atau AT dan satu lagi set khas jenis MT (Mud Terrain).

Seperti yang kita perlu faham, penggunaan tayar yang bersaiz besar memerlukan pengubahsuaian kepada ketinggian kenderaan. Ini kerana keadaan tayar yang besar dan lebar akan menganggu arch fender atau mudguard kenderaan pada posisi standard.

Rim juga terpaksa ditukar dengan menggunakan rim yang lebih lebar atau offset. Penggunaan offset rim yang tidak sesuai boleh memberi kesan negatif kepada fungsi brake, steering dan sistem suspensi kenderaan anda.

Penggunaan tayar jenis MT (Mud Terrain) yang bersaiz besar juga akan menyebabkan bacaan meter had laju (speedometer) tidak tepat dan sistem gearing pada ring dan pinion differential yang rendah akan menyebabkan kenderaan menjadi lembab. Keadaan ini juga memberikan kesan penggunaan minyak yang banyak di masa pemanduan harian.

Jenama Tayar Terbaik Mengikut Ranking Di Malaysia

  1. Bridgestone
  2. Michelin
  3. Yokohama
  4. Sime Tyre
  5. Goodyear
  6. Hankook
  7. Falken
  8. Dunlop
  9. Continental
  10. Silverstone

Jenama Tayar Mengikut Gred Di Dunia

  • Premium Brand Tyres (Tayar terbaik disegi kualiti ketahanan dan baik ketika jalan basah harga amat mahal)
  • Mid Range Brand Tyres (Tayar baik disegi kualiti dan baik untuk jalan basah harga mahal)
  • Economy Brand Tyres (Tayar sedehana terbaik disegi kualiti tayar yang keras dan kurang sesuai untuk jalan basah harga sederhana)
  • Budget Brand Tyres (Tayar biasa dan tidak berkualiti dan harga murah) Elakkan guna jenama tayar ini

(Premium Brand Tyres)
Bridgestone, Continental, Dunlop, Goodyear, Michelin, Pirelli, Yokohama

(Mid Range Brand Tyres)
Avon, BFGoodrich, Cooper, Falken, Firestone, Fulda, General, Hankook, Kumho, Marangoni, Nokian, Toyo, Uniroyal, Vredestein

(Economy Brand Tyres)
Achilles, Apollo, Barum, Ceat, Dayton, Debica, Dmack, ESA Tecar, Federal, GT Radial, Hercules, High performer, Infinity, Interstate, Kenda, Kleber, Kormoran, Marshal, Matador, Maxtrek, Maxxis, Meteor, Millennium, Nankang, Neuton, Nexen, Nitto, Prestivo, Radar, Riken, Sava, Semperit, Silverstone, Sumitomo, Sunny, Tigar, Viking, Westlake Tyres, Zeetex, Zeta

(Budget Brand Tyres)
Accelera, Admiral, Altenzo, Austone, Autogrip, BCT, Dextero, Duran, Event, Evergreen, Forceum, Fortuna, Fullrun, Fullway, Gislaved, Goodride, Haida, Hero, Herse, Hifly, Jinyu, Landsail, Lassa, Linglong, Maloya, Mastercraft, Mastersteel, Mohawk, Petlas, Platin, Primewell, Roadstone, Rockstone, Rotalla, Runway, Sailun, Sportiva, Star Performer, Starfire, Starmaxx, Sunew, Sunitrac, Syron, Tracmax, Triangle, Tyfoon, Wanli, Westlake

Loading...

Tags: #4x4 malaysia #Apa Maksud H/T A/T dan M/T #cara pilih tayar 4x4 #driving off the road #jalan offroad #Jenama Tayar Mengikut Gred Di Dunia #Jenama Tayar Terbaik Mengikut Ranking Di Malaysia #jenis tayar mengikut kegunaan #Kebaikan Keburukan Tayar Jenis AT #Kebaikan Keburukan Tayar Jenis HT #Kebaikan Keburukan Tayar Jenis MT #Kenali Jenis-Jenis Tayar #Panduan Memilih Tayar Yang Sesuai Mengikut Penggunaan #pickup truck #tayar 4x4 #tayar 4x4 offroad #tayar 4x4 terpakai #tayar apa sesuai untuk 4x4 anda #tayar at #tayar ht #tayar mana paling bagus #tayar mt #Tayar Untuk Kenderaan 4X4 #tips pilih tayar

Membeli Kereta Baru atau Kereta Terpakai, Mana Lebih Untung?
Keputusan antara membeli kereta baharu atau kereta terpakai bergantung pada pelbagai faktor, termasuk
Kelebihan Kenderaan Jenama Toyota
Jenama Toyota mempunyai beberapa kelebihan yang menjadikannya popular di pasaran automotif. Berikut adalah
Kelebihan Kenderaan Jenama Honda
Kenderaan jenama Honda seperti kereta dan motosikal mempunyai beberapa kelebihan yang telah memenangi
Cara Menyemak Kos Penyelenggaraan Kenderaan Anda
Untuk menyemak kos penyelenggaraan kenderaan, anda boleh mengikuti langkah berikut: Baca Buku Panduan

Leave a reply "Tayar Kenderaan 4X4. Ini Panduan Jitu Memilih Tayar Sesuai Mengikut Kegunaan!"