Secara ringkasnya, tahukah anda bagaimana cara senang untuk mendapat pahala walaupun selepas mati? Berikut merupakan amalan baik yang boleh diikuti, dengan syarat sumbernya mestilah daripada sumber yang HALAL dan berkat.
- Pasang kipas di surau atau masjid walaupun satu, setiap kali para jemaah menggunakannya, anda akan mendapat pahala walaupun selepas mati.
- Mendermakan sejumlah kerusi roda di hospital ataupun pusat rawatan. Setiap kali pesakit menggunakannya, anda akan memperolehi ganjaran pahala.
- Memberikan atau mendermakan baju kepada orang susah, setiap kali baju tersebut dipakai, anda akan mendapat pahala.
- Memberi makan kepada fakir miskin, orang susah. Anda akan mendapat pahala selagi makanan itu menjadi darah dagingnya.
- Jika anda berilmu, menyampaikan ilmu yang bermanfaat, selagi mereka mengamalkan ilmu tersebut, maka pahala anda tetap ada.
- Berkongsi mesej, dakwah melalui aplikasi wassup atau sebagainya kepada orang lain. Walaupun hanya sedikit atau sepatah perkataan yang bermanfaat, tolong kongsikan kepada orang, anda akan mendapat pahala di atas dakwah atau ilmu yang disampaikan.
Insyallah, semoga bermanfaat!
Tags: #Bagaimana Cara Senang Mendapat Pahala Walaupun Selepas Mati #berkongsi ilmu #cara dapat pahala selepas mati #pahala berpanjangan #pelaburan alam barzakh