Tanda Anda Mengalami Stres, Tekanan Emosi Dan Cara Mengatasinya

Tanda Anda Mengalami Stres, Tekanan Emosi Dan Cara Mengatasinya

Hidup ini ada kalanya memang menyesakkan. Bagi sesetangah orang, banyak masa dalam kehidupan ini mereka terpaksa berhadapan dengan tekanan. Tekanan atau stres pula boleh datang dari banyak sebab seperti masalah kewangan, beban di tempat kerja, masalah kesihatan dan sebagainya.

Stres adalah tekanan perasaan iaitu gangguan emosi seseorang kesan daripada tindak balas sesuatu di luar kebiasaan atau kemampuan seseorang atau disebabkan oleh susuatu bebanan yang menimpa seseorang. Apabila berlakunya stres, tubuh badan akan menghasilkan hormon adrenalin dan cortison yang akan menyebabkan jantung berdegup lebih laju, pernafasan lebih kencang dan keadaan ini akan menyebabkan peningkatan tekanan darah.

Punca-punca stres

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan stress. Punca stress berkait rapat dengan persekitaran seseorang seperti masalah keluarga, kewangan, rakan, masalah di tempat kerja dengan majikan atau rakan sekerja, masalah kesihatan seperti penyakit kanser, masalah kesuburan, kematian atau perpisahan, kesesakan lalu lintas dan stres akibat terlampau banyak kerja yang perlu dilakukan.

Stres juga berpunca daripada sikap atau sifat semula jadi seseorang itu seperti kurang keyakinan diri, cepat berputus asa, bersifat ‘perfectionist’, mengalami masalah untuk berkomunikasi dengan baik atau berterus terang dan cepat marah.

Tanda-tanda stres

Tanda-tanda stres boleh dikategorikan kepada empat bahagian:

  • Fizikal

Badan terasa letih tanpa sebab, sakit kepala, susah tidur, sakit badan terutamanya di bahagian bahu dan tulang belakang, degupan jantung yang kuat, tekak berasa loya, ketar badan, tangan berpeluh dan rasa sejuk. Nafas juga laju, mulut dan kerongkong kering, tangan lembab, otot-otot tegang, pencemaan terganggu, sembelit, salah urat dan gelisah.

  • Mental

Mudah lupa, hilang tumpuan, susah untuk membuat keputusan, pemikiran celaru dan berserabut.

  • Emosi

Kerisauan, kebimbangan, berfikiran negatif, membuat andaian-andaian yang tidak betul, sentiasa rasa sugul dan muram, mudah kecewa, sentiasa rasa takut, sensitif, panas baran dan mudah hilang sabar.

  • Sikap

Suka megeluh, makan yang berlebihan, merokok, minum arak berlebihan, bertindak agresif, maki hamun dan suka menyalahkan orang lain.

Individu yang mengalami stres akan berperilaku lain dibandingkan dengan yang tidak mengalami stress. Oleh sebab itu, kondisi individu yang mengalami stres, gejala-gejalanya dapat dilihat baik secara fizikal mahupun secara psikologi.

Tanda-tanda fizikal adalah seperti berikut :

  • Gangguan jantung

Bagi individu yang mengalami stres, ada indikasi detak jantungnya lebih cepat (berdebar-debar) daripada saat tidak mengalami stres. Ada juga individu yang merasakan dada sebelah kiri terasa nyeri (di daerah sekitar puting susu), meskipun hal tersebut tidak berlangsung terlalu lama, tetapi sesekali muncul lagi. Jika rasa berdebar atau nyerinya hilang tidak bererti bahawa stres yang dialami individu itu telah hilang. Untuk itu, diperlukan pencegahan agar stres tidak berlangsung lama, kerana semakin lama stres bersarang dalam diri individu dapat menjadi salah satu penyebab serangan jantung.

  • Tekanan darah tinggi (hipertensi)

Tekanan darah tinggi dapat diakibatkan oleh stres kerana reaksi yang muncul terhadap impuls stres adalah tekanan darahnya meningkat. Selain itu, umumnya individu yang mengalami stres sulit untuk tidur, sehingga akan memberi kesan pada tekanan darahnya yang meningkat tinggi. Bukan rahsia lagi bagi individu yang memiliki hipertensi berpotensi untuk diserang stroke.

  • Ketegangan pada otot

Ketegangan otot juga diakibatkan oleh stres yang dideritai oleh individu. Pada umumnya, ketegangan terjadi pada kelompok otot di daerah leher, bahu, dan rahang. Ketegangan otot di sekitar leher akan mengganggu bekalan darah ke otak. Akibatnya, kepala terasa sakit kerana kekurangan darah. Jika kondisi seperti itu berlangsung lama maka akan membahayakan kesihatan individu.

  • Sakit kepala

Sakit kepala dapat diakibatkan oleh stres. Perkara ini berkaitan dengan penjelasan di atas.

  • Tapak tangan dan kaki terasa dingin

Hal ini berpunca daripada bekalan darah ke sel-sel otot lengan dan kaki berkurang. Oleh kerana aliran darah ke otot-otot tangan dan kaki berkurang maka mengakibatkan tangan dan kaki terasa dingin. Indikasi lain individu yang mengalami stres dapat dikesan dengan keluarnya keringat dingin pada tapak tangan.

  • Pening dan mual

Kepala terasa pening dan perut terasa mual, dapat disebabkan oleh stres dan ketegangan fizikal yang lama. Keterkaitannya dengan stres seperti telah dijelaskan di atas, di mana gangguan peredaran darah akan memberi kesan terhadap berbagai kondisi fisiologi dan kondisi psikologi individu.

  • Gangguan sistem pencernaan

Stres juga mempengaruhi fungsi dan kerja usus. Kondisi tersebut akan memberi kesan pada sistem pencernaan dan pembuangan air besar menjadi terasa sakit (sembelit).

  • Sukar tidur

Susah tidur dan stres merupakan hubungan yang bersifat saling berkait. Ertinya, susah tidur dapat berpunca kerana stres dan stres dapat mengakibatkan susah tidur.

  • Gangguan menstruasi

Gangguan menstruasi bagi wanita dapat juga ditimbulkan oleh faktor stres, iaitu menstruasi menjadi tidak teratur,masa subur menjadi pendek bahkan menjadi tidak subur lagi. Meskipun belum ada data penelitian yang jitu, ada kecenderungan wanita yang sering mengalami stres akan sulit untuk mendapatkan keturunan. Wanita yang mengalami stres ketika menstruasi juga mengalami rasa nyeri, sakit perut, mual, dan pening.

Perubahan pada anggota tubuh akibat stres

Stres juga dapat dilihat dari perubahan-perubahan yang terjadi pada anggota tubuh, antaranya :

  • Rambut

Warna rambut yang semula jadi hitam pekat, lambat laun mengalami perubahan warna menjadi semakin pudar serta kusam. Uban (rambut memutih) terjadi sebelum waktunya.

  • Mata

Ketajaman mata seringkali terganggu misalnya kalau membaca tidak jelas kerana kabur. Hal ini disebabkan oleh otot-otot bola mata mengalami kekenduran atau sebaliknya sehingga mempengaruhi fokus lensa mata.

  • Telinga

Pendengaran seringkali terganggu dengan suara berdengung (tinitus).

  • Daya fikir

Kemampuan berfikir dan mengingat serta konsentrasi menurun.

  • Ekspresi wajah

Wajah seseorang yang stres nampak tegang, dahi berkerut, mimik nampak serius, tidak santai, bicara berat, sukar untuk senyum atau tertawa dan kulit muka berkedut (tic facialis).

  • Mulut dan bibir

Mulut dan bibir terasa kering sehingga mendorong individu yang mengalami stres sering minum.

  • Kulit

Kelembapan kulit yang berubah, kulit menjadi lebih kering. Selain daripada itu perubahan kulit lainnya adalah merupakan penyakit kulit, seperti munculnya eksim, urtikaria, gatal-gatal dan pada kulit muka seringkali timbul jerawat (acne) berlebihan.

13 Penyakit Ini Bakal Anda Hadapi Jika Sering Mengalami Stres Dan Tekanan Emosi

Cara mengatasi stres

Kita semua mempunyai cara tersendiri yang kita gemar lakukan untuk mengurangkan dan mengatasi stres. Perkara ini akan membuatkan minda kita dapat melupakan seketika segala kesukaran yang kita hadapi, membantu kita bertenang, dan memberi semula kekuatan untuk menghadapi tekanan itu.

  • Jangan tinggal solat

Sebagai seorang umat islam, kita hendaklah melakukan perkara yang wajib dilaksanakan dan meninggalkan perkara yang salah. Dirikan lah solat lima waktu dan tingkatkan ibadah sunat akan membuat hati menjadi lebih tenang. Berdoa lah kepada Tuhan agar diberikan petunjuk dan masalah duniawi dapat diselesaikan dengan baik.

  • Positif

Semua orang senang untuk mengatakan “saya seorang yang positif” tapi sebenarnya susah hendak dilakukan. Untuk menjadi seorang yang positif, kita hendaklah kuatkan semangat diri dan yakin bahawa segala yang berlaku ada hikmahnya. Fikirlah yang baik dan jadikan lah diri kita sebagai seorang yang berani menerima dan mahu mengubah untuk menjadi lebih baik. Tambahan lagi, tiada siapa yang dapat mengubah diri anda selain daripada kemahuan anda sendiri.

  • Kawal emosi

Biasanya, tekanan akan menyebabkan mood menjadi tidak menentu. Adakalanya anda bermasam muka dan ada masanya anda akan marah secara tiba-tiba. Situasi tersebut adalah bergantung apa yang kita hadapi dan alami. Namun, semua itu tidak akan menyelesaikan masalah oleh itu adalah lebih baik jika kita mengawal emosi agar diri menjadi lebih tenang dan tidak mengikut perasaan.

  • Ambil masa anda

Luangkan masa untuk bersendirian dan tenangkan fikiran anda yang sedang bercelaru tersebut. Anda boleh pergi ke tempat yang anda rasa boleh menenangkan fikiran anda disamping mencari penyelesaian terhadap situasi yang berlaku. Dengan bersendirian anda mampu berfikir dengan lebih baik dan mengurangkan perasaan tekanan tersebut.

  • Luangkan masa dengan keluarga dan rakan anda

Ketika menghadapi tekanan, keluarga adalah penyembuh utama segala kedukaan di hati kita. Keluarga sentiasa ada di sisi kita ketika susah dan senang oleh itu bersama mereka adalah sesuatu yang membahagiakan dan mengembirakan. Selain itu, anda juga boleh meluangkan masa bersama rakan anda seperti beriadah dan makan malam bersama. Dengan itu, hati akan menjadi lebih ceria dari sebelumnya.

  • Bersenam

Dengan bersenam seperti berjoging akan membantu mengurangkan stres dengan banyak cara. Bukan sahaja melepaskan endorfin dan membantu melancarkan peredaran darah, malah memberi ruang untuk berfikir dan mencari ilham. Oleh itu amalkan bersenam, sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.

  • Mengatasi stres dengan tidur

Tidur yang cukup dan pada waktu yang tetap akan memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi emosi kita dalam kehidupan sehari-hari. Tidur yang cukup akan mengecas bateri (tenaga) kita sepenuhnya dan mengekalkan kestabilan emosi kita, menjadikan kita seorang yang optimis dan membuatkan kita segar selepas kita mendapat tidur yang cukup.

  • Membaca al-Quran

Mulakan hari kita dengan membaca Al-Quran. Sebaik-baiknya selepas solat subuh, pada waktu pagi sebelum memulakan kerja. Al-Quran adalah mukjizat yang terbesar, InsyaaAllah dengan membacanya pasti mampu melunakkan hati dan memberi ketenangan kepada sesiapa yang membacanya. Kita juga boleh mendengar bacaan ayat al-Quran di tempat kerja.

Dalam Islam, bukan membaca al-Quran saja yang menjadi ibadat dan amal yang mendapat pahala dan rahmat, malah mendengarnya pun mendapat balasan. Malah, sebahagian ulama mengatakan bahawa, mendengar orang membaca al-Quran, pahalanya sama dengan orang yang membacanya. Mendengar bacaan al-Quran dengan baik, dapat menghibur perasaan sedih, menenangkan jiwa yang gelisah dan melunakkan hati yang keras serta mendatangkan petunjuk.

IMG_20171206_114610-150x150 Tanda Anda Mengalami Stres, Tekanan Emosi Dan Cara Mengatasinya

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #10 cara untuk Mengurus Stres #amal gaya hidup ini untuk tenang tanpa tekanan #cara mengatasi stress #cara mengatasi tekanan #cara mengatasi tekanan emosi #cara menguranglan stress #kenapa stres #Perubahan pada anggota tubuh akibat stres #perubahan tubuh apabila stress #punca tekanan emosi #Punca-punca stress #sakit berpunca dari stress #stres #stress #tanda anda mengalami stress #tanda pada tubuh jika anda stress #tanda-tanda anda mengalami tekanan emosi dan cara mengatasinya #tanda-tanda stres #tekanan emosi #tekanan hidup #ubat stress

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis

Leave a reply "Tanda Anda Mengalami Stres, Tekanan Emosi Dan Cara Mengatasinya"