Tanda-Tanda Terkena Sihir & Jenis Sihir Yang Dasyat!

Jenis Sihir Dan Tanda Tanda Terkena Sihir

Sihir boleh berpunca dari perasaan hasad dengki, cemburu, cinta dan kasih serta sebagainya. Hubungan manusia dan sihir merupakan hubungan yang cukup lama, ia terbentuk seawal kejadian manusia di atas muka bumi ini sehinggalah ke hari ini.

“Tukang sihir menampakkan sesuatu yang batil itu benar dan mengubah sesuatu daripada hakikatnya. Sesungguhnya tukang sihir telah mengubah sesuatu daripada bentuknya yang asal.” (Ibnu Manzur)

“Sihir ialah berpunca daripada kesan campur tangan roh-roh yang jahat (jin & syaitan).” (Ibnu Qayyim)

“Sihir adalah suatu perbuatan yang dilakukan dalam rangka mendekatkan diri pada syaitan dengan bantuan syaitan tersebut.” (Abu Lait)

Al-Qurtubi dalam menakrifkan sihir menyebut bahawa sebahagian dari jenis sihir memiliki pengaruh terhadap hati seseorang seperti perasaan cinta, benci, mendapatkan kebaikan dan musibah, disamping itu, ia mampu memberi kesan sakit badan atau sebuah ungkapan tentang perkara yang tidak nampak pada pandangan kasar manusia tetapi mampu dimiliki bagi mereka yang berusaha untuk menyakiti orang lain seperti menganggu kesihatan, harta kekayaan atau hubungan antara manusia dengan menggunakan mentera dan alat-alat khusus.

Sifat yang ada kepada seorang penyihir

  • Mempersembahkan hidup dan matinya untuk syaitan serta semua milik harta dan keturunan untuk syaitan.
  • Harus bersedia untuk menderhaka kepada Allah.
  • Harus menjadi keras hatinya dari perasaan kasihan kepada mangsa.
  • Tidak takut dan gentar ketika datangnya jin atau iblis walaupun dalam keadaan yang menakutkan.
  • Tidak ada perasaan penyesalan apabila ia melakukan khianat dan dibantu oleh iblis dalam kerja terkutuknya dan seharusnya ia sentiasa merintih kepada iblis dalam setiap kerjanya.
  • Harus ada keyakinan dengan mantap kepada kekuatan syaitan dan harus baginya memusuhi agama Islam.
  • Seboleh mungkin memencilkan diri daripada orang ramai kecuali apabila menjadi satu tuntutan dalam ilmu sihirnya dengan tujuan untuk mendatangkan mudarat kepada manusia.

Bagaimana cara penyihir menimbulkan kesan kepada badan manusia?

Seseorang itu boleh terkena sihir dengan beberapa perkara seperti berikut;

  • Melalui makanan atau minuman. Orang yang akan disihir harus memakan atau meminumnya agar pengaruh sihir masuk ke dalam badan.
  • Melalui perantaraan tanah yang ditabur di jalan yang akan dilalui oleh orang yang akan disihir. Jika orang tersebut melangkahinya maka terkenalah sihir tersebut.
  • Melalui rambut, kuku, baju yang ada peluh orang yang akan disihir, ini termasuk bahan yang boleh ditampal ditanam , ditusuk pada patung, ditanam atau dimasukkan ke dalam sungai atau laut. Jin hamba kepada tukang sihir mengenali orang yang akan disihir dengan bau peluhnya.
  • Melalui angin yang diseru dan dipanggil nama orang yang akan disihir.

Jenis-jenis sihir yang sering dilakukan

  1. Sihir pemisah (perceraian)

Berubah keadaan dari cinta menjadi benci, semakin banyak keraguan yang timbul antara suami isteri, saling bertengkar walaupun perkara yang remeh-temeh dan sukar memaafkan, berubah bentuk isteri di mata suami dan sebaliknya. Orang yang disihir membenci semua perbuatan yang dilakukan oleh pihak lain, orang yang terkena sihir benci tempat yang diduduki oleh pihak lain, di luar rumah merasa tenang dan apabila pulang ke rumah merasa bosan. Bahan yang digunakan seperti tahi besi yang ditabur di jalan yang dilalui oleh mangsa atau ditanam di mana-mana kawasan rumah.

  1. Sihir Percintaan (penunduk)

Puncak cinta dan keadaan nafsu yang berlebihan, hasrat yang kuat untuk selalu bersama, tidak ada kesabaran untuk berhubungan badan, kerinduan yang sangat dasyat dan selalu ingin bertemu, ketaatan yang buta terhadap pasangan.

  1. Sihir membatal atau menunda perkahwinan

Biasanya jin merosakkan melalui dua cara iaitu :

  • Jin masuk dan menutupkan keinginan perempuan terhadap orang yang mahu meminang atau menikahinya.
  • Jin tidak dapat masuk tetapi menyihirnya dengan memberi khayalan dari luar. Ia memberi khayalan kepada pasangan bahawa ia saling buruk. Dengan demikian maka setiap lelaki yang meminang akan mengundur diri tanpa sebab padahal sebelumnya sudah saling setuju.
  1. Sihir yang mengikat lelaki dan perempuan

Kepada lelaki  :

  • Sebelum berkahwin alat kelamin berfungsi dengan baik tetapi selepas kahwin maka alat kelamin tidak mampu berfungsi.
  • Alat kelamin berfungsi dengan baik di luar rumah akan tetapi apabila mendatangi isteri alat kelaminnya hilang fungsinya.
  • Alat kelamin berfungsi dengan isteri ketika bergurau senda tetapi apabila bersama hilang fungsinya.

Kepada perempuan :

  • Ada penghalang di dalam alat kelamin isteri berupa daging yang menutupi lubang vagina isteri.
  • Ketika ingin menggauli isteri, isteri merapatkan paha agar suami tidak dapat bersama kerana halangan perasaan atau kesakitan.
  • Adanya pendarahan apabila disetubuhi, tetapi apabila menjauhi isteri maka darah tersebut berhenti.
  1. Sihir dimandulkan

Tidak mendapat zuriat walaupun disahkan oleh doktor pakar bahawa ia tidak mempunyai masalah.

  1. Sihir pukau

Sihir pukau mampu untuk :

  • Menyebabkan seseorang itu kaku, kelu dan tidak mampu bertindak balas sama ada melalui pandangan, pendengaran atau anggota badan yang lain. Ia sudah berada di bawah penguasaan pemukau tersebut dan bertindak mengikut arahan yang diberi oleh pemukau tersebut.
  • Menyebabkan mangsa tidur lena, tidak mengetahui perkara yang berlaku di sekelilingnya.

Bagaimana terjadi pukau? Pandangan mata yang tajam yang mengandungi racun syaitan (memberi salam dan mengarahkan) atau melalui sentuhan dengan berjabat tangan atau menepuk belakang mangsa.

  1. Sihir gila

Mangsa menjadi sasau, meracau, bertempik, kebingungan, pelupa, kadang-kadang tidak sedar diri, mata mangsa terbeliak dan melilau. Ditahap yang kritikal, mangsa berjalan tidak tentu arah tuju dan tidur tidak menentu dan mula ingin berada pada tempat yang gelap.

  1. Sihir sakit anggota badan

Tandanya mengalami sakit yang berpanjangan pada salah satu anggota badan, kerap kali diserang sawan, mengalami kelumpuhan pada salah satu anggota tubuh, melumpuhkan semangat dalam melakukan aktiviti seharian.

  1. Sihir pendarahan (darah istihaadah)

Tandanya darah yang tidak berhenti pendarahan walaupun sudah melalui tahap masa kebiasaannya. Menurut Ibnu al-Athir, darah istihaadah ialah darah yang keluar dari kemaluan wanita selepas hari-hari haid sebagaimana biasa. Jin bergerak di dalam saluran darah orang yang disihir tersebut. Biasanya jin akan menendang rahim sekuat hatinya dan darah keluar dari saluran tersebut. Inilah yang berlaku kepada seorang wanita di zaman Rasulullah, Hamnah binti Jahsy lalu Rasulullah menyebut :

“Sesungguhnya darah itu hasil sepakan syaitan, syaitanlah yang menendangnya”

  1. Sihir Santau

Santau dapat dibahagi kepada dua bahagian iaitu santau menggunakan bahan yang gatal dan miang lalu dijampi serapah untuk ditujukan kepada seseorang. Yang kedua pula ialah santau yang menggunakan bahan miang, bisa yang terdiri daripada bisa lipan bara, bisa ular, obur-obur, ulat mati beragam dan sebagainya. Digaul dan diperam beberapa bulan sebelum dihantar kepada yang ingin dituju tanpa dibaca. Tanda-tandanya ialah gatal, batuk berdarah dan miang seluruh tubuh badan terutama menjelang senja, batuk berdarah serta kulit membengkak pecah dan berair disertai rasa bisa. Biasanya jika sekiranya tahap yang kritikal seseorang mangsa akan nampak kebiruan dan kehitaman pada jari-jemarinya.

  1. Sihir Penutup

Biasanya dikenakan kepada peniaga. Antara tandanya, bau hanyir di tempat perniagaan, lesu untuk datang bekerja, pertengkaran sesama anggota kerja yang tidak berkesudahan walaupun perkara kecil, seringkali orang melihat tempat perniagaan tertutup sedangkan kedai dibuka.

Tanda-tanda terkena sihir perlu anda ketahui

  • Pening kepala yang berpanjangan terutama pada waktu senja.
  • Mimpi yang menakutkan.
  • Sakit dada dan resah menjelang senja.
  • Sakit di dalam perut bagaikan dipulas urat perut atau terasa bagaikan ada benda yang bergerak di dalam tubuh dan sering terasa bagai ditusuk di perut.
  • Mula nampak alam ghaib.
  • Berlaku perkara yang pelik di sekitar umpamanya berbau kemenyan, hanyir, wangi dan sebagainya.
  • Berlaku sakit yang tidak diketahui punca dari doktor.
  • Terdengar suara-suara yang memanggil namanya.
  • Pening atau pengsan apabila dibaca ayat ruqyah kepadanya.

 

Rujukan : http://darussyifabbst.blogspot.my
Loading...

Tags: #11 jenis sihir #cara menyihir #ciri ciri orang kena guna guna cinta #ilmu hitam #ilmu pukau #ilmu sihir #Jenis Sihir Yang Dasyat #jenis-jenis sihir #jenis-jenis sihir dalam masyarakat melayu #mimpi terkena sihir #santau #sifat penyihir #sihir #sihir cinta #sihir gila #sihir membatalkan perkahwinan #sihir pemisah #sihir pendarahan #sihir penunduk #sihir penutup #sihir percintaan #sihir pukau #sihir sakit anggota badan #siir memandulkan #tanda sihir pemisah #tanda terkena santau #tanda terkena sihir pengasih #tanda-tanda terkena sihir #Tanda-tanda terkena sihir perlu anda ketahui #tanda-tanda umum disihir

Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
15 Perkara Yang Menurunkan Bala Kepada Umat Akhir Zaman
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a Rasulullah saw bersabda ; “Apabila umatku telah
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah

Comments are closed.