Kecederaan lutut atau dalam bahasa saintifiknya osteoarthritis sering dialami oleh mereka yang gemarkan aktiviti lasak dan aktif bersukan terutamanya dalam sukan bola sepak, futsal, ragbi dan sebagainya.
Kecederaan lutut bukanlah masalah seperti kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) yang lebih serius. Mungkin ramai yang menganggap masalah kecederaan lutut ini sebagai normal namun sekiranya osteoarthritis ini tidak dipandang serius, ianya akan mengundang bahaya buat anda.
Apa itu osteoarthritis?
- Kesakitan pada bahagian lutut anda.
- Kecederaan ini juga turut dikenali sebagai arthritis haus terutama pada bahagian lutut.
- Kecederaan ini berlaku apabila tulang rawan anda sudah mula haus, tulang-tulang (joint) itu semakin rapat dan menyentuh antara satu sama lain.
- Keadaan ini menyebabkan anda mengalami kesakitan, bengkak pada lutut serta mengalami kesukaran untuk bergerak jauh.
Tanda-tanda mengalami osteoarthritis
- Berasa sangat sakit ketika anda bergerak aktif terutama pada tangan, pinggang, lutut, leher, sendi, atau tulang belakang.
- Lutut mula membengkak.
- Rasa panas dan sakit pada bahagian sendi.
- Mengalami kesakitan ketika cuba untuk berjalan.
- Lutut berbunyi ketika berjalan.
Apa itu ACL?
Lutut sebenarnya terdiri daripada 4 ligamen utama:
- Anterio cruciate ligament (ACL)
- Posterior cruciate ligament (PCL)
- Lateral collateral ligament (LCL)
- Medial collateral ligament (MCL)
Ligamen adalah tisu fiber yang mengikat dua tulang. Apabila dua tulang diikat dengan ligamen, ia akan membentuk sendi. Ini bermakna, di pergelangan tangan, siku, leher dan pinggang juga terdapat ligamen. Begitu juga dengan lutut. ACL adalah salah satu daripada 4 ligamen yang mengikat tulang peha (femur), tempurung lutut (patella) dan tulang-tulang keting (tibia dan fibula).
Gred kecederaan ACL
Kecederaan ACL dapat dibahagikan kepada 3 gred iaitu gred I, II dan II.
- Gred I melibatkan lebihan regangan (overstretch) kepada ACL. Tetapi ACL masih tidak putus. Pada ketika ini, pembedahan tidak perlu dilakukan kerana ACL masih kuat.
- Gred II pula melibatkan koyakan sedikit di bahagian ligamen.
- Gred III pula bermaksud ACL telah putus sepenuhnya. Pembedahan pembinaan semula ACL akan dilakukan oleh doktor sekiranya ACL telah putus.
Rawatan yang boleh dilakukan untuk kecederaan lutut (osteoarthritis)
- Turunkan berat badan anda bagi kurang memberikan tekanan kepada lutut.
- Ubat penahan sakit atau anti-radang : Ibuprofen (Advil), Naproxen (Aleve).
- Namun perlu berhati-hati kerana pengambilan berlebihan boleh mengakibatkan kesan sampingan.
- Suntikan Corticosteroids atau Asid Hyaluronic ke dalam lutut.
- Mengamalkan terapi alternatif seperti akupuntur.
- Pengambilan supplemen seperti Glucosamine dan Chondroitin yang berkesan buat masalah kecederaan ini.
- Amalkan senaman regangan bagi membantu lutut anda untuk lebih fleksibel.
- Pembedahan adalah pilihan yang terakhir buat anda.
Langkah penjagaan mengelakkan kecederaan lutut
- Sebelum bersukan, melakukan aktiviti lasak, sesi latihan atau permainan, anda dinasihatkan supaya memanaskan badan dengan baik dan berdisiplin.
- Regangan otot di bahagian depan peha (quadriceps) dan belakang peha (hamstrings) bagi mengurangkan ketegangan pada tendon dan melegakan tekanan ke atas lutut semasa beraktiviti.
- Memakai kasut yang sesuai dan dalam keadaan yang baik. Ini akan membantu mengekalkan keseimbangan dan penjajaran kaki semasa melakukan aktiviti.
- Mengekalkan berat badan yang sihat untuk mengurangkan tekanan pada lutut. Obesiti meningkatkan risiko kecederaan lutut.
Rujukan : https://ms.wikipedia.org https://semuanyabola.com https://futsalvaganza.com
Tags: #ACL #ACL pain #ACL putus #Anterio cruciate ligament #gejala osteoarthritis #kecederaan lutut #ligamen lutut #mengelak kecederaan lutut #osteoarthritis #pencegahan kecederaan lutut #punca kecederaan lutut #rawatan kecederaan lutut #sakit lutut #tanda-tanda osteoarthritis