Tanda Awal Suami Curang Dengan Anda

Tanda Suami Curang

Apakah tanda awal suami anda mula curang dengan anda?

  • Perubahan pada perlakuan dan tingkahlakunya

Dia sudah tidak selalu mesra dan manja dengan anda seperti dahulu. Bualan di telefon juga dia lebih banyak berdiam diri. Semasa dirumah, dia kurang peka dengan apa yang anda bualkan dan selalu dengan memeriksa telefon bimbitnya. Atau dia menunjukkan minat kepada sesuatu benda yang tidak padan dengan. Boleh jadi ada insan lain yang mempengaruhi dirinya.

  • Dia kurang memberi perhatian kepada anda

Pada permulaan kecurangan, anda dapat rasakan bahawa tahap perhatiannya kepada anda menjadi kurang. Ini terjadi apabila dia berasa bersalah terhadap diri anda. Kemudian dia mula mencari kesalahan, menengking, berbual secara sinis dan mula menyalahkan anda untuk hal-hal kecil, hanya untuk mengatasi rasa bersalah.

  • Menghabiskan banyak masa diluar atau tempat kerja

Perubahan terhadap pasangan anda yang curang adalah secara tiba-tiba dia banyak menghabiskan masa diluar rumah. Tetapi panduan ini tidaklah setepat yang anda fikirkan. Berkemungkinan juga dia benar-benar bekerja kuat untuk memberikan kesenangan hidup kepada anda. Sebelum membuat apa-apa andaian, anda dinasihatkan untuk menyiasat dulu apa sebenarnya yang berlaku.

  • Menjawab panggilan telefon secara sembunyi

Keputusan untuk hidup berpasangan juga bermaksud bersedia untuk berkongsi segala masalah, rahsia dan sebagainya. Jadi tiada perkara yang perlu untuk dirahsiakan. Kejujuran adalah jalan terbaik untuk mengekalkan hubungan.

  • Seringkali tidak menjawab panggilan dan mesej anda

Dia sering memberikan alasan tidak masuk akal apabila ditanya berkenaan panggilan dan mesej anda tidak dijawab.

  • Tidak berminat untuk meluangkan masa di rumah

Anda boleh mengesan sekiranya pasangan anda cuba untuk curang sekiranya mereka tidak berminat menghabiskan masa di rumah. Mereka lebih banyak menghabiskan masa di luar. Tetapi anda dinasihatkan untuk tidak mengongkong mereka. Setiap manusia perlukan kebebasan. Asalkan ia tidaklah melampaui batas dan ia mestilah seimbang.

  • Sering membawa telefon bimbit ke dalam tandas

Dia sering membawa telefon ke dalam tandas. Hal ini berlaku disebabkan dia berasa kurang selamat meninggalkan telefonnya kerana bimbang kecurangannya akan terbongkar apabila anda memeriksa kandungan telefonnya.

  • Perubahan penampilan dan gaya secara mendadak

Sekiranya pasangan anda sebelum ini tidaklah terlalu bergaya di dalam pemilihan pakaian dan secara tiba-tiba mereka cerewet dalam pemilihan pakaian, anda perlu memberi perhatian yang lebih. Pastikan anda tahu apakah punca utama mereka mengubah penampilan mereka. Sekiranya atas urusan kerja, anda perlu menyokong mereka tetapi sekiranya tujuan asal mereka masih samar-samar, anda perlu lebih berhati-hati.

  • Kerap tersasul dengan nama panggilan

Selama ini, anda sering membiasakan diri dengan panggilan ‘papa-mama’. Tapi kali ini dia kerap kali tersasul memanggil anda dengan nama panggilan manja lain. Mungkin dia telah terbiasa memanggil seseorang dengan nama itu sehingga nama panggilan istimewa anda pun boleh jadi tertukar.

  • Memberi hadiah tanpa alasan munasabah

Dia dengan cara mengejut memberikan hadiah kepada anda. Walhal ianya bukanlah pada hari ulangtahun, hari lahir anda mahupun penghargaan sesuatu yang munasabah. Mungkin dia berasa bersalah di atas kecurangannya, lalu tindakan ini adalah untuk mengurangkan rasa syak anda terhadap dirinya.

Asas pertimbangan kepada pasangan anda yang perlu isteri ketahui

Tanda-tanda kecurangan suami seperti di atas bukanlah dijamin sepenuhnya tepat. Ia adalah berdasarkan pengalaman sesuatu pasangan dan juga pandangan sesetangah individu. Segala hal yang diutarakan di atas perlulah diselidik dengan cara berhemah oleh isteri. Isteri juga digalakkan supaya jangan cepat melatah dan bertindak mengikut nafsu. Tindakan yang sangat emosional sering membuatkan wanita mudah hilang pertimbangan. Sebenarnya, inilah sifat semulajadi yang Allah SWT kurniakan kepada wanita, atas sebab inilah hak untuk menjatuhkan talak (cerai) diletakkan ke atas tangan suami.

Perasaan cemburu yang melulu hanya akan merencatkan lagi perhubungan suami-isteri. Selidik, cari fakta, dan positifkan diri dahulu sebelum anda bersemuka dengan pasangan anda. Harus diingat bahawa hanya anda sahaja yang mengenali pasangan anda. Selebihnya, serahkanlah kepada Yang Maha Esa.

Loading...

Tags: #info pasal suami curang #kelakuan suami bila ada perempuan lain #kenapa suami bersikap acu tak acuh #kenapa suami sering keluar rumah #memahami perangai suami yang mula dingin #nak tahu sikap suami yang curang #perilaku suami mula curang #sebab suami berubah sikap #tanda awal suami curang

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Tanda Awal Suami Curang Dengan Anda"