Tanda Awal Kotak Gear Kenderaan Rosak, Cara Penyelenggaraan Kotak Gear Kenderaan Supaya Tahan Lama

Gearbox

Masalah gearbox ini amat kerap berlaku dan paling menyusahkan apabila gear menjadi tidak dan sering saja bertukar dengan sendiri. Ini bukan saja terjadi kepada kereta auto malah ia juga kerap berlaku pada kereta gear manual. Masalah pertukaran gear yang tidak menentu ini biasanya berlaku dari gear 5 ke 4 dan dari gear 3 ke 2 bagi kereta manual dan gear 4 ke 3 bagi kereta auto.

Masalah slip gear dan ini sebenarnya adalah masalah yang disebabkan oleh faktor-faktor penyelenggaraan kereta yang tidak teratur oleh pengguna seperti berikut :

  • Lambat menukar minyak gear
  • Tidak pernah tukar filter auto
  • Tidak pernah melihat/memeriksa paras minyak gear
  • Membiarkan mounting gearbox pecah tidak ditukar
  • Mengabaikan kebocoran minyak gear dari seal gearbox
  • Tidak pernah menambah minyak gear

Tanda-tanda awal kerosakan gear kereta adalah seperti berikut :

  • Gear susah untuk dimasukkan (biasanya untuk gear manual)
  • Pada awal transmisi untuk auto terdapat sentakan yang agak kuat (contoh dari N ke D atau dari P ke D )
  • Terdapat ‘freeplay’ (ruang pertukaran gear ) yang agak lama samada dari 1 ke 2, 2 ke 3 dan 3 ke 4.
  • Kereta berbunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku
  • RPM menjadi tinggi dan tidak kembali ke asal setelah gear auto bertukar
  • Berbunyi hentakan seperti ‘DUK’ setiap kali gear auto bertukar
  • Gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.

Penyelenggaraan yang boleh anda lakukan adalah seperti berikut :

  • Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter
  • Tukar minyak auto
  • Tukar mounting gearbox
  • Tukar pin pada panel gear
  • Tukar kedua-dua oil seal gearbox

Bagi pengguna kenderaan dengan gear manual cara yang paling mudah adalah dengan menukar minyak gear seterusnya mounting dan kabel gear. Ada juga yang biasa berlaku ialah air masuk ke ruang gearbox (terjadi apabila kereta mengharungi banjir) dan membentuk kotoran seterusnya menjadikan gear bertukar dan menggerakan tombol gear ke keadaan free. Masalah begini hanya dapat dikawal dengan menukar keseluruhan minyak gear. Selain itu, oil seal gearbox juga perlu ditukar dan speedometer harus diperiksa untuk memastikan air tidak berjaya menembusi speedometer ketika mencuci enjin atau melintasi air di jalanan.

Apakah kod minyak gear sesuai?
EP90 adalah minyak gear yang paling sesuai untuk gear manual dan EP120 untuk auto tramnsmisi.Untuk kereta lama EP140 adalah minyak gear yang biasa digunakan. Mileage yang amat sesuai untuk menukar minyak gear auto dan manual adalah setiap 40,000 kilometer ataupun setiap dua kali servis untuk minyak enjin 10,000 kilometer.

Manakala bagi kereta menggunakan gear auto, anda disarankan menukarkan minyak gear setiap 20,000 kilometer bagi mengelakkan keadaan slip transmisi berlaku.

Loading...

Tags: #cara baiki gearbox kenderaan #cara cek kerosakkan awal gear kenderaan #cara selenggara gearbox kenderaan #gear kereta susah masuk #gear selalu slip #kod minyak gear kereta #masalah gear kenderaan #masalah gearbox #sebab gearbox kereta rosak #slip transmisi #tanda awal kereta ada masalah gearbox #tanda gearbox rosak

Membeli Kereta Baru atau Kereta Terpakai, Mana Lebih Untung?
Keputusan antara membeli kereta baharu atau kereta terpakai bergantung pada pelbagai faktor, termasuk
Kelebihan Kenderaan Jenama Toyota
Jenama Toyota mempunyai beberapa kelebihan yang menjadikannya popular di pasaran automotif. Berikut adalah
Kelebihan Kenderaan Jenama Honda
Kenderaan jenama Honda seperti kereta dan motosikal mempunyai beberapa kelebihan yang telah memenangi
Cara Menyemak Kos Penyelenggaraan Kenderaan Anda
Untuk menyemak kos penyelenggaraan kenderaan, anda boleh mengikuti langkah berikut: Baca Buku Panduan

Leave a reply "Tanda Awal Kotak Gear Kenderaan Rosak, Cara Penyelenggaraan Kotak Gear Kenderaan Supaya Tahan Lama"