Syarat Kelayakan Menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M

Syarat Kelayakan Menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M

Menerusi bajet 2018 yang telah diumumkan sebelum ini, pemberian BR1M untuk tahun 2018 akan diteruskan dengan jumlah bantuan yang sama seperti tahun 2017. Kepada Warganegara Malaysia yang layak dan ingin memohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M, anda boleh rujuk perkongsian di bawah iaitu syarat kelayakan permohonan BR1M 2018.

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M

Berikut adalah syarat yang perlu dipatuhi kepada pemohon yang ingin membuat permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M. Sebelum membuat sebarang permohonan, pemohon seharusnya memastikan atau perlu tahu syarat kelayakan permohonan BR1M supaya permohonan tidak gagal ataupun tidak ditolak. Tidak mengikut syarat kelayakan permohonan BR1M adalah punca utama permohonan BR1M ditolak dan ramai yang masih tidak tahu.

Syarat Kelayakan :

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah atau ahli yang tinggal serumah dengan pendapatan gaji kasar bulanan isi rumah RM4000 dan ke bawah.
  • Warga emas yang sebatang kara (berumur 60 tahun ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4000 dan ke bawah.
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2000 dan ke bawah.

pemohon yang ingin membuat permohonan haruslah mengemukakan senarai dokumen semasa membuat permohonan :

  • Mykad / Mypr / Mykas /  Mykid / Sijil Lahir / Pasport dan visa bagi suami atau isteri / tanggungan (jika berkenaan).
  • Sijil Penceraian / Sijil Kematian pasangan ( jika ada ) sekiranya pemohon berstatus ibu atau bapa tunggal / Balu / Janda / Duda
  • Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai 1 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Jumlah Bayaran BR1M

Terdapat 3 kategori penerima dan berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima untuk tahun 2018.

  • Kategori 1 : individu bujang

Pendapatan bawah RM2000. Jumlah bantuan sebanyak RM450 yang dibayar sekali bayaran.

  • Kategori 2 : isi rumah

Pendapatan bulanan RM3001-RM4000. Jumlah bantuan RM900 yang dibayar dalam 3 kali ansuran.

  • Kategori 3 : isi rumah

Pendapatan bulanan bawah RM3000. Jumlah bantuan RM1200 yang dibayar dalam 3 kali ansuran.

Cara Hubungi BR1M

Untuk sebarang pertanyaan mengenai BR1M boleh terus hubungi :

  • Hotline BR1M LHDNM

1-800-88-2716

waktu beroperasi : 9.00 Am hingga 5.00 Pm

  • eMel

br1m@treasury.gov.my

  • Hotline BR1M MOF

03-8882 4565

03-8882 4566

  • Sekretariat BR1M

Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia

(Mof), presint 2, 62592 putrajaya

  • Faksimili BR1M MOF

03-8882 3933

IMG_20171206_114610-150x150 Syarat Kelayakan Menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #bantuan rakyat 1 Malayssia #BR1M #BR1M 2018 #br1m malaysia #brim 2018 semakan #cara mohon brim #Cara untuk hubungi BR1M #jumlah bayaran BR1M 2018 #kategori BR1M #kelayakan brim 2018 #Rayuan BR1M #semak brim 2018 lulus atau tidak #semak status brim 2018 #Semakan BR1M #semakan brim #semakan brim 2018 online #semakan status brim 2018 #siapa layak mohon brim #syarat kelayakan BR1M #syarat kelayakan menerima BR1M #syarat memohon BR1M

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Syarat Kelayakan Menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M"