Menjalani kehidupan yang sentiasa sibuk dan bekerja keras membuatkan anda berasa penat dan ingin berehat buat seketika.
Namun begitu, kualiti tidur semakin terganggu dek kerana terlalu keletihan sehingga sukar untuk melelapkan mata.
Jika tidak diatasi dengan segera, masalah ini sedikit sebanyak akan menjejaskan kehidupan anda terutamanya berkaitan kerjaya di masa depan.
Cara Mengatasi Masalah Sukar Tidur Waktu Malam
Buat anda yang sukar tidur, jom lakukan 5 perkara ini agar anda cepat lena di malam hari! Selamat mencuba!
1. Padamkan Lampu
Mendekati waktu tidur, badan anda akan menghasilkan satu hormon yang dikenali sebagai melatonin yang berfungsi untuk membuatkan anda tertidur dan berehat. Oleh itu, anda dinasihatkan agar memadam segala sumber cahaya termasuklah lampu di bilik tidur.
Cahaya yang terang boleh mengganggu dan mengarahkan otak anda untuk kembali bekerja semula. Justeru, biarkan hormon melatonin bekerja dalam kegelapan agar anda mudah lena dengan cepat.
2. Jauhi/Matikan Alat Elektronik
Tahukah anda, alat-alat elektronik yang menghasilkan cahaya biru bersifat anti-melatonin. Seelok-eloknya, jauhi atau matikan alat-alat elektronik anda seperti telefon bimbit, tablet atau komputer riba anda sekurang-kurang sejam sebelum masuk tidur. Mematikan segala gajet sebelum tidur juga dapat merehatkan otak anda yang sepanjang hari bekerja.
3. Suhu Bilik Dingin
Sekiranya menggunakan penyaman udara, laraskan suhu bilik anda untuk tidur yang lebih selesa. Sebaik-baiknya, tetapkan suhu 18 darjah Celsius di mana merupakan suhu bilik yang boleh membuatkan anda tidur lebih nyenyak dan selesa. Malah, anda boleh sesuaikan suhu bilik mengikut tahap keselesaan masing-masing. Dek kerana suhu yang sejuk, anda berasa sulit untuk tidur.
4. Dekorasi Bilik Tidur Dengan Warna Lembut
Berdasarkan penyelidikan dari The Color Association of The United States yang dilansir dari Huffington Post menyatakan bahawa pemilihan warna-warna yang lembut di bilik tidur boleh membantu anda cepat lena disebabkan kesannya yang santai dan relaks.
Warna-warna seperti lavender, biru muda dan hijau cerah sangat sesuai digunakan sekiranya anda ingin menggantikan warna cat di kamar tidur. Ingat, elakkan warna-warna terang dan menonjol seperti merah, kuning dan merah jambu yang boleh merangsangkan otak.
5. Jalani Rutin Harian Santai Sebelum Masuk Tidur
Sebelum masuk tidur, apakata anda mencuba aktiviti yang santai dan relaks bagi merehatkan otak selepas menjalani satu hari yang sibuk. Sebagai contoh, anda boleh mulakan aktiviti seperti mencuci wajah, memakai masker kecantikan atau manjakan diri dengan berendam di tab mandian air panas. Untuk info, mandian air panas boleh meningkatkan suhu badan serta menjadikan anda lebih santai dan mudah rasa mengantuk.
Tags: #Cara Mengatasi Susah Tidur Malam #Cara mudah mengatasi masalah susah tidur atau insomnia tanpa ubat #Cara Mudah Untuk Yang Susah Tidur Malam #Cara Nak Tidur Awal #Langkah Mudah Atasi Masalah Kesulitan Untuk Tidur #penyakit susah tidur malam #Petua Cara Senang Tidur #sebab tak boleh tidur #Susah Nak Tidur Dengan Lena #susah tidur #susah tidur malam kenapa #Tips cara tidur cepat dan nyenyak #Tips Mudah Atasi Masalah Kesukaran Untuk Tidur